Thursday, November 08, 2007

Cuti semalam

Semalam cuti deepavali...seronok cuti tapi rasa tak puasle rase cuti semalam, dan hari berat amatle diri ku nak datang opis....

Actually tak banyak aktiviti semalam. Paginya pergi opis siapkan kerja sikit. Dalam pukul 12.00 tghari balik rumah. Oleh kerana petang ada jemputan open house makanya aku tak masak atau beli apa2 makanan. So lepas zohor, aku pergi open house rumah Zaida kat Taman Indera Sempurna. Semalam masa perjalanan ke rumah Zaida entah macamane aku terleka sikit sampai kan aku terlepas U turn ke simpang untuk Masuk Pekan. Masa aku dah tersedar yang aku macam dah terlepas simpang aku masih lagi masih lagi berlagak seolah2 aku belum belum terlepas simpang tu. Alih2 aku U turn kat depan Gaint. Haaaa amik ko punya la jauh aku buat U turn. Dah 3 tahun keje kat sini pun masih lagi tak arif dgn jalan2 kat Kuantan ni. Sign board ada pun bukannya nak tengok. Nampak sangat tahap kepekaan aku sangat kurang. Itula keadaan yang biasa terjadi kalau drive sorang2.....

Anyway sampai jugak aku ke rumah Zaida. Ermmm ramai org kat rumah dia masa aku sampai. Ada yang aku kenal dan ramai jugak yang tidak dikenali. Masa mula-mula sampai rasa segan jugak sebab datang sorang-sorang. Bila dah jumpa orang-orang yang dikenali aku dah tak rasa segan lagi. Zaida kenalkan aku dgn parents dia, rupenya parents dia org kampung aku. Apa lagi kami spekingla kat situ, borak-borak sambil makan...hehhehe...anyway mekasih kepada Zaida atas jemputan...

Balik dari rumah Zaida terus ke Kuantan. Konon-konon nak tgk wayang cerita 1957:Hati Malaya. Tapi hancur hatiku bila tgk masa show iaitu 11.40pm je. Haiyooohhh....mana la nak tgk midnight punya show. So, balik rumah ajela kaedahnya. Sampai-sampai rumah terus tertidur sampai ke petang....

No comments: