Tuesday, May 29, 2007

Majlis Bertunang

Harap entry ni tak basi lagi biarpun dah lebih kurang seminggu peristiwa ini berlalu.

Saya tak pandai nak bercerita...tapi cukup rasanya kalau dikatakan saya sudah secara rasmi menjadi tunangan orang. Saya tidak mampu untuk berkongsi semuanya tentang pertunangan kami disini. Cuma syukur Alhamdulillah kerana segalanya telah berjalan dengan baik...Doa saya semoga ianya akan berkekalan bukan setakat ke jinjang pelamin tapi hingga ke akhir hayat.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibubapa kami dan seluruh keluarga kami yang telah menjadikan tanggal 27 Mei 2007 suatu hari yang istimewa dalam hidup kami. Terima Kasih juga kerana telah merestui perhubungan ini.

Untuk encik_alangz, awak memang istimewa dihati saya... Sayang Awak!

Dan pada semua kawan-kawan yang memberi ucapan dan juga kata-kata nasihat kepada kami, terima kasih yang tak terhingga. Saya memang amat menghargai persahabatan yang telah terjalin. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Doakan yang baik-baik untuk kami. Untuk Bro Joe juga, terima kasih...

Kepada kawan-kawan yang harap dapat tengok gambar2 masa majlis tu, saya mintak maaf sebab takde banyak gambar. Saya pun sedih sebab gambarnya sikit sangat. Mungkin boleh tengok gambar di blog encik_alangz.

Setakat ini sahaja dan terima kasih semuanya. Sekian.......


Monday, May 21, 2007

The 'Rings'

Saya akan menggunakan kata ganti nama diri 'saya' dalam entry ini. :P

Minggu ni busy amat...banyak keje nak kena buat. Saya akan bercuti dan balik kampung on 24 Mei 2007. Makanya ada beberapa tugasan (termasuk tugasan peribadi) yang harus diselesaikan before tarikh itu supaya saya dapat bercuti dengan aman dan tenang.

Wiken hari tu busy mem'packing' barang sebab nak pindah rumah. Alhamdulillah petang ahad dah selamat pindah ke rumah baru...Semua barang dah diangkut ke rumah baru...tinggal lagi nak cuci sikit rumah lama tu....terima kasih kepada Zahari, Dollah and Hafiz sebab tolong angkut barang-barang besar cam almari, mesen basuh and frigde....sampai sakit belakang katanya...hehhehehe...takpe at least satu benda dah setel...rumah sewa baru pun dah selesai dikemaskan. Tinggal lagi bahagian dapur yang tak habis dikemaskan lagi. Tapi rasa lapang sikit dada saya ni bila dapat tinggal dirumah sewa. Baru terasa tinggal di'rumah'. Sebelum ini saya tinggal dibangunan asrama yang tidak terasa sangat ke'rumah'an nya. Saya suka bila masuk rumah sewa ni, terasa lapang sebab tidak banyak perabot. Rupanya saya sukakan ruang yang luas berbanding dengan rumah yang sarat dengan perabot. Nak jaga kekemasannya pun senangkan...


Saya suka juga bila setiap hari saya dapat drive ke pejabat, maksud saya boleh lepak lama sikit dalam kereta. Kalau dulu setiap kali drive tak sempat habis satu lagu saya sudah sampai ke pejabat. Tapi kali ni saya boleh lepak lelama sikit dalam kereta sambil dengar gitu-gitu apek di era....wakakkakaka. Tapi yang pasti saya tetap keluar dari rumah pada waktu yang sama dengan masa duduk dirumah lama. Biasanya saya akan keluar rumah jam 7.10 dan sampai ke pejabat dalam 7.15am. Kini dalam 7.20-7.25am baru saya sampai ke pejabat. Best uolss drive pepagi, kete tak banyak....apapun memang seronok bila dapat duduk rumah sewa.

Okeh ape kata kita bercakap bab gaji naik sat. Hari ini (21 mei 2007) saya tengok banyak status YM yang berkaitan dengan kenaikan gaji pekerja gomen, ada yang sinis ada yang bergumbira. Of course, sebagai seorang pekerja gomen saya sangat gembira dan bersyukur dengan kenaikan gaji ittew (terima kasih kepada gomen). Bukan selalu naik gaji uolss, paling last gaji direview adalah tahun 1992 (kalau saya tak silap), dah lamakan. Dah tiba masanya ia dikaji dan dinaikkan. Saya berharap tiada kenaikan harga barang. Kalau ade apelah bezanya gaji naik atau tidak kan....

Tetiba saya teringat kata-kata seorang pegawai atasan disini semasa beliau merasmikan salah satu seminar yang saya pernah sertai, kata-kata dia masa tu lebih kurang gini --> if u want to be a gov servant, then u're a servant...dia terangkan balik maksud kata-kata tersebut. Katanya duit (duit means gaji) bukan perkara utama bila u jadi pekerja gomen yang paling penting adalah service u pada organisasi. Masa tu gaji belum dinaikkan. Saya sekadar mendengar, tanpa memikirkan apa-apa sebab bagi saya semakin besar periuk makin besar jugak keraknya...memang terasa juga bersemangat untuk berkerja dengan kata-kata dia masa tu. Tetapi setelah gomen menaikan gaji saya rasa bersyukur, sebab bagi saya ia sangat membantu, sangat-sangat membantu. Cumanya produktiviti pekerja gomen harus selari dengan kenaikan gaji tersebut, supaya ianya tidak dipertikaikan dan kenaikan gaji ini macam satu motivasi kepada pekerja gomen untuk berkerja dgn cemerlang, gemilang dan terbilang...jgn jadi pekerja yang selalu hilang dah.... Walau apapun, semua pekerja tak kira gomen atau swasta adalah tunjang negara, tiada beza kerana kedua-duanya tetap penting. Cuma mungkin hari ini adalah rezeki bagi pekerja gomen kerana gaji mereka dinaikkan. Makanya kita harus bersyukur uolss...

Okeh rasanya setakat ini sahaja untuk entry kali ini...jumpa lagi dilain entry.

p/s Panjang pulak entry ni....:P

Thursday, May 17, 2007

Macam-Macam


Ermm...seminggu ni aku and opismate sibuk berkursus. Lama benor...sampai aku jadi bosan. Bukan bosan sebab bosan dengan presentation instructor tu, tapi bosan sebab kena berkursus sampai 5 hari....dah hampir 5 tahun aku habis belajar kat bangi, dan otak aku dah jadi lembab sikit bila kena belajar formal macam ni...
Tengok tu nama senarai peserta, tapi mana nama ku?.....hohohooohoho

Masa hari pertama dan kedua aku macam boleh fokus dengan pembelajaran aku dalam kursus tu...hari ketiga aku dah jadi lambat sikit untuk terima segala macam yang disampaikan oleh instructor tu....masuk hari ke-4 hari ni...hancur...lost sepanjang jalan...maybe sebab aku rasa bosan dan mengantuk gituh...tu yang aku sempat masuk tag berchatting...tapi masuk petangnya...aku try untuk fokus balik...then alhamdulillah aku leh la jugak fokus walaupun dalam kepayahan tu...idok kalu, rugi gomen bayar yuran untuk kursus yang mahal tu...

Anyway, memang best juga instructor ni...memang berpengalaman punya orang, banyak benda yang dia boleh berkongsi dengan kitorg...penyampaian dia best dan banyak benda baru yang aku boleh dapat dari training ni...sebelum ni apa yang dibuat sama sahaja takde kelainan langsung...tapi bila masuk kursus ni baru banyak benda yang boleh digodek kalau kretif dan rajin explore....

Harap-harap lepas ni aku akan guna apa yang dipelajari dengan jayanya....

Ermmm...tadi baru dapat mesej dari abang keduaku tadi...kakak ipar ku dah selamat bersalin bayi lelaki...bertambah sorang lagi anak buah ku, dah jadi sepasang :-) ...alhamdulillah, dah jadi bapak orang rupanya abang aku sorang ni....makin sibuk mak aku menjaga cucu, lagipun kakak iparku akan berpantang dirumah parents ku....

Monday, May 14, 2007

Selamat Hari Ibu

You taught me everything
And everything youve given me
I always keep it inside
Youre the driving force in my life,
yeah
There isnt anything
Or anyone I can be
And it just wouldnt feel right
If I didnt have you by my side
You were there for me to love and care for me
When skies were grey
Whenever I was down
You were always there to comfort me
And no one else can be what you have been to me
Youll always be you always will be the girl
In my life for all times

Chorus:
Mama, mama you know I love you
Oh you know I love you
Mama, mama youre the queen of my heart
Your love is like
Tears from the stars
Mama, I just want you to know
Lovin you is like food to my soul
Youre always down for me
Have always been around for me even when I was bad
You showed me right from my wrong
Yes you did
And you took up for me
When everyone was downin me
You always did understand
You gave me strength to go on
There was so many times
Looking back when I was so afraid
And then you come to me
And say to me I can face anything
And no one else can doWhat you have done for me
Youll always beYou will always be the girl in my life

Chorus...

p/s Dalam kebosanan dan mengantuk ni (tgh training), sempat gak aku cari lagu ini....

Saturday, May 12, 2007

Sabtu

Ermmm....semalam penuh seharian aktiviti aku. Paginya pergi membasuh rumah sewa, petang tengok wayang dan malamnya ada bbq dengan geng-geng volleyball.Nak kata happy idokla happy sangat, penat pun penat jugak dan satu lagi aku miss tengok AF. Ngeh..ngeh...ngeh...
Basuh Rumah Sewa

So, semalam pagi-pagi kitorg keluar untuk ke rumah sewa baru...idok le pagi beno dalam pukul 10am tu kitorg pegi berdua membasuh rumah sewa tu.

Erm....memula aku dok ingat takdela banyak benda nak kena bersihkan dalam rumah tu. Sebab aku rasa penyewa yang lepas baru aje keluar akhir bulan 4 ari tu, dan aku ingat diorg akan bersihkan rumah tu dulu sebelum chow. Tapi bila sampai banyak jugak benda nak kena bersihkan terutamanya toilet. So, menyental lah kitorg berdua membasuh rumah tu. Pastu check jugak bil2 bulan lepas. Bil elektrik dan air ada dalam kotak surat tu. Kata nya penyewa yang lepas nak bayar, tapi dorang tak dtg amik pun bil2 tu...hopefully diorg akan dtg amik bil tu dan bayar. Tidaklah banyak mana pun bil2 nya...tapi since dorang yang guna diorg la yang kena bayar...

Tengok Wayang

Pastu tengahari nya, kitorg dah pakat nak tengok wayang spiderman 3. Sebenonya aku belanja Shairul tengok wayang sempena besday dia....Anyway dah lama tak tengok wayang, last sekali tengok masa tengok cerita CINTA tahun lepas. Tapi memang fast selling sungguh tiket wayang spiderman 3 tu...kitorg dapatla beli tiketnya tapi seat barisan kedua dari depan. Itu aje yang tinggal....yang ada lagi seat pun semua barisan depan. Tengokla jugak kami dengan gigih nya cerita spiderman 3 tu walaupun sampai lenguh leher nak tgk citer tu....shownya pukul 3.30pm. So, after beli tiket kitorg pegi lunch dulu kat ayamas. Then, merayau-rayau sekejap kat Megamall tu mentara menunggu 3.30pm. Ok cerita tu, best dan sedih...sob..sob..sob...

BBQ

Balik rumah sampai dalam pukul 6.45pm. Bersiap-siap nak ke Taman Teruntum lak untuk bbq. Aku benonya bebelah bagi nak pergi ke tak sebab rasa dah penat. Tapi meks pegila jugak. Tak ramai yang hadir, Shala, Zaila, Ila, Siti, Kak Tuty, Ada, Echah dan coach bersama kawan dia je yang datang. Makanan semua Zaila yang sediakan, termasuk segala peralatan. Yang lain semua bawak diri je....terukkan?....Takde sangat aktiviti yang dibuat, sebab last minit punya planningkan....so, pegi makan-makan sambil sembang-sembang ajelah...coach belanja sotong...wah besar-besar sotong-sotong tu....tapi perencah nya takde...kitorg bakar dan cecah dengan sos aje...tapi best jugak makan macam tu...yang pastinya banyak makanan terlebih...siap boleh tapau bawak balik lagi...

Rasanya tahun ni kitorg lagi rapat berbanding tahun lepas. Kalau tahun lepas kitorg cuma berjumpa masa training saje, tapi tahun ni banyak aktiviti makan-makan dibuat dengan harapan untuk membentuk persefahaman antara kitorg. Satu perkembangan yang sihat....hehhehehhe....

Balik rumah pun dah pukul 12.00 malam itu pun Zaila ajak melepak di Teluk Chempedak tapi meks tak kuasa nak pi sana dah penat macam tu terus aje balik rumah lepas bbq...

Wednesday, May 02, 2007

Haiyaya....

Tadi baru check bayaran balik pinjaman pelajaran masa belajar dulu, pinjaman xxxxx namanya. Boleh check secara online melalui website.

Sedih je rasa, aku dah 2 tahun lebih bayar melalui pemotongan gaji setiap bulan. Tapikan sikit bebeno berkurangnya. Yang pelik kan, baru RM1k++ kurang dari jumlah sebenar pinjaman untuk 2 tahun pembayaran. Kalau nak dikira tiap2 bulan yang dibayar darab 24 bulan patutnya RM3k++ kurang dari jumlah sebenar pinjaman. Sebelum buat pemotongan gaji ade jugak bayar melalui maybank2u.com. Camne nak cepat habis tiap-tiap bulan ada kos pentadbiran rm45....

Jumlah hutang RM21k, baki semasa setakat 2 tahun yang dibayar ada lagi RM20k. MOSKEL....Hahahahhahaha....pedih, pedih....

p/s jgn le ade yang kena saman lak ni buat entry nih....