Sunday, March 25, 2007

.......

Semalam dok borak-borak dengan Shairul sambil-sambil iron baju. Shairul lak dok surfing internet. Ni le lebih kurang conversation kitorg.....

Shairul : Lambat nye nak masuk blog Sultan Muzaffar ni
Me : hehehhehe...blog dia banyak multimedia...lambat la sikit
Me : Tahun ni saya tak teruja pon nak baca cerita2 pasal AF kat blog SM ni...nape ntah...
Shairul : Awak ada banyak blog lain nak pi baca...saya itu aje la blog yang saya baca untuk isi masa lapang...
Me : hehehheh...betul jugak...
Shairul : Awak dah update blog ke?
Me : Belum lagi...malas la...
Me : Saya heranla dekat orang2 yang boleh update blog tiap-tiap hari...ade je benda yang dorang nak tulis.
Shairul : Saya lagi heran orang yang ada blog...banyaknya idea dorang nak menulis kan...
Me : Senyum kambing sambil menepuk dahi...(lupa Shairul takde blog....nges..ngess..nges...silap orang daaa....)

Moral of the story...ermmmm...entahla...

Thursday, March 22, 2007

Aku wierd eh?

Benonya aku harap takde org tag aku, tapi nini dah tag la pulak....sebab tak tahu ape yg wierd tentang aku nih...tapi aku cuba gak tulis 6 benda yang pelik tentang diriku....

Syarat-syarat permainan/The rule of the game:
People who are tagged should write a blog post of 6 weird things about them as well as state this rule clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. Don't forget to leave a comment that says 'you are tagged' in their comments and tell them to read your blog.

1. Aku akan tidur bila marah/tensen/geram/sakit hati dsb. Akan tenang semula selepas bangun tidur. Ini bagus ni, at least takdela nak sakitkan hati orang lain bila orang tgk kita tengah tensen tu. Satu lagi kalau aku tensen jugak aku akan bawak kereta laju2 tak henggat punya(yang ni bahaya sikit, sebab tu aku suka tidur je kalau tensen)...

2. Suka gigit biji kekabu dalam bantal. Ni kira tabiat dari kecil. Dulu kecik-kecik kat kampung banyak bantal dibuat dari kekabu. So, malam-malam before tidur berangan-rangan sambil gigit-gigit bantal kekabu. Sampai ke besar ni pun kalau tidur dengan bantal kekabu still rasa nak gigit-gigit je biji kekabu tu.

3. Tak boleh fokus. Aku memang takleh fokus dengan benda yang aku tgh buat kalau time tu ada orang-orang tertentu seperti abah aku, orang yang aku admire, orang yang suka or segan. (Contohnya kalau aku tengah buat presentation or perkara-perkara yang melibatkan ramai org) Mesti aku rasa serba tak menjadi je keje yang aku buat, perasaan gemuruh kat dalam dada tu toksah cerita la...Kalau time dorang semua tu takde aku boleh buat dengan cemerlang je rasa nya....tapi kalau time orang2 berkenaan tu ade...aku jadi tak tentu hala dan semua keje tak jadi....

4. Suka basuh baju tapi malas lipat baju. Aku jenis yang akan tertekan kalau tengok banyak baju tak basuh dalam bekas kain kotor. Baju yang baru pakai 5 minit pun akan angkut sekali basuh. Tapi bila part nak melipat-lipat baju tu memang malas yang amat.

5. Suka jalan sorang-sorang especially kalau pegi beli-belah kat shopping complex. Sebab rasa bebas nak pilih barang2 yang kita suka. Kalau pegi dengan orang mesti tak tahu nak pilih sebab pendapat orang lain-lain. Lagipun takut orang rasa tensen menunggu kita memilih barang lama beno...Aku tak penah lagi pergi membeli-belah dengan lelaki. Rasa malu la nak shopping dengan lelaki, nak pilih barang-barang yang kita suka...ermmm...entahla tak biasa la benonya....segan....

6. Cepat nak marah orang, tapi cepat jugak sejuknya....kira panas baran la tu...pantang ade silap, mula la nak mengomen marah-marahkan. Pastu bila dah sedar buruknya perangai marah-marah tu mula menyesal dan mula la segan nak minta maaf balik dengan orang yang kena marah tu...sava je la...

Emm...nak tag sape erkk...aku nak tag kengkawan seopis le...sapa lagi kalau bukan Kak sue, Imang, Achedz, Shuhada, Azlee and kawan dari UUM ris......that's all....

Tuesday, March 13, 2007

Bosan

Bosan je aku rasa opis hari ni. Ramai sangat orang kat opis aku yg cuti. Maybe sebab cuti sekolah, banyak kenduri or atas sebab-sebab lain. Aku pun ade keinginan jugak nak cuti ni benonya. Tapi aku takde apa-apa plan untuk cuti tu. Takde maknanya kalau aku bercuti, dok kat umah bujang aku tu je....memang takde maknenye lagi baik datang opis....bosan yang amat dok kat rumah. So, kalau aku nak bercuti better aku balik kampung or pergi cuti-cuti malaysia kat mana-mana.

Cite pasal cuti-cuti malaysia ni. Dah lama aku tak kemana2...dulu ada jugak aku pergi ke mana2 dengan housemate aku...pernah gak pergi langkawi makan angin dengan dorang. Sekarang ni rasa susah je nak bergather2 dengan dorang...beban tugas dorang dah makin banyak....makin sibuk kesana-sini dorang tu atas sebab kerja....takat berangan je kitorg ni nak kesana-sini makan angin tapi tak pergi-pergi pun...masuk angin keluar asap je la kata orang....

Semenjak 2 menjak ni aku selalu penat and pressure. Nak kata penat kerja takle teruk mana berkerja setakat dok ngadap komputer je kan...tapi tula...balik dari kerja je aku rasa nak tidor je...sebab penat...maybe aku nak kena makan vitamin banyak-banyak ni, pastu tengok ade kesan tak vitamin-vitamin tu keatas diri aku or hilang tak penyakit penat2 aku tuh...maklumlah umur aku pun dah banyak, dah kena start2 jaga kesihatan diri....aku pun dah start2 minum susu annelene skrg nih untuk tambah kalsium....hahhahhahaha....

Aku lega hari ni Shairul dah balik dari kursus dia kat KL. Cuma Kak Tym je yang akan balik on saturday. Lega aku tak payah dok sorang2 kat rumah, pandang2 dinding or bercakap2 dengan dinding. Tak payah tidur sorang2 lagi....tapikan...skrg nih aku dah berani tidur sorang tutup semua lampu...hahhahahah...dulu jgn harapla...aku ni penakut yang amat...kalau tidur sorang2 dalam bilik harus aku akan buka jugak satu lampu...supaya kalau aku tersedar tgh malam aku nampak sekeliling aku...skrg dah berani sikit...hehheheheh....

wokeyla...itu aje untuk entry kali nih...rajinnye aku update blog hari ni...hari tu kemain malas lagi sampai rasa nak tutup blog.....:P


Sunday, March 11, 2007

Bravo!

Semalam tengok siaran langsung akhir kejohanan badminton All England. Aku ni biasa kalau tengok rancangan sukan memang over sikit....nak-nak kalau tengok sendiri kat tepi gelanggang ataupun siaran secara live memang very the over bagi sokongan.
Apa-apa pun bravo la kat dorang berdua ni Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menang semalam lawan beregu China Fu Haifeng-Cai Yun 21-15, 21-18 dalam masa 35 minit. Tahun 1982 Malaysia last menang Kejohanan All England untuk acara beregu. 25 tahun tu u olss. Mek vangga u olssss.....:D
Tapikan aku kagum lah dengan mat saleh yang ada kat stadium NIA, Birmingham semalam. Dorang ni walaupun mat saleh tetap bagi sokongan kat pasangan Malaysia. Ramai jugak mat saleh yang sokong pasukan Malaysia selain orang2 Malaysia yang ada kat sana. Pastu bila Malaysia dah menang siap bangun bagi penghormatan sambil tepuk tangan lagi. Semangat kesukanan mereka memang kuatkan. Kagum sungguh!
p/s Bila tengok Koo Kien Keat-Tan Boon Heong teringat kat Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiat. Sorang agresif, sorang lagi lemah lembut. Apa-apapun harap mereka berdua terus berjaya...:D

Thursday, March 08, 2007

Semalam

Semalam meks dan housemate kekanyangan yang amat. Petangnya beli makanan kat Pasar Malam. Dah makan satu round. Pastu malamnya Shairul keluar makan dekat Tanjung Lumpur dengan kawan-kawannya yang nak sambung belajar kat obersea. Kitorg kirim beli Sotong goreng celup tepung....makan lagi...Shairul pulak bukan setakat sotong goreng yang dibawak balik, siap bawak balik lala/kupang masak merah lagi....wahhhh...semangatla kitorg makan semalam....

Meks ni bukan ape...saje nak mengurangkan rasa jeles setelah mendapat khabar, ada 2 orang kawan meks, CY (bukan nama sebenar) dan NN (juga bukan nama sebenar) yang katanya makan ayam golek Pantai Dalam sampai tergolek-golek. Memang meks jelessssssssss u olssss.......At least dapat makan sotong goreng boleh gak cover kejelesan meks yang amat ni....hahahahhahah....peace!!!!!!!

Tuesday, March 06, 2007

:D


Hehehheheheheh....akan dihapdet kemudian.....

Friday, March 02, 2007

K etahuilah OlehMU

C&P from email (from Kak Sue kot)...aku suka bangat dgn wording nye! Very Nice :D

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...

Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelepon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawabannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap... Allah SWT TAHU .......

Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan penyakit

C&P dari email....... :D

Maksud firman Allah:
Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi nerakajahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati,tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami(ayat-ayat Allah) danmereka mempunyai mata(tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat(tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi)tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itusebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Merekaitulah orang-orang yang lalai.
(Al A'raaf:179)

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing,gelisah,lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullai)

MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitumelihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkakiayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya)iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu,banyak bertanya tanpailmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki,berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail(beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar diwaktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikirdi waktu pagi dan petang.
Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam,tidur pada tengkuk (belakang kepala),hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Sekian, Wassallam.

Petikan dari buku Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan penyakit (Disusun Oleh : Ibnu Qaiyum)"