Doa Solat Dhuha
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu adalah waktu DhuhaMu, kemegahan ini adalah kemegahanMu, keindahan ini adalah keindahanMu, kekuatan itu adalah kekuatanMu, kekuasaan itu adalah kekuasaanMu dan perlindungan itu adalah perlindunganMu.
Ya Allah, sekiranya rezeki masih di langit, turunkanlah, jika berada di perut bumi, kau keluarkanlah, jika sukar, mudahkanlah, jika masih haram, kau halalkanlah, jika jauh, kau dekatkanlah dengan berkat waktu Dhuha, kemegahan, keindahan, kekuatan, kekuasaan dan perlindungan Mu.
Limpahkan kepada kami sebagaimana yang telah kau limpahkan kepada para hambaMu yang soleh.
Amin..
p/s Terjumpa doa solat dhuha ni dari web mana tadi....tapi aku sgt suka doa ni....tapi sayangnya aku tak buat pun solat ni.
Saturday, February 20, 2010
Wednesday, February 17, 2010
Ya Latif, Ya Shafie
Lately, aku selalu stress di opis, selalu cepat nak marah dan naik angin. Tak boleh salah sikit cepat je hati jadi panas. Sepatutnya, bila semakin lama kerja sepatutnya aku lebih relaks dalam menghadapi situasi2 mencabar di opis. Ye la, bila dah bertambah pengalaman, maka lebih mudah dan cekap menyelesaikan masalah di pejabat. Orang kata sebelah mata pon keje boleh selesai. Tapi mana boleh kan, sebab masalahnye berbeza2, orangnya berbeza2...
Tapi, stress tetap ada setiap masa dan dimana-mana. Malah bila hari2 menghadapi keadaan dipejabat aku jadi cepat bosan untuk berhadapan dgn masalah, pertanyaan dan situasi yang berbagai-bagai. Bebanan tugas yang semakin bertambah juga salah satu puncanya. Ada juga ketikanya, aku tertinggi suara dengan user yang menelepon bertanyakan sesuatu perkara berulang2 kali. Bila dah meninggi suara tu mulalah menyesal tak sudah. Tapi kalau tak dilepaskan apa yang terpendam, rasa tak puas. Mungkin aku dah diserang penyakit bongkak dan takbur. Udah rasa diri semakin hebat itu yang suka marah2 tak tentu hala.
Bila direnung kembali masa silam aku dapat rasakan aku dan semakin berubah. Bila dikorek2 zaman silam, aku rasa aku dah tak sama seperti dulu. Dulu aku seorang yang mudah lembut hati. Seorang yang sabar, suka mengalah daripada cari gaduh dengan orang. Tapi kenapa sekarang ni tak boleh ye. Kenapa asyik nak menang je. Aku pun dah pandai cakap word yang kasar yang dulu aku tak suka sebut. Aku ni dah lupa tuhan ke? Dah lupe nak bersyukur? Tak kesian ke kat orang lain yang terkial2 cari keje tetap walaupon dah bertahun2 grad. Apa yang ada ni, patutnya kena bersyukur dan nikmatilah dengan sebaiknya, kerana kita tak tahu apa yang akan terjadi dihari depan. Sepatutnya semakin bertambah usia semakin banyak perkara yang mematangkan fikiran, semakin aku jadi manusia yang lebih baik. Tapi lain pulak jadiknya. Hohoho...
Semoga aku menjadi manusia yang lebih baik....perlu menyayangi sesama manusia, barulah hati akan jadi tenang.
Ya Latif, Ya Shafiee....

Subscribe to:
Posts (Atom)