Wednesday, January 31, 2007

L.O.V.E

One look
One smile
One touch
One embrace
One kiss
One love
Two people
Two minds
Two souls
Two destinies
One road
One journey
One endingTogether.

- Melissa Higgins -

Monday, January 29, 2007

Beronggeng@Genting

Weekend lepas aku bersama kengkawan ICTians sempat meronggengkan diri di Genting....dah ada peluang ke Genting Highland rasanye memang rugi kalau tak amik peluang beronggeng-ronggeng kat sanakan...dari Seri Malaysia kami naik bas yang telah disediakan oleh pihak hotel ke Genting Skyway...ni ada sedikit gegambo yang sempat disnap semasa hari kejadian...katanya skyway ni adalah yang terpanjang dan terpantas di asia tenggara dan dipanggil gondola ...hehehhehe...
Kami bertolak dari Seri Malaysia jam 4.00 petang, sampai di Genting Skyway lebih kurang jam 4.20, terus beratur utk naik skyway/gondola dan sampai di taman tema lebih kurang pukul 4.40 petang. Sesampai ditaman tema genting kota keriangan kami kami sempat jalan-jalan sekejap sekitar tempat tu dan decide untuk masuk snowworld saje...maklumlah masa yang ada sangat terhad. ...Konon-kononnya nak bermain salji...hehhehehhe...walaupun salji celup....:D.....dengan bayaran RM17, kami diberi masa 40 minit untuk berada dalam snowowrld tu...Suhu dalam snowworld tu -4 darjah celcius...fuhhh...sejuk yang amat....kitorang semua memang tak tahan...walaupun kami dibekalkan dengan jaket, boot dan jugak glove,...tapikan baunye,...ya ampunn sangatlah menusuk kalbu..tahan je lah kan sebab bergilir-gilir dengan orang lain...disebabkan jari jemari dah rasa kebas2....nak amik gambo pun terketar amik gambo curi sebab takleh bawak kamera masuk dlm snowworld tu kami keluar 15 minit lebih awal dari snowworld tu...keluar dari tempat tu baru le rase lega sikit,....cemanala nak gi obersea kalu gini....:D ....kami balik semula ke hotel jam 6.30 petang. Anyway naik gondola tu memang best la...ni first time sebenarnya aku naik gondola ni...next time kalau ade peluang of course aku akan naik lagi...
Akhir sekali, tengoklah gambo kengkawan ICTians ku yang ceria-ceria semua nya....:D


Sunday, January 28, 2007

How un-Malaysian Are You?

Pagi tadi terjumpa link ni kat blog orang....saje try-try buat test ni dan inilah hasilnya...

Congratulations Zure, you are 60% not Malaysian.

That means you're as Malaysian as...


Guy Sebastian !

How Un-Malaysian Are You?

Thursday, January 25, 2007

"Kau bagaikan permata asmara
Memancarkan sinar perasaan sayang
Kau bagaikan pelangi menjelma
Mewarnai duniaku......."

Lagu : Permata
Penyanyi : Siti Nurhaliza

Tuesday, January 23, 2007

Hari ni aku pergi training volleyball dengan jayanya. Bila dah start main kat padang tu susah pulak nak berenti main. Sampai ke maghrib pun kalau boleh nak terus main lagi. Tapi sebelum nak ke padang tu, nak memujuk diri ke padang tu satu masalah besar bagi diri aku. Tak tahu la liat sangat rasanya nak melangkah ke padang.

Aku benonya kekadang tu rasa nak tarik diri je. Kalau boleh biarlah orang2 yang betul komited dengan pasukan je join the club. Bukan yang macam aku ni kejap muncul kat padang kejap langsung tak nampak batang hidung. Tapikan aku kesian kat pasukan, sebab pasukan ni sebenonya tak cukup orang. Ramai orang yang tak nak main, kalau aku tak join pasukan maybe akan kekurangan pemain. Macam tahun lepas ramai gak senior2 yang pandai main volleyball ni, tapi ramai yang dah tarik diri...ade yang gi sambung belajar, ada yang dah kawen....tinggal lah orang lama beberapa orang dan juga beberapa orang baru. Atau mungkin jugak ada lagi bakat-bakat baru dari kalangan staf-staf baru yang tidak dijemput untuk menyertai pasukan...Mesti dorang lagi komited dari aku...Huhuhuhuhuhu...

Dua minggu lagi akan ada perlawanan volleyball interdepartment kat tempat kerja aku. Department aku macam tahun lepas jugak akan bergabung dengan jabatan Finance. Hanya aku dan Faie sahaja akan join perlawanan ini, dan 4 orang lagi dari Finance. Jabatan aku memang tak ramai perempuan jadi terpaksa bergabung dengan jabatan lain. Aku harap lepas ni semangat aku untuk join pasukan akan bertambah la kan. Aku tak mahu turun main dalam keadaan terpaksa...dalam keadaan memaksa diri. Biarlah aku enjoy bermain. Aku ingat lagi betapa happy nye aku masa aku join sukan intervarsiti tahun lepas kat UPM. Walaupun penat, walaupun sunburn dan gelap, walaupun pasukan kalah tapi aku gembira...gembira sebab aku jumpa ramai kawan baru, paling best masa hari perasmian, ada perarakan pasukan...aku rasa bangga sangat wakili pasukan masa tu....satu pengalaman baru bagi aku sendiri...Maybe tahun ni ade benda lain yang lebih mengujakan aku...itu yang aku rasa semangat aku hilang. Semangat lain pulak yang datang.

Tiba-tiba teringat pulak aku kat entry terbaru nini.....mudah sentap katanya...tapikan aku rasa aku pun begitu jugak...mudah sangat aku kecik hati semenjak 2 menjak ni...pantang orang salah cakap...pantang orang tak nak dengar cakap aku mulalah aku nak terasa hati...cuma aku cuba berlagak cool walaupun dalam hati aku tuhan aje yang tahu...Itu yang aku rasa tak happy je beberapa hari ni... Maybe betul kata Nini, ni salah satu sindrom orang yang semakin lanjut usianya....hehehehehehe....aku harap sehari dua ni semuanya akan kembali ok sebab benda-benda macam ni tak baik untuk diri sendiri dan kesihatan diri.

Thursday, January 18, 2007

Berkasih Sayang tanpa Ucapan

Cerpen yang di C&P dari email

Suatu hari saya dibelanja oleh teman saya makan mee di kedai mee yang agak terkenal. Harganya tak mahal tetapi sedap. Kami duduk di meja bulat yang dapat menampung sepuluh orang bila mengelilingi meja. Di meja itu ada enam orang, saya, teman saya dan empat orang kawan yang lain.

Ketika asyik makan, satu keluarga baru duduk di sebelah kami. Mereka telah memesan mee dan sedang menunggu pesanan.. Keluarga tersebut terdiri daripada sepasang suami isteri yang masih muda dan seorang anak yang berusia dalam enam tahun. Mereka keluarga yang jauh dari sederhana. Pakaian mereka lusuh dan kusam. Anaknya kelihatan seperti baru sembuh dari penyakit dan sedang menarik hingusnya keluar masuk. Hingusnya seperti nombor sebelas dan kadang2 seperti angka satu dengan warna kuning kehijau-hijauan. Si ibu dengan penuh kasih sayang mengelap hingus yang tidak berhenti keluar masuk hidung anaknya. Pasangan itu sangat bahagia melihat anaknya bermain sambil tertawa. Seperti makan mee itu merupakan perayaan menyambut kesembuhannya. Ketika mee sudah sampai keluarga tersebut makan dengan lahapnya.

Keadaan tersebut tidak berlaku bagi kami semua terkecuali teman saya. Bagi kami berlima (termasuk saya) keadaan tersebut merupakan bencana dan penyiksaan. Bayangkan, bagaimana rasanya makan mee dengan mencium satu keluarga yang bau badannya tidak enak. Belum lagi melihat dan mendengar hingus yang ditarik keluar masuk dan sesekali dibersihkan oleh ibunya. Setiap kali menyuap mee ke mulut sambil menghirup kuahnya, rasanya seperti hingus telah tercampur dengan makanan dan membuat selera makan hilang. Tidak beberapa lama kemudian, keempat kawan yang duduk semeja dengan kami meninggalkan meja satu persatu- tanpa menghabiskan makanan. Melihat ini ada rasa kepahitan yang terpancar di wajah keluarga muda itu, seperti rasa rendah diri dan terasing melihat sikap saya dan empat lainnya. Tetapi itu tidak lama, terutama ketika mereka melihat teman saya, keceriaan mereka pulih kembali. Teman saya tetap menikmati mee tanpa mengendahkan orang lain. Seolah-olah tidak ada bau di sekitarnya dan tidak ada bunyi hingus. Saya juga terpaksa berpura2 tidak endah dan terus menghabiskan mee kerana mahu menghormati teman saya yang belanja saya makan. Selesai makan, kami masih duduk dua puluh minit sebelum meninggalkan kedai makan. Saya pelik dengan teman saya yang luar biasa. Biasanya setelah makan, dia hanya duduk paling lama sepuluh minit. Sekali lagi saya terpaksa menemani teman saya dengan perasaan yang sangat jengkel.

Akhirnya kami keluar meninggalkan kedai dan keluarga muda, saya merasa lega. Dalam perjalanan pulang, teman saya mengatakan dia sangat terganggu duduk berhampiran keluarga tersebut. Ia merasa ada bau dan terganggu dengan bunyi hingus anaknya itu. Dia juga merasa seperti apa yang saya rasakan.

Teman saya juga mengatakan, jika dia meninggalkan keluarga tersebut ketika mereka bergembira, keluarga itu akan merasa terpukul, tidak berharga, terasing dan putus asa. Si suami sedang memberi yang terbaik bagi keluarganya. Mereka bersukacita merayakan kesembuhan anaknya. Si suami telah mengeluarkan wang yang bagi mereka cukup mahal dari hasil kerja keras hanya untuk memberikan yang terbaik bagi keluarganya. Wang itu tidak begitu banyak untuk ukuran kami tetapi tidak bagi keluarga itu.

Saya sangat terkejut mendengar kata kata teman saya. Dan tidak menyangka teman saya telah melakukan sesuatu yang luar biasa bagi keluarga itu. Dengan caranya yang berbeza - bertahan makan mee sampai habis dan menunggu dua puluh minit setelah makan, telah memberi semangat baru bagi keluarga itu. Saya teringat bagaimana rasa kepahitan, rendah diri dan terasing di wajah kedua suami isteri itu ketika melihat pelanggan yang lain meninggalkan meja tanpa menghabiskan makanan dan melihat tingkah saya. Saya juga teringat bagaimana pasangan ini kembali ceria begitu melihat sikap teman saya yang tidak kisah.

Pertama kali dalam hidup ini, saya menyedari bagaimana utk mengasihi sesama manusia tanpa mengatakannya benar-benar tidak mustahil. Teman saya dapat menunjukkan kasih sayang kepada sesama saudara tanpa perkataan dalam waktu sesingkat itu. Cukup hanya dengan meneruskan makan mee sampai habis. Menunggu dua puluh minit setelah selesai makan. Yang terakhir menahan rasa bau untuk menyempurnakan segalanya telah menunjukkan suatu keajaiban kasih dan dilakukan oleh seorang teman. Ajaib bagaimana teman saya menegur saya tanpa mengatakan sesuatu. Dia tidak menuduh tetapi cukup membuat saya rasa sangat terpukul dan malu tetapi tidak marah. Saya kembali mengingatkan diri sendiri bagaimana selalunya kita mengatakan mengasihi sesama manusia tetapi tidak pernah melakukannya

....aku pun rasa terpukul lepas baca cerpen ni....hehehhehehhe.......

Monday, January 15, 2007

Sekadar Cerita Di Masa Lapang

(Cerita ni hanya sekadar cerita untuk mengisi masa lapang....:D ...jgn ada yang tersalah sangka dengan apa-apa yang ditulis)

Pagi tadi aku sempat berborak-borak dengan kawan aku dekat Pejabat HR. Al-kisahnya dia ni sama kes dengan aku. Adik dia kawen dulu dari dia. Tapi skrg ni dia dah kawen la kan, dah ada seorang anak.

Nak di jadikan cerita kawan aku ni orang Johor. Aku tumpang kat tempat dia nak siapkan report aku kat Pejabat HR. Sambil-sambil buat report sambil-sambil la aku berborak dengan dia. Macam-macam citer la keluar. Sampaila cerita bab-bab kawen dan bab-bab orang kawen. Bila buka citer bab tu aku ter'reflect' balik yang dia penah bagitau yang adik dia nak kawen dan masa tu dia tak kawen lagi...kes adik kawan dulu dari kakak...so dia citer le pengalaman dia masa adik dia nak kawen and masa tunang. Yang soronoknya dia kata semua yang adik dia dapat masa tunang dia dapat....and masa kawen pun siap dapat gelang lagi....wakakaka....seronok dan terujala aku dengar citer dia....

Dia tanya aku ..."ko tak dapat apa-apa ke zura adik ko nak kawen tu?" ....
Aku pun jawab la..."aku dah tanya mak aku masa adik aku nak tunang dulu...mak aku kata kalau adat orang kat tempat aku, kakak takkan dapat apa2"....
"aku gigit jari je dongo citer ko" aku menambah lagi...
Dia kata lagi...."lorrrr rugi le ko....kalau kat johor apa yang adik dapat si kakak akan dapat gak"....
Aku cakap lagi...."bertuah la ko"....

Sabo je la dengar citer kawan aku tu...seronok jugak kalau adat kat tempat aku macam kat Johor....tapi takpela aku bukannya suka pakai barang kemas benonya. Pernah le jugak aku bergurau dengar adik aku pasal hal2 tu...konon2 nye dorang tu (adik aku and tunangnya) kena bagi sometime le kat aku masa tunang and kawen...dorang kata tak kawen le kami ni kakak oii...kalau nak kasi benda2 tu kat kakak jugak...tak pon kitorg kena postpond kawen kitorng ni sebab nak kumpul duit lebih sikit....

Aku ingat lagi masa memula adik aku nak tunang...benonya awal2 lagi mak aku dah soseh2 dengan aku pasal hal tu....so dari awal aku memang dah tau...pastu 2 3 hari lagi before adik aku nak tunang, abah aku ada call...Masa tu abah aku sangatla berhati-hati cakap dgn aku nak maklum kan majlis pertunangan adik aku tu(dia ingat aku tak tahu cerita adik aku nak tunang)...dia takut aku terkecik hati...hehehehhe.....Masa tu aku ok je la, takde apa-apa pun yang buat aku rasa kecik hati atau jeles, bagi aku kalau dah sampai jodoh adik aku, tak baik ditolak...dan kalau jodoh aku belum sampai, mesti ada sebabnyakan?....lagi pun aku memang dah tahu dari awalkan, so aku takde rasa kecik hati or whatsoever...aku ni siap bagi duit lagi kat adik aku untuk majlis tunang tu tapi aku tak dapat balik masa hari tunang tu sebab aku kena pergi Kursus BTN....:D

Takpela kan yang penting sekali, adik aku tu selamat nikah nya bulan Februari ni (sama tarikh dengan Poji). Kesian jugak kat parents aku...anak perempuan ada 5 orang, satu pun tak lepas lagi. Lepas adik aku ni, maka lepas lah satu penanggungan parents aku, dan aku sendiripun sebagai kakak akan rasa lega jugak...sebabnya bukan senang nak jaga anak/adik perempuan ni tambah-tambah lagi zaman yang penuh dengan kecanggihan teknologi ni...

Wednesday, January 10, 2007

Bola Tampar ooo Bola Tampar


Tak tahula kenapa tahun aku rasa macam tak bersemangat je nak turun training volleyball. Malas sungguh. Dah banyak kali aku ponteng training. Rasanya baru sekali aku turun training. Padahal 2 kali seminggu je trainingnya, itu pun malas. Semalam aku dah kena sound dengan Zaila sebab tak turun training. Biasalah alasan aku, busy, busy and busy....

Aku terasa sangat 3 perkataan yang di bold kan kat memo tu ditujukan khusus kat aku.....hehehehhe pandai jugak aku terasa. Aku suka main bola tampar, itu jugaklah sukan yang paling aku minat. Dah minat kenapa tak turun main? Sukan2 lain aku tak ambil port sangat especially bola sepak. Ya ampunnnnn....sungguh tak minat. So, kalau orang tanya aku pasal liga Malaysia ke apa ke aku tak tahu...apa lagi kalau Manchester ke, Liverpool ke meks tak tahu. huhuhuhuhu

Esok ada training bola tampar ni, nak turun ke idak ni....malasssssnyaaaaa.........

Friday, January 05, 2007

Mari Memasak Di Hari Minggu

Hehehehehe...tetiba je rasa nak buat entry pasal masak memasak ni....hahahaha...apa uols ingat Alangz dan Joe je yang terer memasak...meks pun teringin gak nak menunjukkan ketereran memasak...ahaks! peaceeeee!! :D

Sebenarnya hari sabtu lepas (weekend), aku buat sarapan pagi...masak nasi lemak. Kebetulan 2 orang housemate ku akan berangkat ke Cherating Bay (if i not mistaken nama hotel tu) sebab ada bengkel kat sana. Jadi seawal jam 6.30 pagi dah bangun untuk siapkan nasi lemak supaya sempat dimakan oleh mereka berdua. Dorang akan berangkat jam 8.00 pagi. Jam 6.30 pagi tu consider awal kalau hari sabtu camni. Ni gambar yang sempat diambil pada hari kejadian. Nasi nya tidak lah berlemak sangat sebab aku memang kurangkan kandungan santan dalam nasi nya. Santan tinggi bangat sih kandungan kolestrol nya....tak rela uols....kosserr...

Nak dijadikan cerita pulak, aku termasak banyaklah pulak nasi lemak hari tu. So, makanan pagi, tengahari dan malam adalah makanan yang sama. Bab-bab menganggar ni memang fail sikit, maklumlah jarang ke dapur. Sempat jugaklah aku mengekspot sikit nasi lemak tu kepada zahari, sebab dia dah tolong tengokkan notebook adikku yang rosak. Hehehe...itu aje cerita masak memasak meks pada hari ini...:D

Sekian, trima kaseeeeehhhhhhh