Monday, December 05, 2011

Chocolate Muffin

Muffin ni sangat senang nak buat, tak perlu guna mixer pon. Mix je semua bahan basah dan kering guna whisk kemudian bakar. Senang kan? Keje pon mudah sebab tak perlu membasuh banyak perkakasan. Makan pon sedap, berbaloi kan?

Ok, ini resepi nya :

Muffin Coklat Bakar
Sumber : http://www.sitidelima.com/2011/10/muffin-coklat-bakar.html

Bahan A:
2 cawan susu segar (boleh diganti dengan susu cair)
1 cawan minyak jagung atau 250 gm butter cair
1 3/4 cawan gula castor
1 biji telur

Bahan B: (di ayak)
250 gm tepung superfine atau tepung gandum
50 gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar coklat emulco

Cara-cara:
1. Satukan bahan A dan kacau sebati, guna whisker saje.
2. Masukkan bahan B dan gaul rata, tuang dalam cawan muffin.
3. Bakar dengan suhu 175C selama 30 minit atau sehingga masak.

Selamat Mencuba!

Tuesday, November 29, 2011

Vanilla Cupcakes


Kek ni buat last week. Resepi ada di bawah :

ingredients
125gm softened butter
2 eggs
3/4 tsp vanilla essence
180gm self raising flour
1/2 cup milk
170gm caster sugar
1/4 tsp salt


method
preheat the oven at 180 degree.
combine all ingredients in a mixing bowl and beat until smooth with electric mixer.
then place the mixture into the cupcakes trays using a spoon, filling each until 3/4 full. bake for 15-20 minutes. sudah siap...very easy peasy kan!

Sumber : http://periukbelangazarin.blogspot.com/2010/03/my-favourite-vanilla-cupcakes.html



Saturday, November 26, 2011

Hari Tido Sedunia

Hari ni entah apa la kena dengan aku ni. Marathon tido dengan jayanya sekali. Agaknya memang aku nak memanfaatkan hari sabtu ni sebaik-baik yang mungkin, pendek kata tak membazirkan hari sabtu ni walaupon sesaat sekali pon....cheewaahhhh

Ceritanya macam ni, pagi tadi sesudah je solat subuh, pinggggg.....aku pengsan balik atas sofa depan tv. hangus 3 jam. 9.30 ++ baru bangun. Tgk cuaca kat luar cantikkk je dengan matahari tgh memancar tu, aku ambil peluang basuh baju. 3 kali basuhan mesin jugakla, maklumlah seminggu tak berbasuh baju2 tu. Azab jugakla melipat baju2 tu nanti, sebab banyak sgtttkan....

Pastu kemas rumah sikit2, dan vacum rumah....pastu gi kenduri kat umah Mai pulak, adik bongsu dia kawen. Balik kenduri, tukar2 baju. Pinggggg...pengsan balik atas katil dalam bilik pulak. Dari pukul 3.30 ptg sampai pukul 6.30 ptg voleyyy? Sib baik asar tak hangus....kalau tak haru. Sudahnya malam tak boleh tido dah, agaknya aku dah terlebeyyy sudahhhh...terlebey tido la jawabnya tu.

Takpe la, malam2 tak boleh tido ni amikla peluang melipat baju2 yang banyak tu....sambil tgk tv. Kalau tak, bila lagi nak buat.....:P

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday

Tuesday, November 22, 2011

Bangga Dengan Harimau Muda

Yeayyyyyy....suke sangat hari ni, sebab akhirnya skuad Harimau Muda menang dalam perlawanan akhir bola sepak di Sukan Sea. Rasa sangat inspired dan bangga dengan perjuangan Harimau Muda ni.

Boleh dikatakan mereka berjuang sehingga ke akhir walaupon mereka nampak dah penat waktu masa tambahan tu, tapi mereka tak mudah untuk menyerah macam tu aje kat pasukan Indon. Walaupon Indon ada kelebihan sebab bermain di tempat sendiri dengan selautan penyokong Indon yang datang tgk perlawanan akhir ni, pemain pertahanan Malaysia amat membanggakan. Event kalau Harimau Muda tak menangpon, still masih rasa bangga dengan mereka. Tapi sepangjang 120 minit tu tak senang duduk rasanye, siap menjerit2 lagi, senak perut bagai tgk mereka main, semangat sungguhla tgk bola malam. Over sungguh Encik Alangz cakap...lantoklah...Memang semalam Malaysia sngt bernasib baik la kiranya sebab serangan dari Indon memang cukup2 la menyenakkan perut ni. Tapi berkat pertahanan yang kukuh dari Muslim and the gang disamping penjaga gol yang tak penah hilang fokus sepanjang 120minit kita mampu menjaga gawang dari dibolosi oleh serangan merbahaya dari Indon.

Waktu sepakan penalti tu rasanya waktu yang sangat mendebarkan dan dramatik sungguh. Kira Badrol Bakhtiar dan KFC memang superhero Malaysia malam tadi sebab mereka ni pandai kawal rasa berdebar, rasa takut dan rasa tertekan yang mereka rasa masa tu. Fuhhhh....akhirnya Badrol berjaya juga masa sepakan terakhir tu kan walaupon dah hampir2 tak masukkk sampai menyebabkan penyokong Indon terkedu....

Apapun kemenangan Malaysia semalam kemenangan yang sangat bermaruah. Ye la, orang Indon ni tatau nak cakap macamanekan. Fanatik giler....siap diejek2 lagi lagu Negaraku dan bendera Malaysia. Bila dah kalah semua senyap je, sedihla konon2nya. Tapi dengan mentalily mereka macam sampah tu memang patutla mereka kalah. Yang penting Malaysia dah bukti kan serangan psykologi dari Indonesia langsung tak melemahkan semangat mereka untuk main berhabis-habisan. Bangga sungguh!

Sunday, November 13, 2011

SMS

Hari ni ada orang buat saya senyum sampai ke telinga. Kehkehkeh....nape saya cakap gituh, sebab saya dapat sms yang berbunyikkkkk

" Nasi goreng hari nie sedap :) "

Saje je nak bold kan ayat sms kat atas tu (kembang vontot) hahahahahha...Memang berbaloi2 saya rasa bila saya bangun pagi2 dan masak nasi goreng untuk bekalan gi keje hari ni. :D

Orang tu kan memang amat susah memuji makanan yang saya masak. Sebab apa, sebab masakan saya masak memang selalunya tak sedap...dan orang itu pulak amatla jujur dalam memberi komen tentang masakan saya. Kalau tak sedap memang dia akan cakap direct tak sedap, huh! Kalau ikutkan ni kali kedua la saya mendapat pujian hasil masakan saya. Baru kali ke 2 ye selama hampir nak masuk 4 tahun kawen, huh! OK, OK, Saya mengaku memang saya tak berapa pandai masak, pastu jarang pulak memasak...hehehhehe...so mmg patutla kan baru kali ke 2 mendapat pujian.

Orang tu pulak memang terer memasak, mmg amat jauhla bezanya dengan masakan saya ni. Banyak benda yang saya nak masak selalunya kena berguru dulu dengan orang itu. Tapi takpe la udah suami isteri memang la kena selalu share kan semua benda. Orang kata 'sharing is caring', jadinya kalau saya tak tau kena la tanya dan kalau orang itu tak tahu sesuatu yang saya tahu dia pon kena tanya saya gak....

Okla, tu aje nak update untuk hari baru dalam minggu baru ni. Baru la semangat sikit nak keje untuk minggu ni, monday blues pon tak jadi nak mai nampaknya....byeeeee

Saturday, November 05, 2011

Salam Aidiladha 1432H

Salam aidiladha 1432H kepada semua umat islam yang menyambutnya pada hari ini.

"Labbaika Allahomma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka. "


Maksud:

"Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu".

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Dari Ummi Salamah r.a. katanya: Saya mendengar Rasulullah bersabda: "Wahai keluarga Muhammad, barangsiapa berhaji, maka hendaklah dia membaca talbiyah dengan suara yang nyaring untuk hajinya" (Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah).

Indah sungguh maksud "Labbaika Allahomma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka. "

Thursday, November 03, 2011

Jumaat, 04/11/2011

Hari ini dah 04/11/2011, hari jumaat. Rasanya sekarang cepat sangat masa berlalu, kadang2 tak sedar2 yang dah hari jumaat. Padahal masa hari isnin, awal minggu tu bukan main malas lagi nak pergi kerja.

Minggu ni seperti biasa, stress dengan kerja. Walaupon minggu lepas saya mengambil kesempatan untuk bercuti merehat2kan minda selama seminggu, tapi itu rupanya tidak mencukupi untuk saya mengubati diri. Wellll, takmo citer la pasal kerja dan opis kerana saya rasa takde kerja tanpa stress even kalau saya jadi surirumahtangga sepenuh masa pon mesti ada perkara yang akan membuatkan saya stress juga. Apa yang saya rasa sekarang adalah dibebani dan terbeban dan ia amat meletihkan. Sesungguhnya saya harap keadaan ini akan pulih seperti dulu, saya ingin menjadi seperti saya yang dulu.

Apepun 2 hari lagi kita akan beraya lagi. Petang ni lepas kerja, kalau larat saya nak buat beberapa biji kek, untuk rumah mak mertua sikit dan untuk adik2 yang tidak balik beraya kat kampung sikit. Kalau tak larat takde kek untuk mereka semua.

Akhir sekali, saya nak ucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua.

Wassalam.

Sunday, October 30, 2011

Spaghetti Olio

Salam semua,
Dinner kami malam ini adalah spaghetti Olio. Resepi ada di bawah :
Bahan Bahan
spaghetti (secukupnya) – di rebus sehingga lembut
4 tbsp extra-virgin olive oil (evoo)
2 biji bawang putih di potong dadu halus halus
10 ekor udang (Guna Ayam)
1/4 biji capsicum (merah, hijau, kuning) – di hiris memanjang (Guna Brocolli)
1 batang celery – di potong nipis - Tak masukkan
garam
sedikit lemon juice – about 2-3 tsp (boleh juga di ganti dengan lime juice)
chilie flakes

Cara cara
- Panaskan evoo dan tumis bawang putih hingga wangi
- Then masukkan udang, kacau sekejap then masukkan lemon juice
- kacau rata, then masukkan capsicum dan celery serta spaghetti tadi
- masukkan garam secukup rasa dan gaul biar rata
- tutup api.
- masukkan dalam pinggan dan taburkan dengan chilie flakes tadi…

Saturday, October 29, 2011

Fruit Tartlet

Salam Semua,


Saya nak share kan resepi Fruit Tartlet yang saya buat minggu lepas

Bahan-bahan ( Bergantung pada saiz acuan masing2 )

  • BAHAN2 PASTRY:-
  • 113 g mentega
  • 75 g gula halus
  • 1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
  • 250 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
  • BAHAN2 KRIM PASTRY:-
  • 300 ml susu segar
  • 3 biji kuning telur
  • 50 g gula halus
  • 20 g tepung gandum*
  • 20 g tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
  • 1 camca teh esen vanilla dan 2 camca besar mentega atau marjerin
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Coklat cair secukupnya
  • Buah2an segar (ikut kegemaran masing2)
  • Jem aprikot atau piping jelly (kalau suka)

Cara-cara

  1. UNTUK PASTRY:- Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam.
  2. Pastry_004
    UNTUK KRIM PASTRY:- Panaskan susu hingga menjadi suam. Matikan api. Dalam satu bekas, satukan kuning telur, gula dan tepung yg telah diayak. Kacau menggunakan wisk hingga berkrim. Tuang susu suam sedikit2 sambil terus mengacau hingga susu habis dituang. Tenggekkan bekas berisi adunan tadi atas air mendidih dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin. Matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega atau marjerin. Kacau hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas yg bertutup dan tutup rapat.
  3. Pastry_005
    Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan canai mengikut saiz acuan. Perlahan2 alihkan doh ke dalam acuan tat dan kemaskan. Buat hingga habis. Kemudian cucuk2 permukaan kulit tat dgn garfu.
  4. Pastry_002
    Masukkan acuan tat yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning ke emasan.
  5. Pastry_003
    Bila masak, keluarkan kulit tat dari acuan dan sejukkan diatas redai.
  6. Pastry_006
    Sapukan bhg dalam kulit tat dgn sedikit coklat cair.
  7. Pastry_007
    Paipkan dgn krim pastri tadi. Banyak atau sikit bergantung pada kehendak masing2.
  8. Pastry_008
    Susun buah2an segar mengikut kreativiti masing2....tak kira buah2an tempatan atau buah2an import....Boleh juga disapu permukaan buah2an tadi dgn jem aprikot atau piping jelly utk nampak lebih berkilat. (sorry... fruit tat mat tak bbuh, sebab dah habis stok)
  9. Pastry_001
    Contoh acuan tat yg mat guna utk buat fruit tart nie....acuan terpulang pada kehendak masing2. Jika acuan kecil bilangan tat mungkin jadi byk...Selamat mencuba utk semua...
Resepi nye http://www.myresipi.com/top/detail/1371

Komen : Fruit Tart ni sangat sedap terutama sekali cream nya tu. Tapi nak buat tart ni banyak keje sikit dan effort nak buat pon lebih sikit. Tapi puashati dan berbaloi membuatnya kalau rasa tart ni sedap.


Thursday, October 27, 2011

Red Velvet Cupcake (RVC)

Salam ollsss,

Hari dengan jayanya membaking RVC ni. Saje nak try resepi baru yang dicedok dari sini http://www.myresipi.com/top/detail/10484

Memang tak sia-sia percubaan kali ni, sebab berjaya menghasilkan cuppies yang sgt mabelesss. Sedap dan cukup moist nya. Sebelum ni pernah sekali buat guna resepi dari blog lain, tapi hasil kurang memuaskan. Rasanya bukan salah resepi tapi salah cara membuatnya kot. Tayang gambo sikit


Jom tempek resepi...

Bahan-bahan ( 1 biji )

  • Kek (Sila guna penyukat khas)
  • 2 1/2 cup tepung kek (1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak 3 kali.)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
  • 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
  • 2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
  • 1/2 cup butter
  • 1 1/2 cup gula
  • 2 biji telur pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
  • Buttermilk
  • 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
  • sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon
  • Cream cheese frosting
  • 2 buku cream cheese, dilembutkan
  • 1/2 cup butter dilembutkan
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara

  1. BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.
  2. KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
  3. Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
  4. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
  5. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
  6. Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
  7. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
  8. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.
  9. CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
  10. Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
  11. Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.
Enjoyyyyy....