Tuesday, December 25, 2007
Cerita Aidiladha
Aku bangun pagi raya tu agak lewat dah dekat2 pukul 7 pagi baru bangun dari tidur. Malam raya tu aku sampai rumah dah dekat2 pukul 12 tengahmalam. Bertolak dari Kuantan dalam 2.45 petang, dan jem di beberapa tempat menyebabkan aku lewat sampai ke kampung, hampir 12 tangahmalam. Serik pon ade, dan rasa penat tu memang tak terkira lagi....sebab tula aku terbangun lewat dipagi raya. Ermm...bangun2 lepas solat terus kemas rumah sikit2. Pastu dalam pukul 8 lebih bergerak ke rumah nenek untuk mandi. Kat rumahku takde air, itulah keadaan biasa kalau musim hujan, bekalan air memang terputus. Selesai semua mandi balik semula ke rumah orang dah habis sembahyang raya. Oooooohhhhhhhh tak sempat nak semayang raya. Biasanya kalau raya haji semayang raya dibuat awal sebab lepas tu orang sibuk untuk buat korban. Balik rumah aku delima jap nak pakai baju kurung raya ke tak? Ye la jap lagi mesti nak tolong mak proses daging2 korban...tapi aku pakai gak baju kurung raya coz ada jugak orang datang beraya kat rumah. Lagipon pagi tu mak buat nasi lemak dengan roti jala.
Pastu tak sampai pukul 11 pagi aku dah tukar baju pastu boleh pulak aku tertidur. Dari pukul 11 pagi sampai 3 petang. Ini sejarah dalam menyambut hari raya, bukannya aku beraya tapi aku tidur di hari raya. Aku penat sangat sebenarnya, itu yang sampai tidur tak sedar.
Petangnya aku pon lupa aku buat apa. Tapi sepanjang cuti yang lama tu aku sangat busy kesana kemari. Ada saja perkara yang nak kena buat. Yang paling banyak sekali kena jadi driver mak kesana kemari. Pergi kenduri la, pergi berayala, pergi beli barang la...hehehhehe...sibuk bebeno rasenya. Cumanya aku still rasa tak seronok nak balik kuantan, kalau masih dikampungkan best.
Okla....sambung nanti..
Thursday, December 06, 2007
Menginai
Everything is good. Dan aku rasa aku boleh cuba tgk dan belajar dari ape yang kak sue buat for her wedding. At least i think of something. Aku rasa nak kurangkan baju. Dari 2 pasang kepada satu pasang je. Boleh kurangkan kos jugak. Lagipun aku rasa mengadakan 2 event dalam satu hari, aku rasa tidak ada banyak masa untuk banyak bertukar-tukar baju. Cukupla sepasang baju untuk nikah dan sepasang baju untuk bersanding.
Apapun aku rasa happy dapat tolong dia menginai. At least itu perkara terakhir yang aku boleh buat i mean sumbangan aku for her sebelum dia jadi wife orang dan begitu juga aku.
Semoga majlis dia berlangsung dengan baik esok. Begitula hendaknya....aminnnn
Wednesday, December 05, 2007
Masalah...masalah dan masalah...
Bukan bermaksud tiada langsung masalah, cuma bezanya kecil atau besar, ringan atau berat masalah tersebut. Dalam menghadapi masalah yang paling penting adalah cara masalah ditangani. Aku selalunya mudah panik bila menghadapi masalah. Yesss....aku bukan jenis yang coolll....Kalau aku tak cuba bertenang diawalnya maknanya akan ada perkara2 tak masuk akal aku akan buat. Tapi selalunya bila menghadapi masalah aku akan diam. Diam...memberi masa untuk menemteramkan diri sendiri. Dan berfikir cara untuk hadapi keadaan tersebut.
Dulu aku banyak bergantung pada orang untuk selesaikan masalah aku. Aku tak besungguh-sungguh mencari punca msalah dan seterusnya cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut. Akhirnya, setiap kali bermasalah aku akan tanya orang tanpa cuba memberi peluang pada diri untuk menyelesaikan sendiri. Akibatnya sampai bila-bilapun aku tidak belajar daripada masalah yang aku hadapi dan kebergantungan tu menjadi tabiat aku yang tak terkawal.
Kini, aku sedar seharusnya masalah patut diselesaikan sendiri. Bertanya pendapat orang itu penting, tapi jgn keterlaluan. Apapun dugaan mendatang cuba hadapi dengan cara sendiri dan dengan lebih berani. Dengan cara begini kita akan jadi lebih yakin dan berani menempuhi dugaan mendatang.
Semoga dimasa akan datang aku jadi lebih cool dan tabah menghadapi perbagai kerenah dalam kehidupan. Aminnn....
Monday, December 03, 2007
....
Apa Yang Lelaki Suka Dan Tak Suka
Lelaki suka:
Sikap kelakar Budi pekerti dan kesopanan
Murah hati Senyuman manja
Pandai memasak
Pandai dalam mengenakan pakaian
Penampilan/imej yg sesuai dengan citarasanya
Tak mudah naik angin
Seorang wanita yg sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
Tak terlalu seksi dalam berpakaian
“Tak apalah,tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
Wanita yg dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
Berwawasan atau bercita-cita tinggi
Mempunyai keyakinan diri yg tinggi
Tahu menjaga maruah diri.
Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yg tertekan.
Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
Wanita yg mengambil berat tentang lelaki
Sikap keibuan
Sukakan kanak-kanak
Suara lembut tanpa dibuat2
Pandai membawa diri.
Tak kekok dibawa ke mana pun
boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
memberi sokongan moral dlm apa jua usaha yg dilakukan
lelaki tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
tahu bersyukur
pandai berjimat-cermat tak mengharapkan lelaki dalam semua hal
Lelaki Tak Suka
Wanita yg suka mengumpat sombong dan bongkak menunjukkan sikap yg terlalu memiliki
hisap rokok
“Kau ni macam orang tiga suku!”
Mengutuklah tu…
Wanita yg melayan lelaki seperti alas kaki
wanita yg suka menunjuk2 utk dapatkan perhatian
“Tak bolehkah U lakukan sesuatu yg betul!”
“Jgn cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yg tak patut I lakukan..”
wanita yg hipokrit pembohong dan suka mencari alasan
terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
pengotor dan pemalas
tak bertanggungjawab langsung
tak pandai mengemas
terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
kuat berleter walau hal remeh temeh
boros berbelanja
tak tahu memasak sikap manja yg terlalu menyakitkan hati
“Queen Control” atau suka mengarah2
tak pandai bergaya atau selekeh
suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
suka mengungkit2 hal-hal lalu
panas- baran kuat merajuk dan sukar dipujuk
terlalu pendiam sehingga susah utk berkomunikasi
tak mahu mengakui kesilapan dan ego
Friday, November 30, 2007
The Way...
Let us go together...
The way is difficult,
Let us help each other...
The way is joyful,
Let us share it...
The way is ours alone,
Let us go in love...
The way open before us,
Let us begin...
Thursday, November 29, 2007
MC
Aku heran jugak kenapa boleh jadi sakit perut dan cirit birit. Ya, memangla aku beli makanan kat pasar malam. Tapi housemate aku pon membeli makanan yang sama dari pasar malam tu. Hairan sungguh aku bila dia ok je takde langsung ciri-ciri orang sakit perut or cirit birit. Tapi lately aku ni kerap sakit dan ambil MC. Risau pulak aku. Last month aku MC coz sakit mata.
Cuma aku harap aku akan bertambah sihat hari ni. Ubat doctor yang kasi besar-besar gedabak semuanya tu akan aku makan sehingga betul-betul sihat. Hari ni tetap masuk opis sebab aku cuma dapat MC sehari je semalam. Tapi takpe sebab hari aku rasa senang sikit coz ramai staf kat sini yang takde, dorang terlibat dengan raptai untuk majlis konvokesyen. Apepun, semoga cepat sihat.....Amin....
Thursday, November 22, 2007
errmmmmmmm
Nasib pagi tadi aku dah bertungkus lumus kat HR nak siapkan benda urgent. Idokle bertungkus lumus mana pon tapi sebab benda nya nak kena siap by today gak so aku cuba siapkan secepat yang mungkin. Alhamdulillah semuanya dah siap. Malam ni pulak nak balik kampung. Lagila keterujaan nak balik kampung mengatasi segala perasaan lain. Dengan erti kata lain tak sabar2 nak balik kampungle nih.
Dalam seseminggu ni aku stress je gayanya. Ade je benda yang tak kena dimata aku. Pastu cepat pulak nak terasa hati. Keinginan untuk makan pun boleh tahan jugak. Asyik lapar je sokmo....tapi aku cuba jugak jadi tenang dan happy2 kan diri tak berapa happy ni. Ye la, orang nak ... kena banyak2 sabar. Lepas ... lagila kena banyak2 sabarkan....? So, kenalah belajar bersabar mulai dari skrg. Tapi keadaan aku yang stress ni kira putaran normal seorang perempuan, dah habis minggu stress ni aku akan kembali seperti biasa, hopefully.....
Semalam mak aku bagitau adikku dah kena tahan ward untuk bersalin. Patutnya dia dijangka bersalin pada 27 Nov tapi terawal pulak masuk ward. Biasala, sesetengah orang tu bersalin 2 minggu awal pun ada kan. So, nampaknya bertambahlah anak buahku kepada 3 orang. Hishhhh...raya haji ni kena sediakan duit raya lebihla nih gayanya....huuhuhuhuhu...
Apepun semoga semuanya selamatlah nanti. InsyaAllah...
Sunday, November 18, 2007
Sekilas di Hari Keluarga ICT
Ni acara ikat kaki, tak aci campur pompuan and lelaki, confirm semua hadiah lelaki yang dapat...huhuhuh...eh mana aku and kak sue?...terkeluar dari kamera rupanya....
Tapi dalam banyak2 yang aku suka masa family day ni ialah barbeque time. Huhuhuh...kambing barbeque dia sedap sangat...boleh dikatakan makanan yang disediakan masa barbeque tu memang sedap dan puashati...cuma nya aku tak makan banyak sangat masa tu sebab tak rasa lapar sangat. Banyak makanan yang tak sempat dirasa....yang sempat dirasa cuma kambing, ayam dan sosej je yang dimakan bersama nasi goreng....banyak makanan yang tak sempat dirasa especially ikan talapia kukus/bakar. Anyway banyak makanan yang tak habis and untuk mengelakkan pembaziran aku pun tapau jugak makanan yang lebih.
Wednesday, November 14, 2007
Selamat Tinggal Mersing
Thursday, November 08, 2007
Cuti semalam
Actually tak banyak aktiviti semalam. Paginya pergi opis siapkan kerja sikit. Dalam pukul 12.00 tghari balik rumah. Oleh kerana petang ada jemputan open house makanya aku tak masak atau beli apa2 makanan. So lepas zohor, aku pergi open house rumah Zaida kat Taman Indera Sempurna. Semalam masa perjalanan ke rumah Zaida entah macamane aku terleka sikit sampai kan aku terlepas U turn ke simpang untuk Masuk Pekan. Masa aku dah tersedar yang aku macam dah terlepas simpang aku masih lagi masih lagi berlagak seolah2 aku belum belum terlepas simpang tu. Alih2 aku U turn kat depan Gaint. Haaaa amik ko punya la jauh aku buat U turn. Dah 3 tahun keje kat sini pun masih lagi tak arif dgn jalan2 kat Kuantan ni. Sign board ada pun bukannya nak tengok. Nampak sangat tahap kepekaan aku sangat kurang. Itula keadaan yang biasa terjadi kalau drive sorang2.....
Anyway sampai jugak aku ke rumah Zaida. Ermmm ramai org kat rumah dia masa aku sampai. Ada yang aku kenal dan ramai jugak yang tidak dikenali. Masa mula-mula sampai rasa segan jugak sebab datang sorang-sorang. Bila dah jumpa orang-orang yang dikenali aku dah tak rasa segan lagi. Zaida kenalkan aku dgn parents dia, rupenya parents dia org kampung aku. Apa lagi kami spekingla kat situ, borak-borak sambil makan...hehhehe...anyway mekasih kepada Zaida atas jemputan...
Balik dari rumah Zaida terus ke Kuantan. Konon-konon nak tgk wayang cerita 1957:Hati Malaya. Tapi hancur hatiku bila tgk masa show iaitu 11.40pm je. Haiyooohhh....mana la nak tgk midnight punya show. So, balik rumah ajela kaedahnya. Sampai-sampai rumah terus tertidur sampai ke petang....
Wednesday, November 07, 2007
Wachaaaaa
Semalam dapat satu surat pos ekspress yang dialamatkan ke opisku....Sunday, November 04, 2007
Semangat Baru
Caiyok...caiyok...Ape-apepun mulakan dengan Bismillah....
Monday, October 29, 2007
Sunday, October 28, 2007
Berakhir sudah training....
Akhirnya jumaat lepas berakhirla training yg lama dirancang tu. Ermmm...basically banyakla benda baru yang dipelajari. Instructor nye memang sangatla knowledgable dan sangat mesra alam. Mrs Hui hui namanya. Tempat training pun sangat selesa, nun ditingkat 28 Menara Citibank.
Di KLCC
Ermmm...memangla sepanjang seminggu training rasa bosan sangat. Duduk kat tengah2 KL tu entah kenapa aku rasa bosan. Mungkin sebab aku ni bukan kaki jalan dan tak gunakan masa yang ada untuk meronda satu KL. Habis training kami semua akan balik ke hotel. Before pukul 10mlm aku dah lena diulit intan. So boringggggggggkan........Maybe jugak tak talian internet kat tempat training tu. Hahahhaha...kalau ada mesti aku tak belajar sangat nanti. Dapat balik opis dan mengadap internet baru aku rasa lega sikit. Nak ke CC kat area ampang park tu 10 minit - RM5 dia charge (salah sendiri kos tak query kenapa dia charge mahal sangat). Ampun aku tak pergi lagi kedai tu....ermmm apepun KL memang tinggi kos sara hidupnya. Tapi syukur gak ade free breakfast kat hotel and kat tempat training ada disediakan makanan.
Apepun training tu sangat bagus. Tapi ada certain2 part yang aku tak berapa faham sebab tak pernah berhadapan dengan benda2 tu di alam pekerjaan aku. Yang aku sentiasa jumpa setiap hari masa aku berhadapan dengan kerja ku boleh la difahami.
Masuk opis hari ni aku rasa blur je. Maklumlah masuk2 je terus ada jamuan hari raya peringkat Universiti dengan meeting. Banyak pulak tu kerja-kerja yang aku tertangguh. Harap aku ada kekuatan untuk menghadapi semuanya. huhuhuhu
Thursday, October 18, 2007
Raya Sebulan Daaaa.....
Tapi tahun ni rasa macam kurang meriah je raya. Aku rasa maybe aku kurang pergi beraya umah sedara mara atau kawan-kawan. Memang tak banyak, lagipun cuti nye singkat tak sempat nak kemana-mana. Itu yang rasa cam ada something yang tak lengkap raya kali ni. Cuma aku harap ramaile orang yang akan buat open house, boleh la kau pergi untuk memeriahkan suasana dan merasai suasana raya tu kan....
Hari raya kedua Alangz datang beraya dirumah dengan 2 orang kawan dia. Aku try my best untuk buat preparation dan buat layanan terbaik untuk Alangz dan kawan-kawan dia (maklumlah datang dari jauh). Aku ni walaupun Alangz datang untuk beraya tapi aku yang berdebar-debar macam ape, macam tak pernah jumpa dia pulak. Maybe berdebar sebab dia datang beraya kat rumah aku tu yang perasan jadi lain. Sempatla jugak kami pergi beraya rumah nenek dan jugak rumah keluarga mentua Poji kat Kemahang.
Tapi yang paling best kali, aku belajar buat ketupat pulut. Selalunya mak cuma tempah je ketupat and tak pernah buat sendiri. Kali ni kami buat sendiri. Hushhhh susah rupenya nak bungkus ketupat pulut ni, nampak je macam senang. Dia ada cara2 tertentu nak bungkus, kalau salah bungkus air akan masuk dalam ketupat masa merebus tu then akhirnya ketupat akan jadi lembik...itula pasal kena bungkus dengan cara yang betul. Anyway seronokla juga belajar buat ketupat nih. Bungkus beramai-ramai dengan kaka ipar, sepupu and mak sedara. Sempatla jugak sepupu cerita pengalaman dia belajar bungkus ketupat dengan hampas kelapa dengan nenek. Ekekekekekekekke...Tapi kalau ketupat nasi lagila tak reti nak menganyam ketupat tu...ketupat nasi lagi susah kot.
Okle...itu aje citer pasal raya....
p/s cam tergantung je entry ni...huhuuhuhuhu
Dadah Dadih
Tapi dalam kepala dok berkira-kira kalau balik sure bosan jugak and tak tahu nak buat ape kat rumah sementara menunggu waktu berbuka. Jadi dipendekkan cerita aku tersinggah dekat tunas mart, carile apa2 bahan yang boleh dibuat mentara menunggu waktu berbuka tu. So, terbelila serbuk dadih. Cantikle jugak coz aku suka makan dadih ni.
So, balik umah lepas selesai masak untuk berbuka, aku pun mulala projek buat dadih ni. Senang ajelah, maklumlah serbuk tu memang serbuk dadih, main campak2 je confirm la jadi.
Cara nak buat pun senang. Pendek kata sambil tidur pun boleh buat ni....
Didihkan dulu air ye adik-adik....
Bila dah mendidih, bolehlah masukkan serbuk dadih tu...
Wakakkakakkaka.....siapppppppppppppppppppppp...
Tapikan...tapikan......rasa dia...muakakakkaka...takde rasa dadihla....rupanya macam agar2, bila makan kenyal je bila dikunyah, lebih kurang agar-agar,....tak berapa sedappppp....ekekekekke...makan satu bekas tu habis...huhuhuhuh
Sunday, October 07, 2007
Jom Balik Kampung!
Emangnya aku dah tak sabar nak balik kampung, nak tolong mak buat kuih raya. Tahun ni semua anak2 pompuan yang besar2 semua duduk jauh dan balik kampung pun lewat, dekat2 nak raya baru semua terhegeh-hegeh nak balik kampung. So, dimasa yang sedikit sebelum raya aku memang nak kena tolong mak buat kuih raya, dia pun bukannya sihat sangat.
Dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat hari raya. Mohon maaf kalau ada salah dan silap. Kalau ada terkasar bahasa mohon ampun jugak. Kalau ada tindak tanduk yang kurang menyenangkan aku mintak maaf juga. Sebagai manusia kadang aku lupa nak jaga hati orang, ada jugak masa aku terlupa dengan tindak tanduk sendiri, tercakap bahasa kasar atau terlupa nak tekan butang control masa bersembang dan sebagainya. Ada jugak time aku ingat tapi rasa best je kalau boleh boleh mengumpat or mengenakan orang. Jadinya, aku ingin memohon ampun dan maaf diatas semua salah silap. Mintak halal semuanya.
Bagi yang memandu balik kampung macam aku, berhati-hati dijalan raya. Bak kata kempen jalanraya yang pihak berkuasa buat tu, kepulangan untuk dirai bukan untuk ditangisi, Ingatlah orang-orang tersayang.
Akhir kata, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Sekian.....
Thursday, October 04, 2007
Ops Sikap XIII bermula Ahad
“Kita akan kenakan saman maksimum RM300 kepada pemandu yang memandu melebihi had laju, memandu melulu dan cara berbahaya, memandu dalam pengaruh alkohol dan dadah, memotong garisan berkembar, melanggar lampu isyarat serta memotong barisan dan menggunakan lorong kecemasan”
Aku sendiri sebenarnya ada 3 lagi saman yang tidak berbayar. Semuanya tahun lepas punya saman. Tahun ni rekod bersih, takde dapat sebarang saman lagi setakat ini. Apepun yang penting pandulah dengan berhati-hati untuk pulang kekampung halaman masing-masing. Semoga selamat sampai ke destinasi. Biar lambat asal selamat.
Wednesday, October 03, 2007
Pengajaran
1. Bersikap terbuka - Kadang-kadang kalau kita terlalu banyak berfikir, banyak perkara yang kita terlepas. Sebab banyak perkara negetif yang akan sentiasa menghantui pemikiran kita menyebabkan kita sentiasa berprasangka terhadap sesuatu. Kalau kita bersikap terbuka kita akan sentiasa berfikir perkara-perkara yang positif dan sikap prasangka pun boleh dikurang dan juga mengurangkan sikap pandang rendah terhadap orang lain. Pemikiran sempit hanya membuatkan hati kita tidak tenang. Aku sebenarnya belajar sifat ini dari Alangz.
2. Apa pun dugaan, mesti ditempuhi - Aku relate kan perkara ni dengan benda-benda yang kita tempuhi setiap hari terutama sekali bila ianya melibatkan urusan perkerjaan kita. Kita tak mungkin menghadapi perkara yang sama setiap hari. Kadang perkara-perkara yang tidak terjangka akan berlaku dan kita harus menghadapi walau apa cara sekali pun. Jadi jgn takut untuk mengambil tindakan.
3. Simpan rahsia sendiri - Jangan terlalu mudah untuk berkata-kata. Kadang-kadang banyak kata-kata kita sendiri yang memakan diri dikemudian hari.
4. What goes around, comes around - Aku memang sangat percaya perkara ni. Kita akan mendapat balasan setimpal dengan apa yang kita lakukan samada ianya baik atau buruk.
5. Bila ada masalah, bercakap dgn orang yang sepatutnya - Kadang-kadang bila tersilap memilih kawan untuk meluahkan, akibatnya..........bertambah-tambah pulak masalah yang datang.
6. Percaya pada diri dan apa yang kita mahu - Kalau itu yang kita mahu, teruskan. Sebab tiada siapa yang tahu kehendak kita, hanya diri sendiri yang menentukan. Kadang-kadang kita dah dapat sign/warn tentang sesuatu tapi kita tidak ambil kisah dengan instict kita sehingga bila ianya berlalu barulah kita menyesal.
7. Bantu diri sendiri - Jangan terlalu mengharap, memang ramai orang yang ambil berat terhadap diri kita tapi kadang-kadang kita lupa untuk berusaha melalui cara kita sendiri. Penting juga untuk bertanyakan pendapat orang tapi jangan keterlaluan. Menunggu hanya menyebabkan kita mensia-sia kan masa yang ada.
Sekian, terima kasih.
Tuesday, October 02, 2007
GEGAR Ria

Akan di update kemudian.... cik delingg dah bersuara tu opssssss
Banner ni dicilok dari blog cik delinn dan dipublish atas permisi beliau.
Monday, September 24, 2007
Update la ni
Puasa kali ni rasanya macam banyak berjimat cermat. Banyak memasak sendiri kat rumah walaupon tak sedap dan masak simple-simple je. Pastu kalau tak masak kitorg cuma membeli ala kadar je kat pasar ramadhan. Beli kuih muih pun tak banyak...itu pon selalu tak habis kuihnya. Next day berbuka puasa kena recycle lagi kuih yang sama. Tapi waktu berbuka aku memang wajib ada nasik dan lauk pauk. Aku tak berapa gemar nak berbuka dengan fastfood benonya sebab aku ni jenis yang lebih suka berbuka dengan nasi dengan lauk-lauk kampung...Perut melayu la katakan...hehehhe. Waktu berbuka makan kurma sebijik dan terus makan nasi. Lepas makan nasi barula makan makanan yang ringan-ringan macam kuih. Tapi air kegemaran sepanjang bulan puasa ni adalah teh panas. Hampir setiap hari mesti berbuka dengan teh. Pastu kalau rajin semayang terawikh kat rumah je, tapi dah banyak kali fonteng terawikh. Liat sungguh nak terawikh. Sahur pulak tahun ni tetap sama macam sahur tahun lepas tetap bangun untuk sahur tapi dengan segelas milo/susu dengan kismis je. Pastu semayang subuh dan sambung tidur...hehehhehhe
Baju raya belum beli lagi ni. Selalunya mak akan tempah aje kat kampung. Tapi tahun ni macam aku tak berapa nak ambik tahu sangat pasal baju raya. Cumanya aku plan nak beli je sepasang dua baju kurung yang dah siap dekat-dekat nak raya nanti. Bila entah nak keluar cari baju raya. Weekendnya asyik memerap kat rumah aje kejenya. Konon-konon nak cari kad raya jugak, tapi tak carik-carik juga lagi kad raya. Weekend ni kalau rajin keluarla denga housemate nak cari baju dan kad raya. Sempat ke lagi nak pos kad raya supaya sampai before raya ni...
Anyway, nak amik kesempatan ni nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat my fiancee. Banyak hadiah dari dia tahun ni. Hadiah yang dipos dan jugak hadiah yang diberi malam masa malam besday. Siap buat kejutan lagi, tunggu depan rumah tepat pukul 12.00 malam masa malam besday tu dengan sebijik kek dan jam. Macam-macam drama yang dia buat sepanjang minggu sebelum besday supaya kehadiran dia di hari besday tu tak dapat dibaca. Tapikan...hahahha...saya ni jenis yang tak pandai nak menunjuk perasaan ke'suprise'san dikala ittew. Saya cuma gelak je memanjang...tapi saya memang appreciate sangat...cuma tak pandai nak tunjuk...Terima kasih bebanyak...next time buat lagi...hehheheh :P
Occay, itu aje cerita update dikala ini.....daaaaaaaaa
Sunday, September 16, 2007
Tuesday, September 11, 2007
"Orang berjuang sering menangis lemah disisi Allah, tapi Allah kuatkan dia disisi manusia. Berjuanglah kerana Allah, ikhlaskan hati walau payah, kerana itulah jalan ke JANNAH..."
Sunday, September 09, 2007
Main Bowling
Semua sekali group ada 10 group(kalau tak silap). Setiap group ada 2 lelaki dan 1 pompuan. Meks dalam group A dengan Hafiz dan Helmi(pemain import). Hafiz dengan Helmi mmg amat terer main. Nampaknya meks menjadi punca kekalahan setelah dicampur jatuhan pin keseluruhan untuk group...huhhuuhuh...malulah nak cakap jatuhan pin....sikit bebeno... :P
Tak kisahla...apepun yang penting kita semua happy... Thanks kepada organizer yang best gilerr...Admie dan Kak Ina...Lenkali buat lagi ek...:D
| bowling_09 |
Tgkle gegambar yang tak seberapa ini. Sila klik pada gambar untuk tgk keseluruhan gambar-gambar lain. Thanks kepada Zahari yang sungguh gigih mengambil gambar...
Monday, September 03, 2007
Weekend Lepas
Hari Khamis aku drive pegi Mersing. Abang aku call mintak amik dia kat Mersing. Kuantan - Mersing perjalanannya lebih kurang 3 jam lebih. Oleh kerana aku tak pernah sampai lagi kat Mersing so aku tak berapa sure jalan ke Mersing. Apa yang aku tahu untuk ke Mersing akan melalui Pekan. Tapi akhirnya sampai jugak kat sana dan jalan ke sana tidaklah sesusah mana. Cumanya bila first time dan drive sorang-sorang pulak tu memang menyeramkan sikitlah especially jalan tepi laut before sampai ke Nenasi. Bertolak dari Kuantan lebih kurang pukul 4.15 ptg dan sampai Mersing pukul 7.30 ptg. Sesampai di sana, abang ku jemput di Pekan Mersing sebab aku tak tahu jalan ke Felda Tenggaroh tempat kakak iparku mengajar, dia guru di sekolah menengah kat Felda Tenggaroh dan tinggal kat rumah guru. Diorg ni long distance couple, abangku kerja di Kelantan and kak ipar lak mengajar di Johor. Malamnya aku melepak aje jat rumah...
Sebenarnya aku plan nak balik Kelantan hari jumaat je. Tapi tetiba aku kesian pulak dgn kakak ipar, tinggal berdua aje dgn Baqi. Dahla Baqi asyik meragam je 2 3 hari sebelum tu. So, aku dgn penuh rasa simpati bersetuju le untuk balik Kelantan hari sabtu nye. So, Jumaat tu abang dan kakak ipar bawak aku gi jalan-jalan kat JB. First time le kiranya aku sampai JB. Kebetulan hari tu cuti merdeka, jadi jalan2 kat JB amatlah lengang sekali. Jadinya, tidaklah sesak mana bandaraya JB tu. Banyak tempat yang boleh pergi termasuklah Danga Bay yang amatlah famous ittew. Nak singgah ke Angsana malas pulak so kami cuma lalu ajelah depan Angsana tuh. Sebenarnya aku cuma nak jalan2 je kat JB. Nak tengok JB tu camne le rupa bandarayanya.
Sempat berhenti tepi jalan amik gambar Singapura. Ngeh..ngeh...aku takde pasport, kalau idak leh la masuk Singapura. Amik gambar Singapura di seberang tambak johor tu. Banyak jugak kereta2 singapura yang masuk Johor time tuh. Aku cuma bayangkan tempat aku. Kat tempat aku ramai orang Siam, maklumlah sempadan siam kampung aku tuh. Dan pernah jugak aku pergi Siam walaupun tanpa pasport. Kereta-kereta siam pun ada jugak kat tempat aku. Macam tuh jugaklah kat Johor.
Sabtu nya aku bertolak balik kampung. Bertolak jam 11.15 dari Mersing dan sampai dalam 7.15pm. Abang aku yang drive sepanjang perjalanan. Memang penat yang amat. Oleh kerana aku dah sampai malam kat kampung takkan esoknya nak terus balik Kuantan. Tak berbaloi. Makanya aku telah amik keputusan untuk cuti saja hari isnin. Sebab dalam kepala aku time tu banyak perkara yang aku nak buat bila berada kat kampung especially untuk cari barang2 untuk persiapan kawen nanti. Nak tunggu aku balik kampung lagi tak tahula bilakan. So bila dah ada kat kampung tu buatla apa2 yang boleh dibuat.
Hari ahad tu sambil-sambil menghantar adik ke tuisyen pusing-pusing jugak kat kedai untuk survey apa-apa yang patut. Ermmm...keluar dengan mak. Sejak besar2 ni mak la jadi kawan teman ke sana ke mari kalau balik kampung. Maklumlah kawan-kawan semua dah ada komitmen sendiri. Bila balik kampung aku jarang keluar ke mana-mana. Entah rasa lebih selesa berada kat rumah saje. Tak banyak perkara yang boleh dibuat bila kat kampung. Rasa macam sekejap je kat kampung esoknya dah nak balik kuantan....wakakakkaka. Tidaklah banyak tempat yang sempat disinggahi hari tu coz keluar rumah pun dah pukul 3pm. Tapi sempat jugak beli barang-barang yang dikirim oleh kawan2 opis. Risau jugak membeli barang kiriman orang takut tak sama selera dan citarasa. Tapi yang penting barang2 tu semua perlu dibeli jugak.
Esoknya bertolak balik kuantan pukul 3 pm dan sampai kuantan jam 8.30 malam. Gigih sungguh. Itulah dia cerita weekend lepas.
Tuesday, August 28, 2007
Tong Sampah
Friday, August 24, 2007
Sebelum Tidur
(Tafsir Haqqi)Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :
1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku,maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
4. Perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir makaseakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
"Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati."
Wednesday, August 22, 2007
5Sssssssssssssss
Benonya ni tak habis kemas lagi pun. Tapi aku dah start2 boring gituh. So, sesambil mengemas, sesambil aku surf internet, sesambil membaca blog orang dan sesambil itu jugak aku tulis entry ni. Sesambil dengar lagu2 yang baru didownload (harus achedz marah, aku menyesakkan network ni). Bagus jugakla ada program 5S ni (walaupun bilik aku takde sangat mengikut ciri2 5S nya), ada jugak la ruang untuk aku kemas bilik secara besar-besaran. Kalau tak....hehehhehe...entahlah bilanya masa yang betul2 untuk kemaskan bilik. Semua kertas2/kad2 yang dulu aku sayang nak buang sekarang ni aku buang je tanpa ragu-ragu atau was-was lagi. Kalau dulu almari kabinet tu penuh dengan barang-barang yang perlu dan tak perlu, skrang ni nampakla ade banyak ruang-ruang kosong. Kalau dulu susahnya nak mencari kertas-kertas/ dokumen yang diperlukan, tak tahu kat mana diletak. Skrg ni dah tahula kan. Malahan dokumen yang dicari satu ketika dulu dan tak jumpa-jumpa, skrg baru jumpa ...bolehhhh? Nampak sangat tak sistematik aku menyimpan benda-benda fenting tu....hissshhhhhhhhhhhh
Tengok kak sue kat bilik sebelah pon tengah semangat kemas bilik. Wahhhh...kena sambung balik mengemas ni...
Tuesday, August 21, 2007
Cerita Pendek
Wednesday, August 15, 2007
Sunday, August 12, 2007
Selamat Hari Jadi
Masa entry ni dibuat, bisday Alangz dah belated benonya. Tapi takpe saya still nak buat entry ni jugak untuknya. Dengan ucapan
Selamat Hari Jadi ke-31.
Semoga dipanjangkan umur,
Dimurahkan rezeki
Dan
Dipermudahkan semua urusan kita...
with love,
zure
p/s Happy Besday jugak untuk Delinn yang sama date dengan Alangz..
Thursday, August 09, 2007
Training Application dah Approve
Aku tau aku memang tulis reason yang ala kadar je masa isi borang untuk apply training tu. Harusla orang HR pun tak berapa yakin yang training tu amat penting untuk dihadiri. Harusla diorg pun kompius jugak dengan tahap keinginnan aku untuk menghadiri training tu, ye la...udah letak reason yang ala kadar. Mestila dorang tertanya-tanya, betul ke aku nak pergi kursus tu. Dah lama aku hantar borangnye ke Pejabat HR. Pastu dua 3 kali aku tanya Din, dia kata tak approve lagi application aku dgn kak sue. Memang dok ingat training tu takkan diapprovekan. Lalu aku dengan kak sue pun merangka-rangka strategi supaya training tu akhirnya akan di approvekan jugak oleh HR. Tapi setakat merangka je la, tapi usahanya nan ado...tapi akhirnya di approve kan jugak. Alhamdulillah...dapatla bertraining nanti....lagipun tahun ni tak pegi lagi training luaran.
Hari ni kak ina pulak isi borang untuk gi kursus yang sama. Hehehhehe...best nya, harap-harap approve la jugak training kak ina tu. Boleh bertiga-tigaan pergi kursus tu nanti. Pastu boleh la kita amik exam sekali ek...(nak amik exam ni kena berangan je la dulu...entah bila nak amik, lagipun nak exam kena baca buku, tu yang tak tahan tu......).
Monday, August 06, 2007
Ogos Yang Menjelang
Ermmm....rasa cam sekejap je baru masuk tahun 2007, tapi dah masuk bulan ogos, bulan merdeka...aku nih dok sibuk isi borang peraduan Anak Merdeka Petronas tu, tapi bila masuk tang slogan tu memang fail, bab-bab jawab soalan aku suka sangat sebab tak susah soalannya, tapi slogan tu ya ampunnnnn susahnya nak buat...balik2 ayat yang sama jugak, ayat yang tak best tu....kenapalah mesti ada slogan kan? tertekan je rasa...ekekekke...
Cerita bab bulan ogos ni, banyak date2 penting yang kena ingat rupanya...hehehhehe...hari lahir orang2 tersayang, nak renew roadtax kete sama lesen dan tak lupa hari merdeka....fuh...idokle banyak mana pon kan....semua nya date yang dekat-dekat je tuh....
Mereka yang lahir dibulan merdeka ini
1. My Sister - 01 Ogos
2. My Father - 15 Ogos
3. My Fiancee - 11 Ogos
4. My Friend - Sempoii - 06 Ogos
5. My Friend - Delinn - 11 Ogos
* ade yang tertinggal ke nih?
Anyway meh kita baca ciri-ciri orang yang lahir di bulan merdeka ni, tak pasti setakat mana tahap kebolehpercayaan kajian bulan kelahiran ni tapi layan je lahhhhhhhhhhh
OGOS
* Suka berlawak dan ceria
* Orang Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan, menulis & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan
* Gemarkan warna biru & hitam
Wednesday, August 01, 2007
When You Believe
With no proof anyone could hear
In our hearts a hopeful song
We barely understood
Now we are not afraid
Although we know there's much to fear
We were moving mountains long
Before we knew we could
There can be miracles, when you believe
Though hope is frail, it's hard to kill
Who knows what miracles you can achieve
When you believe, somehow you will
You will when you believe
In this time of fear
When prayers so often prove in vain
Hope seems like the summer birds
To swiftly flown away
Yet now I'm standing here
My heart's so full I can't explain
Seeking faith and speaking words
I never thought I'd say
There can be miracles, when you believe
Though hope is frail, it's hard to kill
Who knows what miracles you can achieve
When you believe, somehow you will
You will when you believe
They don't always happen when you ask(Oh)
And it's easy to give in to your fears(Oh...Ohhhh)
But when you're blinded by your pain
Can't see your way straight throught the rain
Small but still, resilient voice
Says love is the relief(Ohhh)
There can be miracles(Miracles)
When you believe(Lord, when you believe)
Though hope is frail(Though hope is frail)
It's hard to kill(Hard to kill, Ohhh)
Who know what miracles,you can achieve
When you believe,somehow you will(somehow,somehow)
somehow you will
You will when you believe
You will when you believe
You will when you believe
Just believe...just believe
You will when you believe
Sunday, July 29, 2007
Sel Stem
Ada satu topik yang menarik perhatian dalam rancangan Majalah 3 itu hari iaitu pasal sel stem. Bagi aku ia satu topik yang menarik dan penting juga. Ini kiranya pertama kali aku mendengar pasal sel stem ni sebenarnya. Tapi teruja jugak jadinya semasa menonton rancangan tu sebab banyak penyakit yang boleh dirawat dengan sel stem ni terutamanya penyakit talasemia. Dulu masa disekolah menengah ada seorang kawan yang ada penyakit berkenaan dan dia setiap bulan terpaksa berulang alik ke hospital untuk rawatan dan mungkin juga menambah darah merah dalam badan. Kesian sangat tengok dia sebab selalu tengok dia letih dan tak bermaya. Bila tengok rancangan ni teringat pulak kat dia. Ada lah seorang emak yang ditemuramah dalam rancangan tu yang mana anak dia yang disahkan berpenyakit talasemia telah berjaya dirawat melalui sel stem kakak kepada anak berkenaan.
Oleh kerana, ada fakta-fakta yang aku tak berapa pasti untuk ditulis maka aku mengambil keputusan untuk men'google'kan saja topik berkenaan. Ok ini adalah hasil peng'google'lan yang telah dibuat.
Kesihatan Anak: Darah tali pusat penawar ajaib
Oleh: HAFIZAH ISZAHANID (Berita Harian)
Berpotensi merawat lebih 70 jenis penyakit termasuk barah darah, penyakit jantung, kecederaan saraf tunjang dan parkinson. SECARA tradisi, tali pusat bayi yang baru dilahirkan akan diserahkan kepada bapa untuk dibasuh sebelum ditanam. Berdekad lamanya, tiada siapa mengetahui keistimewaan darah dari tali pusat dan keupayaannya sebagai penawar ajaib untuk lebih 70 jenis penyakit.
Hanya kira-kira 20 tahun lalu, saintis dan penyelidik mendapati, darah tali pusat mengandungi banyak sel dan satu daripadanya sel stem. Pada 1988, sekumpulan ahli perubatan Perancis berjaya melakukan pemindahan sel stem bagi pesakit Fanconi Anemia.
Di Malaysia, sejarah tercatat sekitar 1997 apabila Hospital Universiti (ketika itu) melakukan pemindahan sel stem darah tali pusat kepada seorang kanak-kanak pesakit talasemia major. Sel stem berkenaan didermakan adiknya yang baru dilahirkan.
Bagaimanapun sejarah itu tidak banyak kesannya kepada penduduk Malaysia secara keseluruhan. Dalam satu kajian rambang di kalangan penduduk Lembah Klang baru-baru ini, hanya 42 peratus responden tahu mengenai darah tali pusat. Jika dibandingkan dengan negara luar, Malaysia sebenarnya agak ketinggalan dari segi kesedaran dan kemudahan penyimpanan darah tali pusat.
Selain Pusat Darah Negara yang menubuhkan Bank Darah Tali Pusat pada 2002, yang menyimpan darah tali pusat untuk kegunaan awam; hanya ada dua bank darah swasta menawarkan perkhidmatan ini. Satu daripadanya StemLife Bhd yang sudah beroperasi sejak empat tahun lalu.
Pengarah Operasi StemLife Bhd, Zahrein Redza, berkata sehingga ini walaupun mereka memiliki 6,000 pelanggan, kebanyakan mereka bukan Bumiputera.
“Kesedaran Bumiputera untuk menyimpan darah tali pusat bayi masih rendah. Mungkin maklumat tidak sampai atau mereka tidak tahu ‘keajaiban’ darah tali pusat kerana jika diambil kira dari segi kos, menyimpan darah tali pusat hanya berharga RM250 setahun,” katanya.
Dari segi perubatan, tubuh manusia memiliki 200 jenis sel seperti sel hati, sel lemak, sel saraf dan sel kulit, tetapi setiap sel ini bersifat tersendiri. Sel kulit tidak boleh menjadi sel hati begitu juga sebaliknya.
Sel stem adalah sel ‘kosong’. Ia memiliki keupayaan untuk terbahagi dan menghasilkan lebih banyak sel ‘kosong’ dan merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel darah merah dan sel darah putih. Keupayaan itu menjadikannya sangat istimewa.
Sel stem dewasa berbeza dengan sel stem bayi. Sel stem matang bersama usia justeru menyimpannya dengan teknik yang betul, mampu mengelakkannya ‘matang’ dan berupaya menyelamatkan bayi atau ahli keluarganya di masa hadapan.
Dari mana datangnya sel stem embrio? Manusia memulakan kehidupan sebagai sel tunggal yang dikenali sebagai zigot. Sel ini boleh terbahagi dan membentuk dua sel. Dalam tempoh lima hari, pembentukan ‘blastocyst’ terjadi. ‘Blastocyst’ lebih kecil daripada pasir dan mengandungi dua sel, ‘trophoblast’ dan ‘inner cell mass’. Sel stem embrio adalah sel yang membentuk ‘inner cell mass’.
Apa perlunya menyimpan darah tali pusat? Lebih 70 jenis penyakit berpotensi dirawat menggunakan darah tali pusat. Antaranya barah darah, penyakit jantung, kecederaan saraf tunjang, parkinson dan jumlah itu bertambah dari saban tahun.
Zahrein berkata, di Malaysia penyakit talasemia major semakin meningkat. Malah dianggarkan 4.5 peratus penduduk Malaysia adalah pembawa.
“Keperluan pemindahan darah sangat mendesak untuk pesakit talasemia major. Tetapi mungkin mereka akan bertemu penawar yang mujarab jika pesakit atau ahli keluarga terdekatnya ada menyimpan darah tali pusat,” katanya.
Darah tali pusat yang disimpan tiada tarikh luput. Selagi teknik penyelenggaraannya betul (disimpan dalam nitrogen cair dengan suhu beku - 196 darjah selsius) ia sentiasa berupaya menjadi penawar kepada bayi. Jika mungkin bukan bayi itu yang memerlukannya, ayah, ibu atau adik beradik kandungnya yang berhadapan dengan penyakit kritikal masih boleh mengambil manfaat.
Begitupun, keberkesanan darah tali pusat terhadap saudara jauh atau individu di luar keluarga berkenaan bergantung kepada keadaan penyakit yang dihidapinya. Darah tali pusat yang datang dari bayi yang berhadapan dengan penyakit tertentu seperti sindrom down hanya boleh digunakan terhadapnya saja.
Keberkesanan pemindahan darah tali pusat juga bergantung pada ‘keserasian’ penderma-penerima, jumlah sel stem yang ada dalam darah tali pusat dan tahap penyakit yang dihidapi seseorang.
Zahrein berkata, di StemLife kos penyimpanan darah tali pusat pada kadar RM2,500 untuk proses pendaftaran, ujian, pemprosesan dan penyelenggaraan manakala RM250 untuk tahun kedua dan seterusnya. Jumlah itu katanya, lebih murah jika dihitung dengan harga segelas teh tarik yang dinikmati rakyat Malaysia saban pagi.
Jenis Sel Stem
a) Sel stem totipotent boleh menjadi apa saja jenis sel dalam tubuh termasuk placenta.
b) Sel stem pluripotent - terhasil dalam tempoh empat hari selepas proses penyuburan boleh menjadi apa saja jenis sel termasuk sel stem totipotent dan sel placenta.
c) Sel stem multipotent warisan daripada sel setm pluripotent dan sel lain dalam tisu.
d) Sel progenitor boleh menghasilkan satu jenis sel.
Penyakit yang boleh dirawat menggunakan sel stem
* Barah darah
* Penyakit darah (talasemia)
* Penyakit metabolik
* Keimunan
* Jantung
* Diabetes
* Parkinson
Mengapa perlu menyimpan sel darah tali pusat anak anda?
* Ia adalah aset biologi yang berpotensi menyelamatkan nyawa bayi atau ahli keluarga.
* Proses pengumpulan darah tali pusat tidak invasif, tidak menyakitkan dan tiada risiko pada ibu dan bayi
* Berbanding sel stem daripada sum-sum tulang dewasa, sel stem darah tali pusat lebih mudah diterima badan dan mempunyai risiko penolakan yang rendah
INFO:
Jika dibandingkan dengan pengambilan sel stem tulang sum-sum, proses pengambilan darah tali pusat tidak menyakitkan dan tiada risiko untuk bayi dan ibu. Ia hanya memakan masa lima minit selepas bayi dilahirkan.
Sel stem darah tali pusat tidak memiliki tarikh luput, boleh diwarisi asalkan disimpan dengan teknik yang betul. Ia lebih bagus daripada sel stem tulang sum-sum kerana tidak terdedah pada kuman (kerana diambil sebaik saja bayi dilahirkan) berbanding sel stem tulang sum-sum.
Jika anda ingin menderma sel stem darah tali pusat bayi anda, sila berhubung dengan Pusat Darah Negara. Sekiranya ingin menyimpannya untuk kegunaan peribadi ada dua bank swasta yang boleh anda hubungi.
* Info tambahan, bagi pesakit kanser yang telah melakukan rawatan kemoterapi banyak sel darah merah dan juga imuniti yang mati. Untuk menambah semula sel darah dan imuniti boleh juga guna sel stem ini.
Boleh juga baca disini.
Friday, July 20, 2007
Cerita@KB
Ermmmm...cerita pasal bengkel tu...semua nya sudah diselesaikan. Aku ke bengkel tu bersama Kak Yani dan Kak Zeehan. Deduanya orang HR. Bengkel tu patutnya habis hari jumaat tapi khamis tu aku dah check out dari hotel. Kak Zeehan dan Kak Yani pulak petang rabu sudah balik Kuantan. Kerja yang patutnya disiapkan dalam masa 4 hari, kami bertiga cuma amik masa 2 hari je untuk siapkan. Memang tak tidur malam jugakla menyiapkannya. Ini semua gara-gara masing-masing ada hidden agenda so kena siapkan semua kerja secepat yang mungkin. Tapikan nampak sangat kehebatan kitorg bertiga nih....kami universiti pertama yang upload data ke server....hebatnya....tapi...ade jugak kelentongan yang terpaksa dibuat demi menyiapkan data-data tersebut. Aku terpaksa redha je sambil dalam hati berdoa semoga data-data tersebut tak di'reject' bila di upload ke server...tapi alhamdulillah selepas 3 kali upload baru la semua ok...bertungkus lumus memperbaiki kesilapan semasa kali pertama dan kedua upload...dan akhirnya semuanya selesai....yeahhhooooooooo.....
Dalam pada kitorg berusaha menyiapkan kerja tu sempat jugak la beronggeng kat KB dan jugak kat Rantau Panjang. Since aku drive sendiri ke Kelantan so kitorg boleh beronggeng dengan jayanya sekali. Aka berdua nih pulak datang dihantar oleh driver. Ya ampunnnnnnnn....seronok aku rasa bawak dorang berdua bershopping...memang shopping yang sakan la dorang ni. Kalau nak membeli tu jenis yang tak fikir2 dah. Rasa nak amik, bayar...rasa tak sesia bawak dorang berjalan-jalan...aku pulak yang jadi soronok tgk diorg bershopping...kedai kat rantau panjang hari tu memang banyak juga yang tutup tapi tak menghalang kitorg bershopping....Dalam masa sejam kat situ macam-macam benda yang dorang beli...aku pun terbeli jugak sehelai blouse, itu pun lepas kena pujuk rayu kak yani...katanya baju tu cantik sangat dan sangat sesuai untuk aku...siap ugut lagi kalau aku takmau beli dia akan beli...hehehhehe...terus je aku gi bayar....itule pengaruh rakan sebaya namanya...penuh jugakla bonet kereta aku tu...dah la kete aku tu comel ajekan...bonet pun kecik je...terpaksala disumbat-sumbat ke bahagian seat kat dalam kete tu....tak bernafas agaknya Kak Zeehan duduk kat seat belakang yang penuh dengan barang....pastu nak keluar dari situ kena pulak tahan dengan Bapak Kastam...siap kena tanya...ni berapa ratus sorang habis belanja?...sib baikle pak kastam tu lepaskan aje kitorg lepas check bonet....lega...
Satu lagi lagi citer yang best nya pasal budu...kat hotel tu setiap kali makan lunch or dinner diorg akan hidang budu...aku tak sangka la pulak dua org akak ni makan budu...setiap kali pergi makan(kecuali breakfast) mesti diorg akan amik budu...memula aku pelikla jugak sebab aku org kelantan pun dah bertahun2 tak makan budu...aku dah lama tak makan budu...seingat aku masa zaman-zaman sekolah lagi, masa tu ayah aku kena strok so terpaksa berpantang banyak benda and salah satu nya budu...jadi aku ni dah lama sangat tak makan budu...lately je kat rumah dah start makan budu balik....bila aku tanya akak berdua tu samada diorg dah pernah makan budu ke before ni...diorg kata datang sini baru makan, sebab masa dlm perjalanan ke KB diorg singgah satu kedai kat Besut and ada budu kat kedai makan tu so diorg cuba....sedap pulak diorg kata...terkagumla aku selepas itu...and aku pun tak terpengaruh jugak...kalau pergi makan mesti aku akan amik budu jugak...Masa ke Pasar Siti Khadijah pun siap beli budu untuk bawak balik Kuantan...gelak je aku ni...aku sendiri pun tak pernah beli budu, dorang pulak yang beli...mengalahkan aku betul akak berdua ni...
Cumanya takde gambar yang diambil sebab kamera ade orang pinjam...dan tak sempat nak bawak mereka balik ke rumah mak walaupun mak jemput dorang datang makan durian kat rumah....
Anyway, aku memang happy sepangjang 2 3 hari di KB bersama dorang....dan aku rasa bangga jugak bila dorang kata soronok datang Kelantan walaupun jauh perjalanannya...katanya barang kat Kelantan murah-murah...and of course sebagai tuan rumah aku rasa seronok dan happy dapat melayan diorang dan memperkenalkan Kelantan dimata mereka....dan peristiwa ini sangat terkesan dihati dan sekarang rasa lebih rapat dengan mereka....:D
Tamat......
Virus
Virus2 ni hasil dari thumb drive yang di masuk2 ke komputer orang lain masa bengkel hari tu la nih...Memang virus2 ni harus di nyahkan dari komputer ni secepat yang mungkin...
Friday, July 13, 2007
aiseh
Nasib baik aku takde kat sini seminggu....tak sanggup aku nak baca entry dorang kat blog masing-masing nanti pasal camping tu. By the time aku masuk keje nanti, mesti cerita pasal camping dah basi....aku harap le dah basi....tak sanggup aku menghadapi tekanan jiwa nanti bila baca entry dorang pasal camping tu....lagi-lagi kalau Delinn yang bercerita.....
Anyway, selamat bercamping uolsss....
Thursday, July 12, 2007
Mirae - Kiroro
kore ga anata no ayumu michi
Hora, mae wo mitegoran
are ga anata no mirai
Haha ga kureta takusan no yasashisaai
wo idaite ayume to kurikaeshita
Ano toki wa mada osanakute imi nado shiranai
Sonna watashi no te wo nigiri issho ni ayunde kita
Yume wa itsumo sora takaku aru kara
Todo ka nakute kowai ne dakedo oitsudzukeru no
Jibun no SUTO-RI dakara koso akirametakunai
Fuan ni naru to te wo nigiri issho ni ayunde kita
Sono yasashii sa wo toki ni wa iyagari
Hanareta haha e sunao ni narezu
Hora Ashimoto wo mitegoran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora Mae wo mitegoran
Are ga anata no mirai
Sono yasashii sa wo toki ni wa iyagari
Hanareta haha e sunao ni narezu
Hora Ashimoto wo mitegoran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora Mae wo mitegoran
Are ga anata no mirai
Hora Ashimoto wo mitegoran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora Mae wo mitegoran
Are ga anata no mirai
Mirai e mukatte
Yukukuri to aruite yukoh


