Tuesday, March 23, 2010

Padang, Indonesia

Sebenarnya, aku tengah kebosanan kerana perlu menyiapkan artikel untuk dimuatkan dalam website jabatan. Sungguhla bosan sebab esok due date nya, jadiknya by hook or crook memang kena siapkan by today. Sakit tayar!!

Anyway, nak sharekan gambar2 trip ke Padang Indonesia (15-19 Mac 2010) yang tak habis upload lagi dalam facebook. Kekekkekek...ada pulak masa update blog....



Basically, ini trip keluarga ke Padang, keluarga belah hubby seramai 17 orang. Kami kat sana selama 5 hari, 4 malam. Hari pertama sesampai di Minangkabau Airport kami singgah breakfast kat Rumah Makan Lamun Ombak, dan terus ke Bukit Tinggi. Stay di Nuansa Malinjau Hotel untuk malam pertama. Sepanjang perjalanan banyak pemandangan yang amat menarik. Tapi sayangnya aku cuma sempat tengok dalam mimpi je sebab tertido (ni ayat hubby, hahahhaha). Ada beberapa kedai sulaman yang sempat kami singgah. Bukit Tinggi terkenal dengan perusahaan kain sulam yang terkenal. Memang cantik2 dan mengujakan. Hotel penginapan kami bersebelahan dengan Tasik Malinjau yang sangat cantik. Hari Pertama ni kami melawat rumah minangkabau. Kat situ kami diber penerangan mengenai adat perpatih, kehidupan orang minangkabau dan mencuba pakaian pengantin minangkabau.


Hari kedua kami melawat rumah kelahiran Prof Dr Hamka. HAMKA tu stand for Haji Abdul Malik Bin Abdul Karim Bin Amrullah (kalau tak silap). Lupa nama kg dan tempat kelahiran dia. Yang pastinya kami kena melalui keluk 44 sebelum sampai ke rumahnya. Keluk(selekuh) tu lebih mencabar dari keluk nak naik ke Cameron Highland. Kami juga melawat beberapa tempat air terjun yang mana airnya berasal dari gunung. Kami juga sempat melawat perusahaan sulam Hajjah Rosma di mana Hajjah Rosma ni membuka kelas sulaman kepada penduduk sekeliling. Ada juga orang Malaysia yang datang belajar sulaman disini. Hari ke 2 dan ke 3 kami stay di Royal Denai Hotel.



Hari Ke 3, kami melawat pejabat Dato Bandar Bukit Tinggi. Kami juga melawat kilang kopi Kiniko. Terserempak dengan Dato Abu Hassan Din Al Hafiz serta rombongan yang sampai lewat sidikit dari rombongan kami kat kilang tersebut. Kami makan tengahari di Rumah Makan Pondok Flora yang letaknya ditengah2 sawah padi. Aktiviti lain adalah melawat Istano Basa Pagaruyung dan satu lagi Istana yang aku dah lupe namanya.
Hari Ke 4, kami melawat lubang Jepang di Bukit Tinggi, dan menghabiskan sisa-sisa hari ke 4 ni dengan bershopping kat Pasar (sekali lagi lupa nama pasarnya). Tapi letaknya bersebelahan dengan Jam Gadang yang amat terkenal di Bukit Tinggi. Petangnya selepas shopping dan makan di ukit Tinggi, kami bertolak ke Padang untuk bermalam di Padang kerana flight pulang ke Malaysia ke esokkan harinya jam 8.30 pagi. Sampai sahaja di Padang kami dibawa melihat kesan-kesan gempa bumi 30 Sept 2009. Kesan gempa bumi tu masih ada lagi sampai sekarang dan banyak bangunan yang rosak dan ada yang langsung ranap akibat gempat. Kuasa Tuhan, ada bangunan yang langsung ranap, tapi bangunan sebelahnya langsung tiada kesan. Macam dipilih-pilih gituh bangunan yang terkena gempa dan menurut tourist guide kami kebanyakkan kantor pemerintah yang terkena gempa bumi adalah kantor2 yang terlibat dengan dana yang banyak misalnya jabatan sungai, jabatan pembangunan bandar dsb. Kami juga sempat melawat pantai-pantai yang banyak di daerah Padang sebelum pulang ke hotel.



Secara keseluruhannya, penduduk di sumatera barat ni majoritinya beragama islam. Ekonomi mereka banyak bergantung kepada pertanian yang sememangnya tanah di tempat mereka sgt subur kerana mempunyai 2 gunung berapi yang masih aktif. Mereka juga terlibat dengan perusahaan sulam, tenun dan kraftangan. Kebanyakkan mereka juga berniaga. Orang-orang minangkabau di Negeri Sembilan adalah berasal dari daerah sini. Kerana menurut ceritanya, orang minangkabau pada zaman dahulu amat digalakkan untuk merantau, sebab tu la ada orang minangkabau yang merantau dan menetap di N9 sampai sekarang.


p/s Huhu...susahnya nak edit kedudukan gambar2 ni....so layan je la walaupon gambar tak tersusun mengikut kronologi....