Hari ni dapat berita yang buat aku frust tertonggeng2. Group K.I.K D'Optimis akan buat pembentangan mereka (setelah diundi) pada 08/03/2011. Adik aku pula akan melangsungkan akad nikah pada 08/03/2012 dan bersanding pada 09/03/2012. Nampaknya aku tak dapat nak sertai majlis akad nikah adik aku tu.
Kesian dia dah lama plan majlis tu alih2 aku tak dapat nak tgk dia bernikah dan tak dapat pon tolong dia untuk majlis tu. Awal2 lagi aku berdoa semoga tarikh pembentangan bukan jatuh pada 08/03/2012. Ye la kalau jatuh pad 06 atau 07 hb bolehla aku balik awal. Tapi dah takdirnya tarikh pembentangan pada 08 hb rasa macam frust tertonggeng pulak.
Sebenarnya aku bukanla ahli group yang sebenar, tapi aku terpaksa relakan diri untuk pergi bila ahli kumpulan yang sepatutnya join tak mahu pergi. Aku dah cuba pertahankan diri supaya tak perlu mengantikan staff berkenaan tapi hampa kerana aku takde alasan kukuh. Takpela...hari ni aku layan je la rasa frust ini sendiri....
Sunday, February 19, 2012
Thursday, February 09, 2012
Ulang Tahun Ke 4
Betapa lamanya aku tak masuk blog ni sampai boleh lupa password. Banyak kali jugak aku try macam2 password yang biasa aku guna tapi tak berjaya juga nak masuk blog, last2 aku klik je fungsi lost password tu, habis cerita. Nampaknya lepas ni aku kena tulis la password blog ni kat mana2 supaya tak jadik lagi kejadian ni.
Aku bukannya jenis yang pandai menulis tapi teringin nak ada blog jugak bila seronok baca blog orang. Sudahnya terpaksa kena layan kejadian2 lupa password ni bila lama sgt tak masuk blog. Inilah jadinya bila kita buat sesuatu sebab ikut-ikutan. Pastu baru tulis 2 perenggan dah habis idea nak tulis apa.
Semalam hari ulang tahun kami ke 4. Aku plan nak bake sebiji kek dan nak deko lawa2 dan insyaAllah malam ni akan bermula projek membaking. Esok baru deko dan kek tu nak dibawa ke genting. Encik Alangz dah book satu apartment kepunyaan Maybank kat sana. Bukan kami berdua je pergi sana. Family abang ipar pon join sama stay kat apartment tu maklumlah apartment tu ada 3 bilik.
Opppsss sempena ulangtahun ke 4 kami, encik alangz bagi suprise pagi2 lagi semalam kat aku. Dia belikan set body shop untuk aku. Aku suka sgt2 dan sgt appreciate hadiah dari encik alangz tu. Tapi aku lak tak beli apa2 pon untuk dia. Rasa bersalah, nanti2 aku janji aku akan belikan dia something. Harap2 encik alangz tak kecik hati dengan aku. Trust me, aku bukan dah lupa kat dia, bukan lupakan hari ulang tahun kami kawen...tapi aku betul2 taktahu nak beli apa untuk dia. Lagi pon kete aku rosak dan susah nak bergerak ke sana ke mari. Ok la kira alasan kukuh jugak tu....
Ok...akhir kata layanla gambar RV Kukis yang sgt mengancam jiwa ni. Kukis ni sedap sgt2 kalau dimakan dengan cream cheese dan dimakan sejuk2. Byeeee
Subscribe to:
Posts (Atom)