Sunday, October 30, 2011

Spaghetti Olio

Salam semua,
Dinner kami malam ini adalah spaghetti Olio. Resepi ada di bawah :
Bahan Bahan
spaghetti (secukupnya) – di rebus sehingga lembut
4 tbsp extra-virgin olive oil (evoo)
2 biji bawang putih di potong dadu halus halus
10 ekor udang (Guna Ayam)
1/4 biji capsicum (merah, hijau, kuning) – di hiris memanjang (Guna Brocolli)
1 batang celery – di potong nipis - Tak masukkan
garam
sedikit lemon juice – about 2-3 tsp (boleh juga di ganti dengan lime juice)
chilie flakes

Cara cara
- Panaskan evoo dan tumis bawang putih hingga wangi
- Then masukkan udang, kacau sekejap then masukkan lemon juice
- kacau rata, then masukkan capsicum dan celery serta spaghetti tadi
- masukkan garam secukup rasa dan gaul biar rata
- tutup api.
- masukkan dalam pinggan dan taburkan dengan chilie flakes tadi…

Saturday, October 29, 2011

Fruit Tartlet

Salam Semua,


Saya nak share kan resepi Fruit Tartlet yang saya buat minggu lepas

Bahan-bahan ( Bergantung pada saiz acuan masing2 )

  • BAHAN2 PASTRY:-
  • 113 g mentega
  • 75 g gula halus
  • 1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
  • 250 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
  • BAHAN2 KRIM PASTRY:-
  • 300 ml susu segar
  • 3 biji kuning telur
  • 50 g gula halus
  • 20 g tepung gandum*
  • 20 g tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
  • 1 camca teh esen vanilla dan 2 camca besar mentega atau marjerin
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Coklat cair secukupnya
  • Buah2an segar (ikut kegemaran masing2)
  • Jem aprikot atau piping jelly (kalau suka)

Cara-cara

  1. UNTUK PASTRY:- Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam.
  2. Pastry_004
    UNTUK KRIM PASTRY:- Panaskan susu hingga menjadi suam. Matikan api. Dalam satu bekas, satukan kuning telur, gula dan tepung yg telah diayak. Kacau menggunakan wisk hingga berkrim. Tuang susu suam sedikit2 sambil terus mengacau hingga susu habis dituang. Tenggekkan bekas berisi adunan tadi atas air mendidih dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin. Matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega atau marjerin. Kacau hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas yg bertutup dan tutup rapat.
  3. Pastry_005
    Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan canai mengikut saiz acuan. Perlahan2 alihkan doh ke dalam acuan tat dan kemaskan. Buat hingga habis. Kemudian cucuk2 permukaan kulit tat dgn garfu.
  4. Pastry_002
    Masukkan acuan tat yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning ke emasan.
  5. Pastry_003
    Bila masak, keluarkan kulit tat dari acuan dan sejukkan diatas redai.
  6. Pastry_006
    Sapukan bhg dalam kulit tat dgn sedikit coklat cair.
  7. Pastry_007
    Paipkan dgn krim pastri tadi. Banyak atau sikit bergantung pada kehendak masing2.
  8. Pastry_008
    Susun buah2an segar mengikut kreativiti masing2....tak kira buah2an tempatan atau buah2an import....Boleh juga disapu permukaan buah2an tadi dgn jem aprikot atau piping jelly utk nampak lebih berkilat. (sorry... fruit tat mat tak bbuh, sebab dah habis stok)
  9. Pastry_001
    Contoh acuan tat yg mat guna utk buat fruit tart nie....acuan terpulang pada kehendak masing2. Jika acuan kecil bilangan tat mungkin jadi byk...Selamat mencuba utk semua...
Resepi nye http://www.myresipi.com/top/detail/1371

Komen : Fruit Tart ni sangat sedap terutama sekali cream nya tu. Tapi nak buat tart ni banyak keje sikit dan effort nak buat pon lebih sikit. Tapi puashati dan berbaloi membuatnya kalau rasa tart ni sedap.


Thursday, October 27, 2011

Red Velvet Cupcake (RVC)

Salam ollsss,

Hari dengan jayanya membaking RVC ni. Saje nak try resepi baru yang dicedok dari sini http://www.myresipi.com/top/detail/10484

Memang tak sia-sia percubaan kali ni, sebab berjaya menghasilkan cuppies yang sgt mabelesss. Sedap dan cukup moist nya. Sebelum ni pernah sekali buat guna resepi dari blog lain, tapi hasil kurang memuaskan. Rasanya bukan salah resepi tapi salah cara membuatnya kot. Tayang gambo sikit


Jom tempek resepi...

Bahan-bahan ( 1 biji )

  • Kek (Sila guna penyukat khas)
  • 2 1/2 cup tepung kek (1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak 3 kali.)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
  • 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
  • 2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
  • 1/2 cup butter
  • 1 1/2 cup gula
  • 2 biji telur pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
  • Buttermilk
  • 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
  • sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon
  • Cream cheese frosting
  • 2 buku cream cheese, dilembutkan
  • 1/2 cup butter dilembutkan
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara

  1. BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.
  2. KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
  3. Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
  4. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
  5. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
  6. Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
  7. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
  8. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.
  9. CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
  10. Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
  11. Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.
Enjoyyyyy....