So, semalam pagi-pagi kitorg keluar untuk ke rumah sewa baru...idok le pagi beno dalam pukul 10am tu kitorg pegi berdua membasuh rumah sewa tu.
Erm....memula aku dok ingat takdela banyak benda nak kena bersihkan dalam rumah tu. Sebab aku rasa penyewa yang lepas baru aje keluar akhir bulan 4 ari tu, dan aku ingat diorg akan bersihkan rumah tu dulu sebelum chow. Tapi bila sampai banyak jugak benda nak kena bersihkan terutamanya toilet. So, menyental lah kitorg berdua membasuh rumah tu. Pastu check jugak bil2 bulan lepas. Bil elektrik dan air ada dalam kotak surat tu. Kata nya penyewa yang lepas nak bayar, tapi dorang tak dtg amik pun bil2 tu...hopefully diorg akan dtg amik bil tu dan bayar. Tidaklah banyak mana pun bil2 nya...tapi since dorang yang guna diorg la yang kena bayar...
Tengok Wayang
Balik rumah sampai dalam pukul 6.45pm. Bersiap-siap nak ke Taman Teruntum lak untuk bbq. Aku benonya bebelah bagi nak pergi ke tak sebab rasa dah penat. Tapi meks pegila jugak. Tak ramai yang hadir, Shala, Zaila, Ila, Siti, Kak Tuty, Ada, Echah dan coach bersama kawan dia je yang datang. Makanan semua Zaila yang sediakan, termasuk segala peralatan. Yang lain semua bawak diri je....terukkan?....Takde sangat aktiviti yang dibuat, sebab last minit punya planningkan....so, pegi makan-makan sambil sembang-sembang ajelah...coach belanja sotong...wah besar-besar sotong-sotong tu....tapi perencah nya takde...kitorg bakar dan cecah dengan sos aje...tapi best jugak makan macam tu...yang pastinya banyak makanan terlebih...siap boleh tapau bawak balik lagi...
Rasanya tahun ni kitorg lagi rapat berbanding tahun lepas. Kalau tahun lepas kitorg cuma berjumpa masa training saje, tapi tahun ni banyak aktiviti makan-makan dibuat dengan harapan untuk membentuk persefahaman antara kitorg. Satu perkembangan yang sihat....hehhehehhe....
Balik rumah pun dah pukul 12.00 malam itu pun Zaila ajak melepak di Teluk Chempedak tapi meks tak kuasa nak pi sana dah penat macam tu terus aje balik rumah lepas bbq...
No comments:
Post a Comment