Sunday, October 29, 2006

Corat Coret Hari Raya

Errrmmm...rasenya dah ramai orang yang dah balik bandar semula selepas cuti beraya kat kampung, maybe dah ramai pun yang start keje hari ni...

Raya tahun ni tak seronok sikit sebab tak dapat pergi sembahyang raya...yang seronoknya dapat pergi umah saudara mara untuk beraya...berjumpa saudara mara and bermaaf-maafan...ramai jugak saudara mara yang balik beraya kat kampung raya kali ni...rasa macam pack je raya kali ni...setiap hari ade saje aktiviti nak dibuat, ade saje tempat/rumah saudara mara yang nak diziarah...dan ramai orang yang datang beraya kat rumah...tak sempat pun nak tengok rancangan2 best kat TV sempena raya...kalau hari raya pertama memang ramaila orang yang datang beraya kat rumah, nak-nak kalau time lepas solat raya..ye la kan, rumah sebelah masjid, so lepas je solat raya, ramai orang akan singgah kat rumah dulu before balik atau pergi berziarah saudara mara yang lain. Memang time tu sibuk sikit melayan tetamu yang datang beraya...

Tahun ni jugak tak pergi beraya rumah kawan-kawan atau tak pergi beraya dengan kengkawan...sebab ramai kengkawan yang dah kawen and ade agenda tersendiri...errmmm...so, cuma pergi beraya rumah saudara mara sahaja...ade jugak seorang dua kawan lama masa sekolah yang datang beraya kat rumah...

Sedikit gambar sepanjang minggu raya...

Belajar buat chill cheese cake the day before hari raya...(rasa dia ala-ala cheese cake kat secret receipe...hahhahhahha)























Sempat jugak hari raya kedua tu bershopping kat Rantau Panjang. Bukan shopping barang sendiri tapi shopping barang kawan2 yang kirim macam toto dan tudung. Sesak yang amat kat Rantau Panjang tu dengan orang dan jugak kenderaan. Sesak- sesak macam ni memang boleh bikin migrain aje...




















Kenderaan yang entah dari mana datangnya...kebanyakkan jalan terutamanya di kawasan bandar sesak dan jam...tensen...dah la kete kita manual...lenguh segala sendi2...















Kain rentang yang sempat di'snap' sepanjang jalan....kui...kui...kui...


















Gambar 2 orang adik masa tunggu sorang lagi adik yang baru balik dari KL...








Sempat pergi jemputan kenduri kawen...ramai jugak orang kawen time-time raya
ni...









Dah lama tak makan nasi kerabu...singgah makan nasi kerabu kat warung....nasi kerabu berlaukkan hati...tapi ade orang makan hati di bulan syawal ni...sabo jerla....hehhehehehhe










Wassalam



Thursday, October 19, 2006

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Semua yang membaca,

Selamat Hari Raya Aidilfitri....mohon maaf atas segala salah silap, kekasaran, terkasar bahasa dan sebagainya...kalau memandu pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya...sentiasa ingat kelaurga dan orang-orang tersayang.

Semoga Syawal kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua....

p/s semalam tengok dokumentari tentang Lubnan yang diserang oleh Israel tajuknya lebih kurang gini "Cekal Menentang Kekejaman Israel". Sedih sangat tengok keadaan orang Lubnan. Bersyukur sebab kita masih lagi boleh menyambut aidilfitri dengan aman damai di bumi bertuah ini.

Wassalam.

Wednesday, October 18, 2006

Zura, You've Got To See This!








Alhamdulillah, semalam baru dapat surat ni dari Pejabat Pendaftar. Rezeki di bulan Ramadhan yang mulia ni...

Berusahalah sebab banyak lagi tugasan yang menanti....caiyok! caiyok!

Tuesday, October 17, 2006

Mood Rayesssssssss

Hari Raya Bahagia - Jay jay

Lemang ketupat semua telah terhidang
Untuk dijamu pada tetamu yang datang
Dipersilakan tua dan muda
Tiba hari raya semua bergembira

Kalau tersilap atau keterlanjuran
Biarlah sama kita saling memaaafkan
Maklum kita hanya manusia
Tak daya melarikan diri dari dosa

c/o Selamat hari raya
Salam sejahtera untuk semua
Sesekali berjumpa kita
Eratkan perhubungan
Kekal persaudaraan

Walau dimana pun jua dikau berada
Semoga berbahagia di hari raya
Hapuskan segala kedukaan
Pengalaman yang pahit usah dikenangkan

p/s Sungguhla tidak sabar nak balik kampung

Sunday, October 15, 2006

Insomnia Part 1

(Berita Harian, Jumaat - 29 Mac 2002)

Kaji selidik yang dilakukan oleh sebuah syarikat farmaseutikal Perancis, Sanofi-Synthelabo (M) Sdn Bhd telah mendedahkan bahawa wanita negara ini tergolong dalam kelompok yang sering menghadapi masalah tidur ataupun insomnia berbanding lelaki dan biasanya wanita yang berada dalam lingkungan 30 hingga 64 tahun didapati mengalami gejala ini, manakala bagi golongan lelaki pula ialah yang berada pada usia 30-39 dan 50-64 lebih ketara mengalami gejala ini. Insomnia dikatakan berpunca daripada tekanan, kerisauan, masalah berkaitan kerja, gaya hidup/alkohol ataupun tabiat tidur. Ia boleh mengganggu sesiapa sahaja, tidak kira lelaki atau wanita, tua atau muda yang boleh menjejaskan kehidupan sosial, emosi, hubungan dengan orang lain, kegiatan sosial, gaya hidup dan juga kehidupan keluarga. Malangnya keadaan ini tidak dilihat sebagai satu masalah kesihatan. Sepatutnya mereka yang mengalami gejala insomnia perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Tuesday, October 10, 2006

Al Fatihah

Semalam aku mendapat berita daripada seorang kawan yang baru kematian tunang. Reaksi aku sedih dan sangat terkejut. Berita sedih macam ini datang secara tiba-tiba. Aku sangat bersimpati dengan situasi yang dihadapi oleh kawan aku ni...Aku harap dia banyak-banyak bersabar dan kuatkan semangat. Tuhan lebih menyanyi arwah tunangnya....

Sesungguhnya Dia tidak akan menguji seseorang hamba itu dengan sesuatu perkara yang hambanya itu tidak mampu hadapi...Jika kita sabar, insyaAllah Allah akan menggantikan orang yang pergi itu dengan seseorang yang lebih baik lagi....Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui...

Wallahualam.....

Sunday, October 08, 2006

Sehari Selembar Benang













Gempaq jugak tajuk nye tu...anyway, sebenar aku baru je habis baca novel ni...tajuknye "Kemana Hati Mu"...sebenarnya aku akan baca satu bab novel ni setiap hari. semanjak 2 menjak ni macam takde mood sangat nak membaca novel...nak kata takde masa nak baca tak jugak...maybe novel ni tak berapa best sangat so, taklah teruja sangat nak menghabiskannya...aku ni jenis yang kan baca setiap page tanpa skip satu page pun...dan selalu nye aku akan amik masa 1 atau 2 hari je untuk habiskan sebuah novel, tapi kali ni hampir sebulan baru habis satu novel....yaaa ampunnnn...lamanya.....

Friday, October 06, 2006

Aku berbuka puasa dengan VIP

Semalam ada Majlis Perasmian Bengkel Soft Skills 2 & Majlis Berbuka Puasa Peringkat Universiti. Aku tak pergi pun masa majlis Perasmian kat ASTAKA tu...masa tu aku kat opis lagi, lagipon pukul 5.15 nak hantar faie ke bus stand dia nak balik Jerantut....so tak dapat la pegi ke ASTAKA(sebenarnya memang malas nak pergi masa perasmian)

Program tu start pukul 5.00 petang macam tu...masa tu aku kat opis lagi...so aku intai-intai je la dari tingkap opis tu bila VIP sampai...sepatutnya Dato Mustapha Mohamad yang datang tapi dia pulak tak dapat then hantar wakil ajela...biasala menteri sibuk memanjang kan?...so lebih kurang 5.15 camtu bila VIP dah pegi ASTAKA untuk perasmian baru le aku pergi hantar Faie then balik rumah...

Kat rumah aku dok melepak aje la sambil baca novel, shairul pulak dia mengikut aku aje, bila aku malas nak gi ASTAKA dia pun malas jugak then balik rumah sama aku...hehhehhehe...bila dekat-dekat time nak berbuka puasa baru la aku keluar then pegi kat tempat jamuan....(bukan nye aku saje nak mengambil kesempatan, time perasmian tak pegi time berbuka puasa lak baru nampak batang hidung)...makanan banyak sangat...ummatnya tak banyak...sebab petang jumaat ramai yang balik awal sebab nak balik kampung, yela kan hari selasa cuti Nuzul Quran ramai yang amik kesempatan berpuasa kat kampung dan bercuti pada hari isnin....so, tak elokkan kalau membazir...so aku pegi ajelah kat tempat jamuan tu...sementelah pulak tempat jamuan tu betul-betul depan pagar rumah aku...kalau tak pegi saje aje la tu....

So, pegi la aku dengan Shairul...memula aku dan shairul mengambil tempat kat tempat staff...ada 3 bahagian tempat makan tu, first tempat makan VIP, ada meja beberapa meja bulat dan makanan dihidang...second tu tempat makan staff...dimana makanan dihidang secara buffet...dan third tempat makan student...makanan dihidang secara buffet juga...student aje yang ramai dan penuh...tempat makan staff kosong dan tak ramai staff yang datang...banyak pulak meja-meja kat tempat VIP tu kosong...kak tim pulak one of the AJK for the event...hehheheee....so bila tgk banyak ruang-ruang kosong kat meja-meja tu dia pun panggil le kitorang untuk duduk kat meja-meja tu...ermmm...meriahhhhhhh makanan nya...penuh satu meja...nak makan pun rasa macam sempit aje...yang best nye ada burung puyuh goreng...susah nak cari tu...

Errmmm...itula korang sape suruh tak datang majlis berbuka puasa tu...tengok tak pasal-pasal je dapat makan makanan yang meriah tu...apa pun Alhamdulillah.....kenyang....

Thursday, October 05, 2006

Entah-entah Restoren Ana lagi....

Nampaknya petang esok aku dan 2 orang housemate aku (Shairul dan Kak tim) akan berbuka puasa diluar untuk pertama kali nya di bulan puasa pada tahun ini....

errmm...lokasi nya masih sama dengan lokasi kami berbuka puasa diluar pada tahun lepas...masih lagi di Restoren Ana, Tanjung Lumpur(kemungkinan besar disitu dan masih lagi tertakluk kepada sebarang perubahan di saat-saat akhir)...tapi Restoren tu ok jugakla bagi aku...makanannya nya sedap dan hargapun tidak terlalu mahal, boleh makan macam2 ikan 3 rasa ade, ikan bakar ada, tomyam udang ada dan sotong goreng tepung pun ada...yum..yumm...air kelapa laut pun best....

Lagi satu di sebelah restoren ni ada satu surau kecil...makanya, takde la masalah untuk kami berlama-lamaan di restoren itu nanti..tapi bila time-time berbuka puasa macam ni tak dinafikan ramai orang sebab banyak lagi restoren2 lain bersebelahan dengan Restoren Ana...maka akan sesaklah surau kecil itu nanti...harus aku kena bawak telekung sendiri supaya tak berebut-rebut telekung kat surau tu nanti...

Gunung Kinabalu










Masih ada kerinduan di situ...
Hati beku dan terbelenggu...

Sunday, October 01, 2006

Cerita Gathering...

Aku rasa dah ramai geng taggers yang update pasal gathering kat rumah ARC dan LB. Orang pertama yang begitu pantas sekali update cerita pasal gathering ni adalah Delinn (cayalah...delinn)...hehheheh
Aku ni sebenarnya tak reti nak bercerita pasal event2 yang berlaku ni, sebab aku tak pandai nak menulis...lagipun aku takde gambar-gambar pasal gathering nak masuk ke sini....takde camerala katakan....tapi takpe nanti aku nak minta gambar2 gathering tu dari ima, delin, alangz dan angah yang bawak kamera masa gath tu....

Tapi memang seronok sangat gath tu...walaupon ni first time aku join gathering, dan aku pun baru 3 bulan menjadi taggers (belum mencapai tahap taggers tegar di tag Joe)...tapi aku rasa macam dah lama kenal semua orang kat gath tu...semua ramah dan kecoh sekecoh di tag jugakla...yang lawak nya...panggil nama semua nama2 nick kat tag jugak...kelako je rasenya...

Yang datang untuk gath tu adalah Delinn, angah, bilal & family, ima, fara & family, kong & family, alangz, yummy, serindit, Royce, coco, sempoii & family, x-men dan Antie Yan. Last but not least, terima kasih bebanyak to tuan rumah Lord Budak and Lady Arc yang begitu sporting dan sabar melayan karenah kitorg yang tak reti-reti nak control sore kalau gelak...hahahaha bising memanjang...makanan semua sedap2 dan rumah arc/LB pun cantik bangat dan besar dannnnnnnnnnnnnnnnnn......sesuaiiiiiiiii untuk dijadikann lokasi gath lagi next time....hehehheheh....jgn serik2 untuk jadi hos gath next time...

Aku pun nak ucap terima kasih kat Delinn dan angah yang sudi menumpangkan aku pergi dan balik ke gath tu...sampai rumah abang aku lepas gath tu, aku rasa penat ya amat sebab banyak sangat gelak...tapi yang pastinye aku begitu kempunan sekali mee bandung fara....peace fara...hehehheheh....Joe dengan xydee pun ada call masa gath tu....dapat jugak la aku dengar sore joe...hahahahha...best la korang semua...(seriously, rase macam tak percaya je aku boleh join gath ni)

Begitu le cerita gathering kali....next time boleh la buat kat kuantan pulak erkk...Kalau nak baca cerita pasal gath ni boleh la jenguk2 blog
fara, Delinn, ima, angah, alangz ....kat situ confirm ada gambar2 pasal gath...