Saturday, June 30, 2007

4 Things


Four (latest) jobs I’ve had:
1. UMP's Staff

2. Replacement Teacher
3. Salesgirl
4. Student

Four movies I can watch over and over:
1. Autumn in My Heart

2. Winter Sonata
3. All About Eve
4. Successful Story of A Bright Girl

Four places I’ve lived:
1. Kuantan, Pahang

2. Tanah Merah, Kelantan
3. Bangi, Selangor
4. Kuala Pilah, NS

Four TV shows I love:
1. American Next Top Model

2. Akademi Fantasia
3. Malaysia Hari Ini
4. Majalah 3

Four places I’ve vacationed:
1. Langkawi

2. Cherating
3. Kota Kinabalu
4. Penang

Four of my favorite dishes:
1. Roti (all types)

2. Tomyam
3. Spageti
4. Nasi Ayam

Four sites I visit daily:
1. UMP's e-community
2. Blog
3. Fotopages
4. Utusan Malaysia

Four places I would rather be right now:
1. My hometown

2. -
3. -
4. -

Four bloggers I am tagging:
1. Kak sue
2. Admie
3. Nini
4. Yummy
* dengan harapan diorang akan upadate blog.....:P

* Secara tak sengaja terjumpa game ni dekat blog orang, sekadar mencuba, rasa menarikla jugak(tuan empunya blog tu jgn marah ek)....Harap Kak Sue, Admie, Nini and Yumm boleh continue game ni.....

Wednesday, June 27, 2007

Cerita Ayam Goleks ittew…

Nape? Tak caya ek? Betul la...hari isnin yang lepas meks telah mengunjungi Kedai Makan Ayam Goleks Pantai Dalam yang selalu digembar gemburkan dekat tag tu....

Seprais sungguh.....hari tu aku boleh lupa sungguh tentang ayam goleksss...memang niat nak ajak Alangz pegi makan ayam goleks before gi KL, tup tup bila sampai sana boleh lupa... Bila dia tanya nak makan apa untuk lunch....boleh aku jawab McD....pastu siap boleh tukar cakap nak makan Pizza lak...terlupa sungguh pasal ayam goleks ittew... tanya Alangz nak lunch kat mana, dia kata tak tahu...siap cakap dia drive je ni tapi tak tahu lagi nak makan kat mana....pandai tul berlakon ek....

Anyway on the way ke ayam golekss...aku macam dapat agak itu jalan ke Ayam golekss sebab pernah alangz tunjuk kedai ayam goleks ittew....tapikan...dia buat tak tahu je...bila ditanya, dia cakap ade pizza kat depan tuh (meks yang enecen ni iyakan ajela)...memula tu percaya la jugakkan dia nak bawak gi makan tempat lain...bila lelama tu aku jadi cam yakin je memang nak ke ayam goleks...pastu dia pulak asyik dok senyum sorang2...bila pandang dia buat2 cakap benda lain...gelihati je rasa bila ingat balik ..... sesampai je kat ayam goleks, aku dah tergelak besar....

Sesampai kat ayam goleks tu, takde sapa lagi yang sampai. Lepas amik pesanan tu tetiba muncul LB dgn Deo, dgn spontannye aku bagitau Alangz...’eh Budak’....ingatkan tak sengaja jumpa LB dengan Deo kat situ. Sebab Deo orang baru dan tak pernah chat dengan dia, so dok ingat Deo tu rakan sekerja LB....so aku buat biasa je....sesampai je budak kat meja kitorg dia terus cakap, tak cukup ni satu meja...hahahahhaha...barula pecah rahsia...rupanya ada konspirasi lain...tak lama kemudian sampaila Elf, Angah and Limah....last sekali ARC sampai...harusla kecoh jugakkan lunch hari tu walaupun Cik Delinn tak dapat datang...tapi kalau Cik Delinn datang mesti la lagi gamat.....hehehheheh

Anyway, time kasih to LB + LA(husband and wife yang sporting), Limah, Angah, Elf dan Deo (pendatang baru di arena tagging) yang sudi datang memeriahkan majlis….hehheheheh...uolss memang sporting habis....of course yang tak dilupa Alangz yang susah payah mengaturkan gadering kat dekat Ayam golekss hari tu...Thank you so much :D ....dapat jugak daku merasa ayam golekss itteww....

Sekarang baruku tahu kenapa uolss selalu nak bergadering kat situ....memang bestlah ayam goleknya...so sesapa yang tak merasa lagi....paksa je dorang kat tag tu bawak gi sana occay!


Thursday, June 21, 2007

Gambar-gambar

sukan_staff (Sila klik pada gambar untuk tengok gambar2 lain)

Sedikit gegambo yang sempat diambil masa di Perlis. Thanks to Delinn coz ajar guna Picasa ni...Thanks again.... :)

Ini kali pertama aku datang ke Perlis. Hahahahha...memang kali pertama. Sebelum ni kalau jejak kaki ke negeri ini pun sebab on the way ke tampat lain. Contohnya untuk naik feri di Kuala Perlis ke Langkawi. Kalau untuk betul datang dan jalan-jalan di Perlis, ini kali pertama. Perlis macam negeri Kedah jugak, banyak sawah padi yang menghijau. Tapi sayangnya, tak sempat langsung nak amik gambar dekat sawah atau dalam sawah padi. Sungguh tidak sempat, banyak agenda lain yang kena dipatuhi...anyway, harap lain kali boleh amik gambar di tepi sawah padi.

Sepanjang disana, kitorg semua menginap di Kolej Tun Dr Ismail, UniMAP di Kuala Perlis. Erm....susah jugak ye nak cari kedai makan disini, atau kitorg tak tahu nak cari tempat makan disini. Di Kangar memang banyak tepat makan yang hapening. Satu tempat makan favourite kami ialah di Fatin corner. Fatin corner ni sangat glamer dengan cendol pulut, nasi ayam, ayaq asam dan juga laksa. Asam laksa dia memang sedap amat! sampai sekarang masih teringat-ringat lagi...satu lagi tempat makan yang glamer disini adalah satu tempat makan yang dekat benteng....ada kereta kuda lagi disini...tapi tak tahu ape nama tempat tu...

Tak perlu cerita pasal games kitorg...hehehheh sebab kalah dengan jayanya :P. Next year cuba lagi....

Satu lagi, tak sempat pun nak ke Padang Besar sebab kami kena ikut agenda untuk tgk team takraw yang lawan USM pada petang itu(20 jum 2007) untuk merebut tempat ke separuh akhir. Tapi....terkandas jua akhirnya....hehhehehe...oleh kerana tidak berpeluang jalan-jalan ke tempat membeli belah, makanya tiada ole-ole dari Perlis...:P

i'm back

:P

Tuesday, June 12, 2007

......

Huhuhuhu...dah 7.15pm....tapi aku takleh balik lagi...keje manyak lagi...dahla tak reti nak buat...tensinya...

Selalu terjadi, kalau aku plan nak bercuti lama or nak kemana-mana...tiba-tiba...meks didatangi dengan keje yang perlu disiapkan urgent...oooo...meks tensi...dah la meks kurang kepakaran nak menyiapkan kerja tu...oh tuhan.... bantulah hambaMu ini...........siapakah yang sudi membantu....????

Thursday, June 07, 2007

Fenat....

Stok breakfast sepanjang minggu ini...takut tak sempat nak gi cafe.

Pagi ni aku fonteng training volleyball...aku rasa penat sangat hari ni, pagi tadi rasa malas sangat nak bangun...sepanjang minggu ni trainingnya pagi dan petang. Seawal pukul 7am dah tercongok dekat padang untuk training. Pukul 10 am masuk opis mata aku pun dah ada ciri nak tidur...ngantuk dan penat.

Pukul 5-7pm training pulak untuk petang. Sampai rumah paling awal 7.30pm. Memang memenatkan rutin hidup aku semenjak 2 menjak ni. Kekadang aku nak tergelak dengan diri aku sendiri. Dulu aku bukan jenis kaki main sukan. Dekat universiti dulu aku jenis yang pasif. Mana nak masuk -masuk aktiviti-aktiviti macam ni. Masa sekolah2 dulu adela...itupun masuk untuk wakil rumah sukan je. Nape dah kerja baru aku nak join team sukan pulak.

Ermmm....aku start join team ni kat sini start tahun lepas. Maybe sebab masa tu aku takde apa2 komitmen, so aku join la team ni. Aku takde aktiviti luar lepas waktu kerja. Balik rumah lepas kerja pun sekadar lepak-lepak depan tv. Hari minggu pun kalau tak balik kg, aku cuma habiskan masa kat rumah. So that, bila zaila offer aku untuk main aku terus setuju je....padahal aku bukan pandai sangat main. Sekurang-kurangnya ada jugak aktiviti yang aku buat lepas waktu kerja takdela orang nak kata aku anti sosial....ekekekkekek. Dan sampai la sekarang aku join team ni. Tahun depan? ermmm.....

Benonya tahun ni aku kurang bersemangat untuk main macam tahun lepas...entahla...maybe sebab aku fikir nak join sukan staf dekat Perlis tu cam jauh bebeno je rasanya...12 jam dari sini...ya ampun....jauhnya baik aku balik kelantan heheheheheh...lagipun kerja aku pun bertimbun-timbun banyaknya...maybe jugak aku tak tahan dengan rutin hidup aku sepanjang minggu ini hinggalah tamat sukan staf 22/06 ni. Aku selalu harap cepatla habis sukan staf ni...fernat....

.......

Mak saya dimasukkan ke hospital USM tengahari tadi. Tolong doakan kesejahteraan mak saya.....