Tuesday, December 25, 2007

Cerita Aidiladha

Raya Aidiladha kali ni rasa macam biasa je, macam tak raya pon ada. Maklumlah, raya kali ni dimusim tengkujuh, musim bah...hujan pon masih lagi turun dipagi raya.

Aku bangun pagi raya tu agak lewat dah dekat2 pukul 7 pagi baru bangun dari tidur. Malam raya tu aku sampai rumah dah dekat2 pukul 12 tengahmalam. Bertolak dari Kuantan dalam 2.45 petang, dan jem di beberapa tempat menyebabkan aku lewat sampai ke kampung, hampir 12 tangahmalam. Serik pon ade, dan rasa penat tu memang tak terkira lagi....sebab tula aku terbangun lewat dipagi raya. Ermm...bangun2 lepas solat terus kemas rumah sikit2. Pastu dalam pukul 8 lebih bergerak ke rumah nenek untuk mandi. Kat rumahku takde air, itulah keadaan biasa kalau musim hujan, bekalan air memang terputus. Selesai semua mandi balik semula ke rumah orang dah habis sembahyang raya. Oooooohhhhhhhh tak sempat nak semayang raya. Biasanya kalau raya haji semayang raya dibuat awal sebab lepas tu orang sibuk untuk buat korban. Balik rumah aku delima jap nak pakai baju kurung raya ke tak? Ye la jap lagi mesti nak tolong mak proses daging2 korban...tapi aku pakai gak baju kurung raya coz ada jugak orang datang beraya kat rumah. Lagipon pagi tu mak buat nasi lemak dengan roti jala.

Pastu tak sampai pukul 11 pagi aku dah tukar baju pastu boleh pulak aku tertidur. Dari pukul 11 pagi sampai 3 petang. Ini sejarah dalam menyambut hari raya, bukannya aku beraya tapi aku tidur di hari raya. Aku penat sangat sebenarnya, itu yang sampai tidur tak sedar.

Petangnya aku pon lupa aku buat apa. Tapi sepanjang cuti yang lama tu aku sangat busy kesana kemari. Ada saja perkara yang nak kena buat. Yang paling banyak sekali kena jadi driver mak kesana kemari. Pergi kenduri la, pergi berayala, pergi beli barang la...hehehhehe...sibuk bebeno rasenya. Cumanya aku still rasa tak seronok nak balik kuantan, kalau masih dikampungkan best.

Okla....sambung nanti..

Thursday, December 06, 2007

Menginai

Malam tadi tolong Faie menginai Kak Sue sempena kawen dia esok. Sempat jugak kami buat lawatan sambil belajar tgk pelamin dan hiasan kat bilik tidur kak sue.

Everything is good. Dan aku rasa aku boleh cuba tgk dan belajar dari ape yang kak sue buat for her wedding. At least i think of something. Aku rasa nak kurangkan baju. Dari 2 pasang kepada satu pasang je. Boleh kurangkan kos jugak. Lagipun aku rasa mengadakan 2 event dalam satu hari, aku rasa tidak ada banyak masa untuk banyak bertukar-tukar baju. Cukupla sepasang baju untuk nikah dan sepasang baju untuk bersanding.

Apapun aku rasa happy dapat tolong dia menginai. At least itu perkara terakhir yang aku boleh buat i mean sumbangan aku for her sebelum dia jadi wife orang dan begitu juga aku.

Semoga majlis dia berlangsung dengan baik esok. Begitula hendaknya....aminnnn

Wednesday, December 05, 2007

Masalah...masalah dan masalah...

Masalah ada dimana dan akan datang pada bila-bila masa tanpa diketahui. Begitulah keadaannya pada diriku. Terkadang rasa lapang dada bila tiada masalah yang perlu difikirkan. Tapi dalam banyak keadaan ada sahaja masalah yang perlu aku hadapi. Terutama masalah ditempat kerja.

Bukan bermaksud tiada langsung masalah, cuma bezanya kecil atau besar, ringan atau berat masalah tersebut. Dalam menghadapi masalah yang paling penting adalah cara masalah ditangani. Aku selalunya mudah panik bila menghadapi masalah. Yesss....aku bukan jenis yang coolll....Kalau aku tak cuba bertenang diawalnya maknanya akan ada perkara2 tak masuk akal aku akan buat. Tapi selalunya bila menghadapi masalah aku akan diam. Diam...memberi masa untuk menemteramkan diri sendiri. Dan berfikir cara untuk hadapi keadaan tersebut.

Dulu aku banyak bergantung pada orang untuk selesaikan masalah aku. Aku tak besungguh-sungguh mencari punca msalah dan seterusnya cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut. Akhirnya, setiap kali bermasalah aku akan tanya orang tanpa cuba memberi peluang pada diri untuk menyelesaikan sendiri. Akibatnya sampai bila-bilapun aku tidak belajar daripada masalah yang aku hadapi dan kebergantungan tu menjadi tabiat aku yang tak terkawal.

Kini, aku sedar seharusnya masalah patut diselesaikan sendiri. Bertanya pendapat orang itu penting, tapi jgn keterlaluan. Apapun dugaan mendatang cuba hadapi dengan cara sendiri dan dengan lebih berani. Dengan cara begini kita akan jadi lebih yakin dan berani menempuhi dugaan mendatang.

Semoga dimasa akan datang aku jadi lebih cool dan tabah menghadapi perbagai kerenah dalam kehidupan. Aminnn....

Monday, December 03, 2007

....

Tadi merayau-rayau kat blog orang. Then, aku terjumpa satu entry ni. Menarik jugak dan boleh jadi panduan untuk menjalinkan sesebuah perhubungan:

Apa Yang Lelaki Suka Dan Tak Suka

Lelaki suka:
Sikap kelakar Budi pekerti dan kesopanan

Murah hati Senyuman manja
Pandai memasak
Pandai dalam mengenakan pakaian
Penampilan/imej yg sesuai dengan citarasanya
Tak mudah naik angin
Seorang wanita yg sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
Tak terlalu seksi dalam berpakaian
“Tak apalah,tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
Wanita yg dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
Berwawasan atau bercita-cita tinggi
Mempunyai keyakinan diri yg tinggi
Tahu menjaga maruah diri.
Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yg tertekan.
Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
Wanita yg mengambil berat tentang lelaki
Sikap keibuan
Sukakan kanak-kanak
Suara lembut tanpa dibuat2
Pandai membawa diri.
Tak kekok dibawa ke mana pun
boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
memberi sokongan moral dlm apa jua usaha yg dilakukan
lelaki tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
tahu bersyukur
pandai berjimat-cermat tak mengharapkan lelaki dalam semua hal

Lelaki Tak Suka
Wanita yg suka mengumpat sombong dan bongkak menunjukkan sikap yg terlalu memiliki

hisap rokok
“Kau ni macam orang tiga suku!”
Mengutuklah tu…
Wanita yg melayan lelaki seperti alas kaki
wanita yg suka menunjuk2 utk dapatkan perhatian
“Tak bolehkah U lakukan sesuatu yg betul!”
“Jgn cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yg tak patut I lakukan..”
wanita yg hipokrit pembohong dan suka mencari alasan
terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
pengotor dan pemalas
tak bertanggungjawab langsung
tak pandai mengemas
terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
kuat berleter walau hal remeh temeh
boros berbelanja
tak tahu memasak sikap manja yg terlalu menyakitkan hati
“Queen Control” atau suka mengarah2
tak pandai bergaya atau selekeh
suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
suka mengungkit2 hal-hal lalu
panas- baran kuat merajuk dan sukar dipujuk
terlalu pendiam sehingga susah utk berkomunikasi
tak mahu mengakui kesilapan dan ego