Hari ini giliran ku memberi tazkirah pada tazkirah jabatan setiap hari jumaat. Memandangkan ramai yang bercuti (sempena cuti sekolah) dan ramai juga yang mempunyai urusan lain (Meeting JKT ICT) dan sebagainya hanya 7 orang sahaja yang menghadiri sesi tazkirah pagi ini :). Puan Sue jadi pengerusi dan aku sebagai pemberi tazkirah.
Mulanya, bercadang nak bagi tazkirah yang panjang sedikit. Tapi memandangkan hadirinnya amat sedikit so, tazkirah itu dipendekkan dengan hanya membacakan sedikit kisah Rasulullah. Kisah tersebut adalah seperti di bawah:
Kisah Rasulullah
Salah satu sahabatnya meninggal dunia Rasulullah mengantar jenazahnya sampai ke kuburan. Dan pada saat pulangnya disempatkannya singgah untuk menghibur dan menenangkan keluarga almarhum supaya tetap bersabar dan tawakal menerima musibah itu.
Kemudian Rasulullah berkata,"tidakkah almarhum mengucapkan wasiat sebelum wafatnya?" Isterinya menjawab, saya mendengar dia mengatakan sesuatu diantara dengkur nafasnya yang tersengal-sengal menjelang ajal" "Apa yang di katakannya?" "saya tidak tahu, ya Rasulullah, apakah ucapannya itu sekedar rintihan sebelum mati, ataukah pekikan pedih karena dasyatnya sakaratul maut. Cuma, ucapannya memang sulit dipahami lantaran merupakan kalimat yang terpotong-potong." "Bagaimana bunyinya?" desak Rasulullah. Isteri yang setia itu menjawab,"suami saya mengatakan "Andaikata lebih panjang lagi....andaikata yang masih baru .... andaikata semuanya...." hanya itulah yang tertangkap sehingga kami bingung dibuatnya. Apakah perkataan-perkataan itu igauan dalam keadaan tidak sedar,ataukah pesan-pesan yang tidak selesai?" Rasulullah tersenyum."sungguh yang diucapkan suamimu itu tidak keliru,"ujarnya.
Kisahnya begini. pada suatu hari ia sedang bergegas akan ke masjid untuk melaksanakan shalat Jumaat. Di tengah jalan ia berjumpa dengan orang buta yang bertujuan sama. Si buta itu tersaruk-saruk kerana tidak ada yang menuntun. Maka suamimu yang membimbingnya hingga tiba di masjid. Tatkala hendak menghembuskan nafas penghabisan, ia menyaksikan pahala amal solehnya itu, lalu iapun berkata "andaikan lebih panjang lagi". Maksudnya, andaikata jalan ke masjid itu lebih panjang lagi,pasti pahalanya lebih besar pula. Ucapan lainnya ya Rosulullah?"tanya sang istri mulai tertarik. Nabi menjawab,"adapun ucapannya yang kedua dikatakannya tatkala,ia melihat hasil perbuatannya yang lain. Sebab pada hari berikutnya,waktu ia pergi ke masjid pagi-pagi, sedangkan cuaca dingin sekali, ditepi jalan ia melihat seorang lelaki tua yang tengah duduk menggigil,hampir mati kedinginan. Kebetulan suamimu membawa sebuah mantel baru,selain yang dipakainya. Maka ia mencopot mantelnya yang lama, diberikannya kepada lelaki tersebut. Dan mantelnya yang baru lalu dikenakannya. Menjelang saat-saat terakhirnya, suamimu melihat balasan amal kebajikannya itu sehingga ia pun menyesal dan berkata, "Cuba andaikan yang masih yang kuberikan kepadanya dan bukan mantelku yang lama, pasti pahalaku jauh lebih besar lagi".Itulah yang dikatakan suamimu selengkapnya.
Kemudian, ucapannya yang ketiga, apa maksudnya, ya Rasulullah?" tanya sang isteri makin ingin tahu. Dengan sabar Nabi menjelaskan,"ingatkah kamu pada suatu ketika suamimu datang dalam keadaan sangat lapar dan meminta disediakan makanan? Engkau menghidangkan sepotong roti yang telah dicampur dengan daging. Namun, tatkala hendak dimakannya,tiba- tiba seorang musyafir mengetuk pintu dan meminta makanan. Suamimu lantas membagi rotinya menjadi dua potong, yang sebelah diberikan kepada musyafir itu. Dengan demikian, pada waktu suamimu akan nazak, ia menyaksikan betapa besarnya pahala dari amalannya itu.
Kerananya,ia pun menyesal dan berkata ' kalau aku tahu begini hasilnya, musyafir itu tidak hanya kuberi separuh. Sebab andaikata semuanya kuberikan kepadanya, sudah pasti ganjaranku akan berlipat ganda. Memang begitulah keadilan Tuhan. Pada hakikatnya, apabila kita berbuat baik, sebetulnya kita juga yang beruntung, bukan orang lain.
Lantaran segala tindak-tanduk kita tidak lepas dari penilaian Allah. Sama halnya jika kita berbuat buruk. Akibatnya juga akan menimpa kita sendiri.Kerana itu Allah mengingatkan: "kalau kamu berbuat baik, sebetulnya kamu berbuat baik untuk dirimu. Dan jika kamu berbuat buruk, berarti kamu telah berbuat buruk atas dirimu pula." (surat Al Isra':7)
Sekian, Wassalam.
Thursday, May 29, 2008
Monday, May 26, 2008
Surah AL-Khausar
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan diMakkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya AbuTalib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allahs.w.t.makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok dileher,Insya' allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan airmawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Sunday, May 25, 2008
Tag
Memang dah lama aku kena tag, tapi hari ni baru nak layan ini tag. Tag ni datangnya dari peminatkujijo. Layannnnnnnnnnnnnnnnn....
25 steps i repeat every day on normal working day
1. Tutup Alarm....goleng-goleng dulu 2 3 minit sambil mencari ilham untuk bangun..
2. Kemas Tempat tidur
3. Gosok gigi
4. Cuci muka
5. Mandi
6. Jemur Tuala
7. Solat Subuh
8. Pakai Toner
9. Pakai moisturize
10. Pakai Bedak
11. Pakai Lipstik
12. Pakai Perfume
13. Pakai Baju
14. Pakai Tudung
15. Kemas Beg Tangan
16. Pakai Jam
17. Tutup Lampu Bilik
18. Tutup Lampu + Kipas kat ruang tamu
19. Bukak Pintu Depan
20. Pakai Kasut
21. Buang Sampah
22. Hidupkan Enjin Kereta
23. Masukkan Beg dalam kereta
24. Pakai Tali Pinggan Keledar
25. Terus drive ke tempat keje
Itu aja....kita takmo tag sesapa. Tapi kalau ada yang nak layan tag ni di alu-alukan....hehehhehe

Wednesday, May 21, 2008
Ntah Apa-apa Je
Seseminggu dua ni, emosi aku cukup tak stabil. Tatau kenapa....aku rasa sindrom orang nak period kot. Serabut tak tentu pasal, mudah je aku nak naik hangin. Semalam aku dah naik hangin kat orang HR, tanyala lagi aku soalan yang ntah apa-apa memang boleh kasi aku hot.
Aku rasa macam nak pergi satu tempat lain buat sementara waktu yang mana takde orang kenal aku dan aku bebas buat apa yang aku suka. Bila aku perasaan dah kembali ok baru aku nak pulang semula ke tempat asal. Kalau setakat balik KL waktu weekend tu, takdela kesan nya sangat. Sebab bila dah habis weekend aku balik semula ke sini dan kena mengadap semula keadaan kat sini....nak cuti lelama tak boleh, keje banyak kat sini......arrrgggggg

Tuesday, May 13, 2008
Sunday, May 11, 2008
Family Day PTMK 08
Semalam berlangsungnya family day opisku di Cherating (10-11 May 2008). Seronok dan meriah.
Ramai sungguh fotografer untuk family day kali ni. Sungguh tak sabar nak tgk gambar-gambar yang dorang amik. Harap-harap cepatlah diupload. Family day kali ni sangat meriah dan semua orang nampaknya happy je. Just nak share gambar-gambar aku dicapture semasa family semalam. I'm not good in writing, so tunjuk gambar je la....Cuci mata semuaaa!!!
Wajah-wajah happy dihari pertama. Masa ni masa acara paintball sedang berlangsung. Aku tak ambil bahagian, Alangz je yang ambil bahagian.
Suamiku in action. Dia dalam group A.
Gambar dihari kedua. Masa ni acara sukaneka berebut kerusi.
Acara Terompah Gergasi. Kalah lagi...
Acara Baling-baling sayang...
Staf PTMK 2008. Ada 3 staff lelaki yang tiada dalam gambar.
Gambar semasa dinner yang diambil oleh Admie. Aku dapat 2 hadiah cabutan bertuah. Alangz kata sebab luck dia aku dapat hadiah cabutan yang kedua. Sebab masa tu dia yang cabutkan nama dari balang, dan terus kena nama aku. Aku harap sangat dapat voucher penginapan kat Awana Kijal, tapi takpela dapat vacumm dengan Vcd player pun ok je. Suamiku kata syukurrrrrr...
Ramai sungguh fotografer untuk family day kali ni. Sungguh tak sabar nak tgk gambar-gambar yang dorang amik. Harap-harap cepatlah diupload. Family day kali ni sangat meriah dan semua orang nampaknya happy je. Just nak share gambar-gambar aku dicapture semasa family semalam. I'm not good in writing, so tunjuk gambar je la....Cuci mata semuaaa!!!
Acara Terompah Gergasi. Kalah lagi...
Sebelum balik sempatla jugak mandi pantai. Seronok sebab ombak besar masa tu dan air tangah pasang. Alangz of course le happy kan, sebab kat KL mana ada pantai. Lagipun pantai kat PD tak secantik pantai Cherating...peace!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)