Tuesday, December 26, 2006

Kita Beraya Lagi



Dikesempatan ini, aku nak ucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua yang membaca. Tak lupa jugak nak ucapkan selamat tahun baru 2007. Tak sabar nak balik kampung ni.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA & SELAMAT TAHUN BARU.
Aku pun nak ambil kesempatan ni nak ucapkan selamat bertugas ditempat baru kepada TT. Seronok ek dah dapat pindah ke Perak. Harap-harap kat tempat baru semuanya ok.

Monday, December 25, 2006

Rasa Macam Nak Menulis

Tetiba je rasanya hari ni nak menulis kat sini walaupun tak tahu ape isi-isi penting yang nak ditulis. Rasenya mungkin sebab hati tengah tak tenteram sebabnya aku rase tak puas hati sangat dengan exam PTK yang aku baru habis jawab tadi. Itu baru satu paper tinggal lagi paper khusus 28 dec ni. Nak kata soalan susah, takde la susah mana tapi yang menjadikan aku susah sebab semua yang aku dok menghafal sesungguh-sungguh hatinya tak masuk, tapi benda yang aku tengok takat jeling-jeling je masuk berdezup-dezup la pulak...huhuhuhuhh...memang rasa cam tak puas hati je dengan jawapan aku tadi, rasa macam aku menggoreng jawapan-jawapan aku tadi dengan minyak masak cap seri murni...aaaaaiiiiyoooooo...ape nak jadi ni....risau nye...tak mau la fail....eerrmmmm biarlah benda dah lepas kan...nampak gaya ada la orang yang nak kena repeat paper PTK umum ni tahun depan...

Masa cuti weekend hari tu walaupun lama gak cuti nye tapi rase macam sekejap je...jadi sekejap sebab terlalu nak fikir semua nota2 yang nak dibaca...itupun sempat lagi aku berlari-larian ke KL yang mana tujuan asalnya untuk mengambil adik yang dah tamat belajar ke IKBN dan sempat lagi diselitkan dengan aktiviti-aktiviti lain....rasanya memang padat dan berkesan masa 2 hari di KL, sebab banyak benda yang berlaku dalam masa 2 hari tu...perkara-perkara yang menggumbirakan hati aku sebenarnya...tapi sayangnya aku rasa macam tak mampu untuk bercerita kat sini. Teringin sangat rasanya nak bercerita, tapi aku takut apa yang aku tulis tu tak sesuai untuk dibaca.

Anyway, aku tak sabar nak balik kampung. Aku tak jenguk lagi anak seudara baru aku yang baru lahir tu...nama anak saudara aku Wan Nordamia Maisara...jgn tak tahu abah aku yang letak nama tu...cheeewahhh moden gitu namanya, excited sungguh abah aku dapat cucu sulung...hehehehe...masa lahir berat baby 3.9 kg...errmmmm...boleh tahan beratkan...makin busyla mak aku, mana nak tengok kakak ipar yang tengah berpantang, nak jaga cucu, nak prepare untuk majlis kawen adik aku...sibukla dia nampaknya...sampai terlupa raya haji dah dekat ni...aku pun maybe 28 dec ni dah chow balik kampung...tengah terlebih excited juga aku ni sebenarnya....maybe aku happy kot....tahun baru dah dekat ni....aku rasa azam tahun depan aku nak mencapai azam tahun 2006 yang tak tercapai lagi kot.....anyway, apa azam u ols......?


Sunday, December 24, 2006

Islam Hadhari

Konsep & Falsafah Islam Hadhari

Islam Hadhari bukanlah satu ajaran baru, ianya adalah ajaran Islam yang sebenar yang berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah ( Islam Fundamental ). Hal ini bukanlah satu perkara yang baru kerana agama Islam adalah satu agama yang syumul; agama yang sesuai sepanjang zaman dan agama yang merentasi sempadan tempat dan waktu. Malah penggunaan istilah 'Hadhari' telahpun digunakan oleh ilmuan Islam sejak dari dulu lagi seperti Ibnu Khaldun dalam kitab agungnya 'Al-Muqaddimah' dan pemikir al-Jazair iaitu Malik Bennabi yang cenderung menggunakan istilah 'hadhara' yang dianggap hampir kepada maksud keseimbangan kemajuan antara aspek material dengan akhlak dan spiritual. ( Siri Monografi Islam Hadhari Terengganu Bistari , m/s 3 - Idris Jusoh )

Islam Hadhari adalah Islam yang syumul atau komprehensif dengan penekanan kepada pembangunan ekonomi dan tamadun menyeluruh - yang berupaya menjadi penggerak dan pendorong kepada peningkatan daya saing bangsa Melayu dan umat Islam amnya. Islam Hadhari akan menjadikan warisan dan tamadun Islam yang memperlihatkan kejayaan cemerlang umat Islam masa lampau sebagai pendorong kepada pembangunan dan kemajuan tamadun umat Islam masa kini dalam semua bidang kehidupan.

Lantaran itu Islam Hadhari telahpun dijadikan satu kerangka Dasar Nasional yang akan dijadikan sebagai asas di dalam perancangan pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara Islam Maju menjelang Tahun 2020. Dalam erti kata lain, Wawasan 2020 yang telah dijadikan sebagai 'mainstream' negara selama ini haruslah berpaksikan kepada ruh Islami atau dalam istilah yang lebih progresifnya ialah Islam Hadhari . Inilah rahsia yang tersurat disebalik kesungguhan kepimpinan negara di bawah teraju YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan Islam Hadhari.

Maksud Islam Hadhari

Apakah yang dimaksudkan dengan Islam Hadhari ? 'Islam Hadhari' adalah gabungan dari dua kalimah Bahasa Arab, iaitu : 'Islam' dan 'Hadhari' (sifat). Asal perkataan 'Hadhari' ialah 'Hadharun' - 'Hadharatun' (Hidup di Bandar) yang membawa maksud membangun, maju ataupun bertamadun - lawan kepada perkataan 'badawah' ( kepedalaman atau kemunduran). Bertolak daripada kata dasar tersebut maka perkataan 'hadharah' ataupun sifatnya 'hadhari' bolehlah ditakrifkan sebagai hasil tindakbalas antara manusia dengan alam dan kehidupan sekitarnya melalui usaha yang dilakukan oleh manusia sendiri bagi memperbaiki kedudukan kehidupannya di dunia secara fizikal dan spiritual mengikut keperluan dan peredaran semasa ( waqie).

Pengertian hadharah (hadharatun) itu semakin luas skopnya apabila komuniti manusia itu semakin jauh daripada corak hidup kepedalaman, serta apabila mereka mula terbabit dengan gaya hidup masyarakat maju yang progresif dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian zaman dan tempat. Justeru, hadharah ataupun tamadun adalah hasil-hasil usaha yang dilakukan oleh manusia untuk mengeksploitasi unit-unit alam yang berada di sekitarnya. Tujuannya ialah untuk merealisasikan segala keperluan dalam masyarakat manusia serta menyebarluas faktor-faktor kebaikan dan kebahagiaan di kalangan manusia sejagat.

10 Prinsip Utama Islam Hadhari

Bagi menjana pembangunan yang seimbang dan pengintegrasian antara kemajuan duniawi dan juga persiapan ukhrawi dalam Pembangunan Islam Hadhari di Malaysia, maka Y.A.B Perdana Menteri telah memberi penekanan kepada Kehidupan Berkualiti sebagai salah satu daripada 10 Prinsip Utama Islam Hadhari :
1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi.

2. Kerajaan adil dan beramanah.
3. Rakyat berjiwa merdeka.
4. Penguasaan ilmu pengetahuan.
5. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif.
6. Kehidupan berkualiti.
7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.
8. Keutuhan budaya dan moral.
9. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi.
10. Kekuatan Pertahanan dan Perpaduan.

p/s salah satu nota untuk peperiksaan PTK.

Sumber - http://www.islamhadhari.net


Monday, December 18, 2006

CINTA

Cerita CINTA - Komen Sikit....

Kadang-kadang, orang yang kita sayanglah adalah orang yang paling susah untuk disayangi...Rubiah

Kita hidup susah sehari bersama dengan org yang kita sayang lebih baik daripada kita hidup senang lenang selama-lamanya dengan org yang kita tak sayang...Rubiah

Isteri bukan hak milik tapi anugerah....Cik Elyas

Kalau kita nakkan sesuatu mesti ada cara.....Aryana


Itu adalah kata-kata yang aku masih ingat dari filem CINTA yang sempat aku tonton hari sabtu lepas. Sebuah cerita yang ringan, menarik dan berkesan. Jika anda ingin merehatkan minda di hujung minggu dgn menonton filem yang tidak berat, amat bersesuaian menonton filem ini. Padaku, sangat berbaloi 2 jam masa yang diambil untuk menonton filem ini. Kalau cerita ini ditonton bersama yang tersayang mungkin ia akan lebih berkesan lagi....heehehhehehe

Dalam filem ini, ada babak yang kelakar dan juga babak yang sedih. Ada 2 babak yang paling menyentuh hati aku dalam cerita ini. Babak pertama masa Harris menghantar anaknya ke rumah isteri/bekas isteri Airin, sedih bila melihat anaknya menangis semasa Harris nak balik dan dia mintak supaya Harris happy. Paling aku tersentuh, masa babak Dhanny membaca surat Kakaknya, Dian di hari pengkebumian kakak nya....sangat la tersentuh dan aku tak dapat nak menahan air mata...tewas beb...huhuhuu....menangis bukan sebab lemah, tapi sebagai manusia yang ada perasaan mesti kita tersentuh dengan babak2 sedemikian. Bagi aku kasih sayang adik beradik antara Dhanny dan Dian yang paling berkesan...begitu juga kasih seorang anak terhadap ayahnya...nampaknya hubungan kasih antara saudara yang lebih menyentuh hati aku....

Tadi masa drive nak ke opis terdengar lagu ni, sedap pulak lagu nya...so sampai opis terus cari kat intenet lagu ape...

Tercipta Untukku- Ungu

Menatap indahnya senyuman diwajahmu,
membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah,
saat kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata yang tak mampu kuungkapkan kepada dirimu

Aku ingin engkau selalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah yang meyakiniku..
Kau tercipta untukku, sepanjang hidupku..

Aku ingin engkau selalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah yang meyakiniku..
Kau tercipta untukku, sepanjang hidupku..

Meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku,
ku ingin kau tahu,
ku selalu milikmu
Yang mencintaimu, sepanjang hidupku…

Sunday, December 17, 2006

Hargai Kebolehan Diri Sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

Sumber : Internet

Thursday, December 14, 2006

Berita Gembira

Alhamdulillah, petang tadi aku dapat panggilan telefon dari Abah, kakak iparku telah selamat melahirkan cahayamata pertama lebih kurang pukul 2.30 petang tadi, 14 disember 2006.....baby girl...wah dah jadi makcik rupenye aku ni...(ini anak saudara sulung)... :D

Ermmm...tengah fikir ni, nanti anak saudaraku ittew nak panggil aku ape ek?.....ermmmm.....

Untuk anak saudaraku....selamat datang...:D

Sunday, December 10, 2006

[No Title]




hehehhe...nasib baik tak bersawang lagi blog ni...tengah penat lagi ni...semalam baru sampai Kuantan. Hari ni dekat opis mengantuk memanjang...nasib baik takde orang nampak...

Rasenya mesti dah banyak citer-citer kat tag yang aku miss...entah apelah perkembangan terbaru ni...dari semalam lagi dok nak menjenguk blog orang tapi tak dapat...tak senang pulak rasanye semalam sebab tak dapat menjenguk blog orang...bukan ape nak tgk apa perkembangan terbaru semua orang....dah janji dengan nini nak berYM dgn dia hari ni nak bergosip sikit tapi tak nampak pulak dia meng'online'kan diri kat YM...mana pulak dia pegi...busy gamaknya tu...sib baik ade gak seseorang yang mengupdet sesikit perkembangan2 terkini....:D....benonya dok cadang-cadang nak bercuti, tapi bila dikenangkan ade benda2 nak kena buat and dok cadang nak cuti next week aje so cancel je la nak cuti hari ni...gagahkan jugak diri bangun pagi-pagi ke opis...

oooo...berkaitan dengan Awana Porto Malai tu kan...memanglah tempatnya cantik...tepi laut kan memang sangat cantik....bayangkan bangun pagi-pagi buka sliding door terus nampak laut, nampat bot2, pulau2 ....hussshhhh...bestkan gituh...cumenye tempat tu amat lah jauh dr orang lain...agak ke dalam sikit...biliknye pun biasa-biasa je...macam bilik2 kat hotel lain jugakla (agaknya sebab dapat bilik yang biasa2...tak dapat bilik yg luar biasa...hehehhe...bak kata alangz : SYUKUR)...cuma makanan kat sini biasa2 je tak semeriah mana la...before sampai ke awana tu...ramai org kata awana ni sangatla best...awal2 lagi dah buat expectation yg bukan2 pasal awana ni, memang teruja sangat nak sampai ke awana ni...memang cantik pun...harga bilikpun takla mahal sangat...harga serendah rm165 dah boleh dapat satu bilik...so betterlah pegi sendiri kalau nak menikmati keindahan pemandangan kat situ...gambar 1 dan 2 adalah pemandangan dari beranda bilik...

Sepanjang kat langkawi tu, tak berkesempatan pun nak berjalan-jalan sangat, cuma sempat membeli belah dekat Pekan Kuah petang sabtu tu aje...benonya teringin nak naik cable car tapi tak sempat...nak jugak pegi underwater world...pun tak sempat...nak gi island hoping (ke hoping island?)...pun tak sempat...pendek kata semua tak sempat....benonya jumaat petang tu ade masa free untuk jalan2 tapi kepala ku sakit yang amat time tu so tak join kenkawan yang lain berjalan2...just makan panadol dan tidur aje kat bilik...ciankan...takpela...kalau nak pi semua tempat tu kena datang lain kali la aje...

wokeyla....setakat ini sajo...

p/s.....jom pi cuti-cuti malaysia....:D

Saturday, December 02, 2006

Sekadar Bahan Bacaan Di Masa Lapang...

*Rahsia Wanita Tanah, Api, Angin dan Air*

WANITA TANAH

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20Mei), Virgo (24Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari)
Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.Semangatproduktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa

WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan sagittarius (23 November-21 Disember).
Dilahirkan sebagai pemimpin Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan

WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari-19 Februari).
Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja

WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun-23 Julai), Scorpio (24 Oktober-22 November) dan Pisces (20 Februari-20 Mac).
Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju .Mereka ini dipandu oleh perasaan hati .Mempunyai sifat mudah bersimpati. Berdaya imaginatif sentimental Mempunyai perasaan yang berubah-ubah,berhati-hati ,tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri
------------------------------

Nota Kamar: Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100%.