Monday, May 21, 2007

The 'Rings'

Saya akan menggunakan kata ganti nama diri 'saya' dalam entry ini. :P

Minggu ni busy amat...banyak keje nak kena buat. Saya akan bercuti dan balik kampung on 24 Mei 2007. Makanya ada beberapa tugasan (termasuk tugasan peribadi) yang harus diselesaikan before tarikh itu supaya saya dapat bercuti dengan aman dan tenang.

Wiken hari tu busy mem'packing' barang sebab nak pindah rumah. Alhamdulillah petang ahad dah selamat pindah ke rumah baru...Semua barang dah diangkut ke rumah baru...tinggal lagi nak cuci sikit rumah lama tu....terima kasih kepada Zahari, Dollah and Hafiz sebab tolong angkut barang-barang besar cam almari, mesen basuh and frigde....sampai sakit belakang katanya...hehhehehe...takpe at least satu benda dah setel...rumah sewa baru pun dah selesai dikemaskan. Tinggal lagi bahagian dapur yang tak habis dikemaskan lagi. Tapi rasa lapang sikit dada saya ni bila dapat tinggal dirumah sewa. Baru terasa tinggal di'rumah'. Sebelum ini saya tinggal dibangunan asrama yang tidak terasa sangat ke'rumah'an nya. Saya suka bila masuk rumah sewa ni, terasa lapang sebab tidak banyak perabot. Rupanya saya sukakan ruang yang luas berbanding dengan rumah yang sarat dengan perabot. Nak jaga kekemasannya pun senangkan...


Saya suka juga bila setiap hari saya dapat drive ke pejabat, maksud saya boleh lepak lama sikit dalam kereta. Kalau dulu setiap kali drive tak sempat habis satu lagu saya sudah sampai ke pejabat. Tapi kali ni saya boleh lepak lelama sikit dalam kereta sambil dengar gitu-gitu apek di era....wakakkakaka. Tapi yang pasti saya tetap keluar dari rumah pada waktu yang sama dengan masa duduk dirumah lama. Biasanya saya akan keluar rumah jam 7.10 dan sampai ke pejabat dalam 7.15am. Kini dalam 7.20-7.25am baru saya sampai ke pejabat. Best uolss drive pepagi, kete tak banyak....apapun memang seronok bila dapat duduk rumah sewa.

Okeh ape kata kita bercakap bab gaji naik sat. Hari ini (21 mei 2007) saya tengok banyak status YM yang berkaitan dengan kenaikan gaji pekerja gomen, ada yang sinis ada yang bergumbira. Of course, sebagai seorang pekerja gomen saya sangat gembira dan bersyukur dengan kenaikan gaji ittew (terima kasih kepada gomen). Bukan selalu naik gaji uolss, paling last gaji direview adalah tahun 1992 (kalau saya tak silap), dah lamakan. Dah tiba masanya ia dikaji dan dinaikkan. Saya berharap tiada kenaikan harga barang. Kalau ade apelah bezanya gaji naik atau tidak kan....

Tetiba saya teringat kata-kata seorang pegawai atasan disini semasa beliau merasmikan salah satu seminar yang saya pernah sertai, kata-kata dia masa tu lebih kurang gini --> if u want to be a gov servant, then u're a servant...dia terangkan balik maksud kata-kata tersebut. Katanya duit (duit means gaji) bukan perkara utama bila u jadi pekerja gomen yang paling penting adalah service u pada organisasi. Masa tu gaji belum dinaikkan. Saya sekadar mendengar, tanpa memikirkan apa-apa sebab bagi saya semakin besar periuk makin besar jugak keraknya...memang terasa juga bersemangat untuk berkerja dengan kata-kata dia masa tu. Tetapi setelah gomen menaikan gaji saya rasa bersyukur, sebab bagi saya ia sangat membantu, sangat-sangat membantu. Cumanya produktiviti pekerja gomen harus selari dengan kenaikan gaji tersebut, supaya ianya tidak dipertikaikan dan kenaikan gaji ini macam satu motivasi kepada pekerja gomen untuk berkerja dgn cemerlang, gemilang dan terbilang...jgn jadi pekerja yang selalu hilang dah.... Walau apapun, semua pekerja tak kira gomen atau swasta adalah tunjang negara, tiada beza kerana kedua-duanya tetap penting. Cuma mungkin hari ini adalah rezeki bagi pekerja gomen kerana gaji mereka dinaikkan. Makanya kita harus bersyukur uolss...

Okeh rasanya setakat ini sahaja untuk entry kali ini...jumpa lagi dilain entry.

p/s Panjang pulak entry ni....:P

2 comments:

Anonymous said...

dah prepare segalanya Zura?

DeLinn

AuntieYan said...

Laaaa...tajuk nya 'The Rings'...ingatkan nak cerita pasal cincin tunang ke....??? isyyy!