Sunday, December 21, 2008

Mixfruit Cupcakes

Hujung minggu lepas dalam kesibukan baca buku untuk exam PTK sempat juga buat cupcakes ni untuk minum petang. Sebab hari tu ade tetamu jadinya buat la cupcakes ni untuk minum petang.

Cepat, mudah, ringkas dan rasanya tak kurang sedapnya tapi agak manis...

Mix Fruit Cupcakes
Sumber : myresepi.com

Bahan-bahan ( 10 biji )
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
3 1/2 sb (55g) mentega
1/4 cawan gula halus
1/2 cawan mix fruits
1 biji telur - dipukul
4 sb susu manis/pekat
1 sk perasa oren
secubit garam
optional - saya tambahkan almond slice untuk menambah rasa kekacang pada kek

Cara-cara
Tepung dan baking powder diayak di dalam sebuah mangkuk dan masukkan mmentega dan gaul dgn hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan gula,garam,mixfruits dan gaul rata dgn menggunakan garfu dan masukkan pula susu,telur dan perasa oren dan kacau hingga sebati.
Masukkan 1 sudu besar penuh adunan ke dlm mangkuk kertas hingga habis.
Masukkan ke dlm oven yg tlh dipanaskan dulu dan bakar selama 1/2 jam pd suhu 180C atau hingga masak.
Sejukkan cup cakes di atas redai kek.



Sharing : Melalui pembelajaran saya di internet, untuk membuat cupcakes/muffin yang tak bantat/lekang atau apa2 istilah yang sesuai, adunan kek jangan dipukul terlalu lama, cukup sekadar menyatukan bahan basah dan kering sahaja.

Thursday, December 18, 2008

Sibuk Dgn PTK


Sibuk sgt buat sementara waktu ni. Next week, hari isnin ada exam PTK. Rasa tak ready sgt2 nak amik exam tu. Banyak betul notes nak kena baca...Tapi aku dah nekad, utk TK1 ni aku kena lepas kali ni, takmau mengulang lagi. Sebab kali ni aku cuma amik paper umum sahaja, paper khusus dah lepas. So aku kena make sure aku kena lepas paper umum ni....


Rajin2 baca buku and Good Luck to me...

Tuesday, December 09, 2008

First Time

Gambar-gambar cupcake ni diambil masa buat cupcakes untuk hari raya hari tu. Buat sehari sebelum hari raya kat umah MIL. First Time kiranya buat cupcake sendiri from A-Z dengan bantuan anak-anak buah hubby yang sama-sama tolong deco kan. Memang banyak cacat cela nya pada cupcakes ni, tapi at least ada la sikit experience dan keberanian nak buat deco sendiri....hahahhaha.

Lepas joint kelas deco cupcakes dengan lynnhassan hari tu, memang dah tak pegang2 lagi nozzle and piping beg. Memang seram sejuk jugakla nak buat mula-mula tu. Nasib baik hubby very supportive. Siap jugak cupcakes aku hari tu.

Hari tu buat 2 jenis perasa cupcakes, satu vanilla dan satu lagi coklat. Dua-duanya naik dengan cantik dan tak lekang. Tapi untuk coklat cupcakes kena try lagi sebab macam kureng menjadi sikit. Icing pon kureng menjadi, sebab dah tak larat nak pukul lagi. Lama betul pukul icing, tak jugak putih dan gebu icingnya. Memula plan nak buat buttercream, tapi cari creamwell kat pasaraya tak jumpa, nak gi kedai bakery pulak tak tahu, jadi last-last buat icing biasa je la. Icing memang tak sedap rasanye, kalau buttercream lain sikit rasa dia. Tapi nak buat macamane....itu je yang ada. Best part, kitorg guna je semua benda yang ada dalam peti untuk deco cupcakes ni termasukla jem blueberry. Itu idea creative hubby. hahhahaha....Aku pulak tertinggal piping beg kat rumah, jadinya terpaksa guna greese paper je untuk buat deco. Hishhh.....

Ni ada beberapa gambar yang sempat diambil.

Mimpi Lagi

Malam tadi aku mimpi ngeri lagi. Malangnya, aku takleh nak ingat ape mimipi aku malam tadi, cuma yang aku tahu mimpi tu mimpi yang menakutkan. Seperti biasa kalau mimpi ngeri mesti aku bercakap-cakap dalam mimpi, sampai housemate aku kena kejutkan aku...

Tapi skrg yang aku terperasan, selepas berkahwin ni aku selalu mimpi dan siap bercakap-cakap dalam mimpi...dulu aku jarang mimpi apa lagi mimpi menjerit-jerit atau bercakap-cakap dalam mimpi...betul, i tell you...sebab aku ni jenis yang takut tidur sorang-sorang, dan mesti ada rakan untuk tidur....dulu takde la pulak complain dari teman setidur aku yang aku bercakap-cakap dalam tidur... atau pon kena kejut sebab aku bermimpi...

Aku rasa maybe aku penat sangat or lately aku banyak berkifir dan fikir benda yang bukan-bukan. Bukan...bukan aku sengaja berfikir benda yang aku fikir tu...tapi kadang-kadang benda sekeliling mempengaruhi untuk berfikir....