Benonya aku harap takde org tag aku, tapi nini dah tag la pulak....sebab tak tahu ape yg wierd tentang aku nih...tapi aku cuba gak tulis 6 benda yang pelik tentang diriku....
Syarat-syarat permainan/The rule of the game:
People who are tagged should write a blog post of 6 weird things about them as well as state this rule clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. Don't forget to leave a comment that says 'you are tagged' in their comments and tell them to read your blog.
1. Aku akan tidur bila marah/tensen/geram/sakit hati dsb. Akan tenang semula selepas bangun tidur. Ini bagus ni, at least takdela nak sakitkan hati orang lain bila orang tgk kita tengah tensen tu. Satu lagi kalau aku tensen jugak aku akan bawak kereta laju2 tak henggat punya(yang ni bahaya sikit, sebab tu aku suka tidur je kalau tensen)...
2. Suka gigit biji kekabu dalam bantal. Ni kira tabiat dari kecil. Dulu kecik-kecik kat kampung banyak bantal dibuat dari kekabu. So, malam-malam before tidur berangan-rangan sambil gigit-gigit bantal kekabu. Sampai ke besar ni pun kalau tidur dengan bantal kekabu still rasa nak gigit-gigit je biji kekabu tu.
3. Tak boleh fokus. Aku memang takleh fokus dengan benda yang aku tgh buat kalau time tu ada orang-orang tertentu seperti abah aku, orang yang aku admire, orang yang suka or segan. (Contohnya kalau aku tengah buat presentation or perkara-perkara yang melibatkan ramai org) Mesti aku rasa serba tak menjadi je keje yang aku buat, perasaan gemuruh kat dalam dada tu toksah cerita la...Kalau time dorang semua tu takde aku boleh buat dengan cemerlang je rasa nya....tapi kalau time orang2 berkenaan tu ade...aku jadi tak tentu hala dan semua keje tak jadi....
4. Suka basuh baju tapi malas lipat baju. Aku jenis yang akan tertekan kalau tengok banyak baju tak basuh dalam bekas kain kotor. Baju yang baru pakai 5 minit pun akan angkut sekali basuh. Tapi bila part nak melipat-lipat baju tu memang malas yang amat.
5. Suka jalan sorang-sorang especially kalau pegi beli-belah kat shopping complex. Sebab rasa bebas nak pilih barang2 yang kita suka. Kalau pegi dengan orang mesti tak tahu nak pilih sebab pendapat orang lain-lain. Lagipun takut orang rasa tensen menunggu kita memilih barang lama beno...Aku tak penah lagi pergi membeli-belah dengan lelaki. Rasa malu la nak shopping dengan lelaki, nak pilih barang-barang yang kita suka...ermmm...entahla tak biasa la benonya....segan....
6. Cepat nak marah orang, tapi cepat jugak sejuknya....kira panas baran la tu...pantang ade silap, mula la nak mengomen marah-marahkan. Pastu bila dah sedar buruknya perangai marah-marah tu mula menyesal dan mula la segan nak minta maaf balik dengan orang yang kena marah tu...sava je la...
Emm...nak tag sape erkk...aku nak tag kengkawan seopis le...sapa lagi kalau bukan Kak sue, Imang, Achedz, Shuhada, Azlee and kawan dari UUM ris......that's all....
3 comments:
ko sama ngan aku part rajin basuh baju malas lipat baju .. and suka shopping sorang2 atas sebab2 yg sama .. wakakakaka ...
see????? kat list ko pun ada yg sangkut ngan aku .. aku baca kat delinn, kat angah, kat anne .. ada je yg sama ngan aku .. patutnya aku tak payah buat list aku kan? kumpul2 korang punya, harus dah cukup 6 wakakakaka ...
fara
tapi part biji kekabu, ko mmg pelik! wkakkakaka
gigit biji kekabu???..udah2 la tu weh...ko kan dh nak kawen..x sesuai nk gigit biji kekabu tu...****lariiiiiiiiiii****
nini
Post a Comment