Sunday, July 18, 2010

19/07/2010

Saya agak happy untuk start minggu ni....rasa lega, happy dan semua perasaan yang baik2 sahaja. Walaupon hari ni hari isnin, tapi takde pon perasaan monday blues hari ni :)

Maybe sebab me and my hubby dah ada kata sepakat untuk balik kampung hujung minggu ni. Kalau sebelum kitorg asyik tak jumpa tarikh yang sesuwai untuk balik kampung. Asyik berubah-ubah je tarikh nye....sampai saya pon naik darah....huhuhuhuh....tapi since kami dah mencapai kata sepakat so rasa lega teramat2 la.....ye la kami dah lama tak balik kampung, last balik pon bulan Feb yang lepas, dah berapa bulan kan tak balik...memang kena balik, untuk melawat kakak ipar yang tengah sakit, dan mealwat nenek saya yg tak berapa sihat....anak sedara yang baru lahir pon saya tak pergi melawat lagi....yang penting sekali musim buah durian dah nak habis ni....kempunan karang nak makan durian yang sedap2....

Nak tunjuk sikit apa yang kami makan hujung minggu yang lepas....Hujung minggu lepas sempatbuat Tortilla With Smoked Chicken.

Friday, July 16, 2010

Berita Sedih

Dalam seminggu ni saya menerima beberapa berita baik dan ada juga berita buruk. Walaumacamanepon, untuk hari ini saya kan menceritakan berita sedih kerana hati saya tak mampu menahan kesedihan berhadapan dengan berita ini.

Jika sebelum ini, saya pernah mendengar/membaca mengenai kecuaian doktor semasa melakukan pembedahan atau merawat pesakit. Semua itu hanya berlaku ke atas orang lain, dan saya jarang mengambil port tentang berita sebegitu. Setakat mendengar atau membaca kisah sebegitu kemudian saya lupakan kisah itu, mungkin kerana saya tidak mahu memikirkan lebih dalam mengenai kisah tersebut. Mungkin juga kerana ia terjadi kepada insan lain, bukan pada ahli keluarga terdekat saya.

Tapi kali ini, kisah ini berlaku betul2 pada keluarga terdekat saya. Memang sedih kerana kami amat baik dan saya ibaratkan dia sebagai kakak saya sendiri walaupon dia hanya kak ipar saya. Kisahnya begini, dua bulan yang lalu kakak ipar saya melahirkan anak ke-2 disebuah hospital kerajaan. Dia ada masalah untuk melahirkan baby secara normal dan terpaksa dibedah. Sepanjang tempoh berpantang dia selalu sakit2 sampaikan dia hilang berat badan yang banyak sampai dia kurus sangat walaupon sebelum ini badannya agak berisi. Sepanjang berpantang dia selalu berulang alik ke hospital kerana selalu sakit2 yang tak tahu apa puncanya.

Dipendekkan cerita, rupa-rupanya semasa pembedahan melahirkan baby, Dr yang bertugas masa tu tertinggal kain dalam perut kakak ipar saya. Disebabkan oleh itu, dia terpaksa dibedah semula untuk membuang kain yang tertinggal. Semalam, pembedahan kali ke2 dibuat untuk membuang kembali kain yang tertinggal tu. Tetapi sebelum pembedahan dibuat, Dr yang bertugas masa kakak ipar saya melahirkan baby tu telah membuat pengakuan bahawa memang dia yg bertugas masa kelahiran itu dan dia mengaku dan mohon maaf atas kecuaian tersebut.

Tetapi effect nya sangat besar pada kakak ipar saya. Kain tu tertinggal lama dalam perut, hampir 2 bulan, maybe ianya melilit di bahagian usus menyebabkan usus kakak ipar saya bocor. Disebabkan kebocoran pada usus tu, usus dia terpaksa dipotong dan kini kakak ipar saya terpaksa bergantung pada tiub yang dipasang pada perut untuk membuang air besar. Dia tak boleh membuang air besar normal seperti orang biasa lagi sehingga satu tempoh yang kita tidak tahu. Memang Dr ada memaklumkan bahawa usus itu mungkin akan pulih seperti biasa, dan kakak ipar saya ada harapan untuk tidak bergantung pada tiub itu lagi bagi membuang air besar, tetapi ia mengambil masa yang lama. Mungkin setahun, 2 tahun atau bertahun2. Bila? Tiada jaminan yang pasti.

Memang menyedihkan. Tak dapat saya bayangkan, kalau saya yang berada ditempat dia. Mampukah saya menerima dugaan yang sebegitu. Semasa menulis entry ni pun, saya tak dapat nak menahan air mata dari mengalir mengenangkan dia seorang yang sangat baik. Semoga dia tabah dan kuat semangat menghadapi dugaan ini.

Sunday, July 04, 2010

Nak selalu memasak...

Aku memang seorang yang kurang pandai membuat kerja-kerja dapur. Sebelum kawen dan selepas kawen rasanye skill duduk didapur tidak banyak yang improve.


Lebih-lebih perkahwinan kami masih lagi berasaskan perkahwinan jarak jauh (PJJ) dan tinggal sendirian dirumah, jadinya banyak peluang untuk tidak memasak. Tapi sekali-sekala memang ada jugak masuk dapur dan memasak. Tapi hasil orang yang jarang masuk dapur ni memang boleh dijangka lebih-lebih lagi aku sendiri yang takde bakat terpendam dalam masak-memasak. Tapi seriously perasaan risau tu sedikit sebanyak sudah menyelubungi diri sebab memikir ketidakpandaian memasak tu. Rasa macam teruk sgt bila selalu layan suami dengan masakan kedai or pasar malam. Ada orang kata petua untuk kebahagiaan rumahtangga salah satu daripadanya adalah mengikat perut suami. Maksud aku, adalah melalui masakan dan air tangan isteri. Itu lebih baik supaya dimana2 pergipon suami asyik teringat2 masakan isteri. Ye ke tidak, mari kita cuba dan tengok hasilnya.

Sekarang ni aku memang berazam untuk selalu memasak dihari minggu. Walaupon makanan yang sangat simple sekalipun tapi yang aku kena prepare sendiri makanan tu. Aku pon dah cakap dengan hubby niat murni ni, dan siap cakap lagi dengan dia kena terima la masakan aku walau macamane teruk sedap sekalipon rasa masakan tu. Hopefully ia akan berjaya dilaksanakan!!

Mai cuci mata dulu dgn hasil yang keluar dari dapurku...