Monday, April 30, 2007

Selamat Hari Jadi


30 April ni housemateku Shairul akan menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-2X tahun nak cakap umur ke tak ni?.....macam kena tambah je lagi lilin kat atas kek tu? hihihihiihiii........:P

Ucapan standard untuk awak, Shairul ------>

Semoga Panjang Umur,
Semoga Murah Rezeki,
Semoga Happy Sokmo,
Semoga Berjaya Menempuhi Dugaan2 Mendatang....

Shairul ni adalah housemate ku semenjak aku memula Bekerja di UXX start dari Julai 2004 sampai la sekarang....lama kan...Kiranya Shairul ni boleh bersabar dengan kerenah aku...tak pernah ambik hati dengan perangai aku yang kadang-kadang boleh buat orang marah...hehhehehe...kiranya kawan yang boleh dibuli dan boleh pulak membuli aku balik....hahhahhahahha.....apa-apa pun kita tak pernah bergaduhkan? :D

Anyway, aku harap dia akan terus berjaya dalam semua yang dia tempuhi... Dapat hadiah istimewa lagi dari XXX....jeles uolss....ngeh..ngeh..ngeh...

p/s Shairul awak dah tua setahun lagi tau....saya baru nak masuk 23 tahun....hahahhaha...larikkkkkkkkkkkkk........

Saturday, April 28, 2007

Thursday, April 26, 2007

Serabutsssss

Patutlah 2 3 hari lepas rasa tak sedap hati semacam je, macam ada masalah je yang nak berlaku...rupanya memang betul ada masalah yang nak berlaku...selalu sangat aku berhadapan dengan situasi macam ni...situasi bila rasa tak sedap hati, makanya aku sedang nak menghadapi masalah...sampai aku termimpi-mimpi benda yang bukan-bukan sebab terlalu berfikir apa masalah yang bakal aku hadapi...seksa je rasanya....

Bila aku rasa tak sedap hati aku akan lebih senyap dari biasa...aku memang tak banyak cakap...tapi bila rasa tak sedap hati macam ni, aku lagi senyap...takde mood sangat aku nak berborak...last-last aku tidur je untuk hilangkan perasaan ini.....

Hari rabu yang lepas baru aku tahu apa masalah yang bakal aku hadapi tu...training yang sedang aku uruskan ini ada masalah...mungkin bagi sesetengah org bukan satu masalah besar....small matter katanya......tapi bagi aku cukup membuat jiwa aku kacau...selagi perkara ini tak dapat diselesaikan, makanya jiwa aku akan terus kacauuuuuuuuuu....Cepat-cepat lah masalah ini pergiiiii...........

p/s macam le dia sorang ade masalah, masalah orang lain lagi besar tak kecoh pun.....huaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........

Wednesday, April 18, 2007

Marang Yang Ungu

Belum habis lagi rupanya cerita pergi Terangganu nih...:P

Okey, kali ini nak cerita pasal Marang. Marang ni salah satu daerah di Terangganu. Okey, apa yang menariknya pasal Marang.....hehehhehe...memang ada lah perkara yang menarik pasal Marang ni...sebelum tu tengok gambar ni dulu...

1. Papan Tanda Majlis Daerah
Warna ungu kan dia punya papan tanda tu.....

2. Papan Tanda Jalan


Papan Tanda jalan pun ungu...

3. Pagar Jalan
Masih mengekalkan ke'ungu'an nya...

4. Hentian Bas
pun ungu.....
5. Tong Sampah
Selalunya hijau or hitam...tapi dia pun nak jadi ungu gak...
6. Lori Majlis Daerah
Haaa..yang ni tak berjaya diambil gambar. 2 kali terserempak dengan lori Majlis Daerah yang berwarna ungu. Tapi tak berjaya ambil gambar sebab kenderaan tu tengah bergerak, yang nampak cuma asap lori je.....hehehehhehhe
Sebelum ni kalau lalu Marang tak perasan pun tentang benda-benda ni, sebab balik kampung sorang2, nak sampai kampung cepat aje keje nya...kali ni datang dengan Shairul baru terperasan rupanya Marang pun ada warna tema gak....wakkakakka.....

huhuhuhuhuhuhu



Hamboiiiiiiiiiiii....besar gedabak jadual masa latihan tu....rasa macam diperli-perli je....hahahaha...takut weiiiii.....

Monday, April 16, 2007

Terengganu vs Johor

Kui...kui...kui...Terangganu vs Johor...sebenarnya lagi tepat kalau kita buat Gong vs Parit....

Wokey...untuk makluman semua....bulan lepas aku ke Johor...(kuat nau berjalan nih)....gi Batu Pahat...sepanjang-panjang perjalanan tu...asyik ternampak je signboard nama-nama tempat kat Batu Pahat tu start dengan nama Parit kat depan....tak sempat lak nak kira berapa jumlah kesemua nama tampat kat Batu Pahat tu start dengan perkataan parit...sebabnya banyak yang amat....ok ni contoh2 ler yang sempat di noted dalam kepala masa tu...

Parit Raja
Parit Daun..
Parit Yaani
Parit Karjo

Parit Buntar (opssss...ini kat Perak)

Pastu, last weekend gi Terengganu....sepanjang-panjang perjalanan tu banyaklah menempuh tempat2 yang start dengan nama Gong.....contohnya...

Gong Kapas
Gong Badak
Gong Kassim
Gong Balai
Gong Beris

Gong Pasir

Hehehehehe....baguskan....kalau semua nama tempat kat johor start dengan nama Parit...and Terengganu pulak start dengan nama Gong....hahahhaha...alamatnya asyik tersalah nama tempatlah gamoknya nanti....dah semua nama seakan-akan sama...

Sunday, April 15, 2007

Terengganu

Kali ni nak bercerita mengenai kenduri kawen di Terengganu. Best jugak dapat berjalan-jalan kat Terengganu kali ni. Terengganu ni bukanlah satu negeri yang asing bagi diri aku. Setiap kali nak balik kampung aku akan lalu Terengganu. Dah la Kelantan and Pahang berjiran dengan Terengganu, satu pantai timur pulak tu...Memang dah terbiasa dengan negeri Terengganu ni. Tapi aku suka negeri Terengganu sebab bagi aku ia satu negeri yang tenang, banyak pantai yang cantik2 dan bersih.

Hari sabtu yang lepas aku dan Shairul berkunjung ke negeri Terangganu. Kami sebenarnya hendak menghadiri kenduri kawen kawan satu tempat kerja di Kuala Terengganu. Walaupun tujuan asal untuk pergi kenduri tapi kami tak melepaskan peluang meronggeng di Kuala Terengganu. Dah alang-alang sampai ke sana, tak best pulak kalau tak gi jalan-jalan kan. Walaupun aku selalu lalu terengganu masa balik kampung tapi tidak lah pulak terasa nak singgah di Kuala Terengganu untuk jalan-jalan or makan keropok lekor. Lagipun Kelantan & Terengganu bukan banyak beza nya kan. Di Kelantan terkenal dgn kain songket dan batik...Tengganu pun sama. Jadi tidak ada keperluan yang kuat untuk menyingah...tapi kali ni aku meneman Shairul untuk jalan-jalan di Pasar Kedai Payang untuk jalan-jalan dan beli buah tangan untuk keluarga.
Kami bertolak dari Kuantan pukul 8.00am dan sampai lebih kurang pukul 11.00am. Sempat berjalan-jalan dan ambil gambar di Pantai Batu Buruk sebab memang dah berjanji dengan Kak Has and hubby dia untuk berkumpul disitu sebelum ke tempat kenduri. Ermmm...makin cantik pantai Batu Buruk berbanding masa aku datang ke situ tahun lepas. Banyak perubahan.

Selepas ke rumah kenduri, aku and Shairul decide untuk jalan-jalan kat Pasar Payang. Kami bergerak sendiri, sebab Kak Has sudah ade program sendiri. So, aku and Shairul saje yang ke Pasar Payang. Ya ampun......makcik tu membeli belah....ye lah orang N9. Sesekali datang ke Terengganu...borong kain batik tak hengat punya....Aku sekadar tengok ajelah dia memilih kain batik...sambil tengok jugak kalau ade apa2 yang berkenan dihati..yang pastinya aku cuma beli keropok aje....

Kesian jugak Shairul sebab aku tak dapat nak teman dia lelama...kepala aku dah start berdenyut-denyut dan sakit2....maybe cuaca panas pada hari tu...so aku ajak dia balik aje....lebih kurang pukul 3.00 pm kami bertolak pulang ke Kuantan...
.....rasa macam skema je ayat2 aku ni........

Wednesday, April 11, 2007

Biarkan Mendung Ini Berlalu...

Kebelakangan ini banyak perkara-perkara sedih yang berlaku disekeliling. Ada yang aku dengar cerita dari kawan-kawan, ada juga perkara yang berlaku dikalangan kawan-kawan aku sendiri. Ada yang kemalangan jalan raya, ada yang sedang berperang dengan penyakit bahaya, ada yang mengalami masalah keluarga dan sebagainya. Aku rasa sedih....dan simpati sangat. Kuatnya semangat mereka mengharungi kehidupan ini, serta redha dengan dugaan yang dialami.

Kekadang kita rasa masalah kita dah cukup besar untuk kita hadapi, rupanya masalah orang lain lagi besar...

Kekadang kita rasa putus asa dengan dugaan yang mendatang, tapi musibah yang dialami oleh orang lain rupanya lebih perit...


Hanya yang mengalami yang faham perasaan yang sebenar, semoga mereka terus tabah dan semoga kita menjadi orang yang bersyukur....amin

Boleh baca disini juga.

Tuesday, April 10, 2007

Cari Umah Sewa

Dah 2 petang berturut-turut aku and Shairul pergi mencari umah sewa. Hari pertama tu, kitorg pergi ke Taman TM, kitorg pergi ke taman tu dulu sebab ada dapat info satu rumah nak disewa kat fasa 2. Fasa tu rumah2 sederhana besar dan sewanya tak lebih rm300. Okla kan harga sewaan macam tu...takle mahal beno....rumah kat situ ada 3 bilik satu bilik air.

Sesampai di fasa tu jumpa lah rumah yang katanya nak disewakan tapi.....bila call tuan empunya rumah (selepas mengambil no fon yang tertampal kat pagar), tuan umah tu lak kata umah tu nak dijual, kalau nak sewa pun dalam sebulan 2 je....ayyoooo...kata nak sewa, tapi nak jual lak....hisshhhh poningla mokcik jadinya...dah dia kata gitu no point la nak sewa rumah tu kan. So kitorg terus jela ronda-ronda kawasan perumahan kat situ termasuk area depan (fasa 1) rumah yang besar2. Jumpa 2 buah rumah untuk disewakan kat fasa 1 tu tapi sewanya mahal pulak. Satu tu rm400 sebulan dan sebuah lagi rm450. Selepas nego pun harga takleh nak direndahkan lagi. So, kitorg decide untuk cari kat taman MA je la...

Pegi la kami meronda ke taman MA...rasenye senget2 kepala aku drive sambil tgk2 ke tepi kot2 ade rumah untuk disewakan. Memula ronda kat kawasan depan taman je, jumpa 3 bijik rumah untuk sewa. Memula call umah pertama selepas jumpa rumah tu, katanya dah ada org booking, nampak rumah macam bersih, tapi dah dibooking kitorg blah je la...jumpa rumah kedua...oleh kerana dah petang sangat kitorg just no fon je la and terus ke pasar malam kat Jaya Gading untuk beli makanan. Rumah yang ketiga tu cam menakutkan sikit so kitorg decide taknak menyewa rumah tu....Balik rumah fenaattttt yang amat.

Petang semalam sambung lagi nak pi cari rumah sewa tu....janji dengan Shairul nak keluar pukul 5-15pm, tapi aku terlajak sampai 5-20pm baru keluar opis, cian Shairul tunggu aku kat rumah. Balik2 rumah je...tgk Shairul dah mandi, so aku landing2 je atas sofa tunggu dia mandi....memang fenat yang amat rasanya...dan aku dah macam malas nak keluar sebab fenat....habis Shairul mandi dia ajak aku keluar...memula aku kata tak larat nak keluar...dia kata tak kesah tapi takut nanti susah nak dapat rumah kalau kitaorg lambat mencari sebab skrg banyaklak staff baru nak masuk...bila dok fikir2 balik baikle aku cari hari tu jugak sebab rabu dgn khamis aku ade training volleyball...weekend lak nak pi terengganu...bila lagi nak cari rumah kan...so, aku gagahkan diri jugak pegi mencari umah sewa semalam...nasib baik semalam Shairul kata dia nak drive so aku ok je la...

Memula sambung balik cari kat Taman MA. Cari yg bahagian fasa2 belakang...rumahnya baru2 lagi dan besar sikit katanya...bahagian2 depan tu rumah lama2 sikit. Dapatla beberapa bijik rumah yang nak penyewa. Call satu rumah tu katanya sewa rm350, kalau nak confirm kena booking awal and masuk bulan 5...kalau lambat booking dia akan bagi ke sesapa yang confirm awal. Kitorg masuk dalam rumah untuk tengok2 bahagian dalam rumah tu....rumah tu kawasan depan...okla ada 3 bilik, master bed room ada satu bilik air dan satu lagi bilik air kat luar...Kitorg decide untuk tengok dulu kat kawasan...mana tau kalau2 ade lagi rumah yg lagi bestkan. Ronda2 lagi...kat area rumah 2 tingkat, ada le satu rumah nak sewa...just amik no fon tapi tak call pun...kitorg rase rumah tu paling murah pun maybe rm450 kot....tak sangka lak ternampak staf lelaki ICTianss menyewa kat kawasan situ....nampak kete2 dorang....kalau amik rumah dekat situ makanya berjiran dengan dorang la,...tapi rasenye malas nak amik rumah tu sebab malas nak cari housemate baru...cukupla kami bertiga je...

Kitorg decide untuk ke Taman MJ lak...tapi orang kata kat situ kawasan banjir sebab kawasan rendah...cemana pun kitorg nak try2 jugak tgk area situ sebab mana tahu boleh dapat yg lagi baik...ronda punya ronda takde rumah yang untuk disewa...banyakkkkkkkkkkkkkkkk rumah kosong, terbiar tapi takde sebarang no kontek ditampal kat situ...tapi kitorg decide taknak amik rumah2 tu sebab menakutkan sikitla keadaan rumah tu dahla takde grilll....so lepas ronda kat situ kitorg blah je balik rumah.....

Kesimpulannya, harga sewa rumah2 kat kawasan dah naik rupanya...maklumlah kawasan tu paling dekat dengan tempat keje aku...maybe value dia dah naik...so, kami takde choice yang banyak untuk memilih, then kami decide untuk confirm kan aje satu rumah kat Taman MA sebab itu yang paling murah dan ok berbanding dengan rumah2 yang lain. So, secara rasminya buan 5 ni kitorg akan keluau dari rumah sekarang dan tinggal kat rumah sewa tu...ngeh,..ngeh...ngeh...sekarang tgh fikir camne nak mencantikkan rumah tu...kitorg ni mana ade banyak perabot setakat perkara2 asas cam tv, petiais and mesin basuh je...sofa, kerusi meja makan takde....kui...kui..kui..

Sunday, April 08, 2007

All in One

Tadak Ayaq Lagi
Ayoyo...kat umah meks tadak ayaq lagi start dari hari jumaat hari tu...tak tahu dak kali keberapa untuk tahun ni ayaq ni tadak kat umah. Guna ayaq memang jimat habis, mandi pun kena catu. Bukan sebaldi sehari tapikan 2-3 gayung sehari, sedih betul...nasib baik pagi ni ayaq dah ade balik. Boleh la mandi dengan puashati....

Pindah Rumah
Dah 2 tahun rupenya aku dan housemate (Shairul & Kak Tym) duduk menghuni rumah kami duduk sekarang ni....kira cam satu pencapaian yang baik jugak tu...walaupun dengan macam2 dugaan yang kami tempuhi bersama kat situ tapi tetap bertahan...SO, setelah menimbang banyak perkara kami dengan segala hormatnya telah mengambil keputusan untuk berpindah. Tapikan....rumah sewanya baru tak jumpa-jumpa lagi...macamane nak jumpa, kitorg baru sekali meronda-ronda kawasan Tunas Mahkota tu untuk cari rumah sewa...so, gerakan untuk pergi mencari rumah sewa secara besar-besaran akan dibuat pada hari ini. Kalau ade sesapa tahu kat mana ade rumah untuk disewa tapi area-area Taman Seriku, Mahkota Aman or Tunas Mahkota bolehla bagitau...Memang ade pro and Kon juga nak pindah pindah rumah ni...tapi rasa nya dah sampai masa untuk mencari suasana baru kot...

Duit!!!????
Ngeh..ngeh..ngeh...banyak betul berbelanja bulan ni. Menukar tayar kereta 2 biji sama brake pad nye sekali pastu beli itu ini, bayar hutang...so, kewangan meks bulan ni kureng memberangsangkan. Aku berdoa moga2 bulan April ni cepat habis supaya cepat masuk gaji, voley? Eh, hari ni baru 9 april ek? huhuhuhuhu....

Konsert AF5
Hehehhehhe...cerita AF kembali lagi. Rasenye konsert hari sabtu hari tu konsert terbaik untuk setakat AF5 ni start kot. Bestlah sebab Aznil tak skema lagi dah, dah banyak buat lawak and banyak buat gimik2 yang kelakar. Rasenye gimik untuk Farha memang kelakar gileerrrr...terbahak-bahak jugakla aku gelak....Semua persembahan dorang pun best dan menghiburkan terutamanya Ebi and Aizat...hehehhehe...ada harapan nampak gayanya juara AF tahun ni jadi milik orang kepulauan Borneo tu...Apa-apa pun kita tunggu dan lihat ajelah....Meks ni tak afundi pun, tapi sekadar mengisi masa lapang dengan hiburan-hiburan ni, tak salahkan? Ngeh...ngeh...ngeh...

Sunday, April 01, 2007

Selamat Pengantin Baru Angah

Selamat Pengantin Baru untuk Angah dan pasangannya Wan yang telah melangsungkan perkahwinan pada 31 Mac 2007 di Seremban. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin....

p/s harap tak terlambat bagi ucapan ni...dan minta maaf sebab tak dapat hadir majlis.


About Sarah


Aku memang memerlukan subject untuk update blog. Walaupun setiap hari memang ada saje perkara
yang berlaku, tapi aku seolah-olah tak pandai nak memanipulasi perkara-perkara yang berlaku
menjadi satu subject yang menarik untuk diceritakan dalam blog. Mungkin aku tidak pandai
mengarang.


Ok, kali ni aku nak bercerita pasal anak saudaraku, Sarah. Ye, Sarah satu subject untuk ditulis
dalam blog. Setiap kali balik kampung mesti ada perubahan/kemajuan terhadap proses pembesaran
Sarah. Aku gembira melihat dia membesar menjadi kanak-kanak yang sihat. Baru 3 bulan usia dia,
tapi ermmmm beratnya dah 7 kg. Kata nurse yang buat 'checking' terhadap Sarah...bayi
yang umur 6 bulan pun susah untuk mencapai berat macam dia, sihat sungguh anak buah aku ni.
Pipinya makin tembam, yang penting dia membesar menjadi kanak-kanak yang sihat dan cerdik.

Sarah baru belajar hendak merangkak. Dia dah mula belajar terbalikkan badannya dan mengangkat
punggung nya untuk bergerak(merangkak). Tapi dia selalu fail untuk keluarkan satu tangannya yang
tertindih semasa dia terbalikkan badannya. Memula dia cuba keluarkan tangannya...bila lama2
mencuba dan dia tak dapat jugak keluarkan tangannya dia akan menangis. Kami semua tidak dapat
membantu dia keluarkan tangan nya....kerana dia perlu berusaha sendiri untuk keluarkan tangan
itu. Apa yang kami boleh buat hanya terbalikkan semula badan dia menelengtang dan beri semangat
kepada dia untuk mencuba semula. Seronok tengok tapi kadang2 kesian juga tengok dia...rasa nak
je tolong dia keluarkan tangan tapi apakan daya...dia kena cuba sendiri sampai dapat. Tapi yang
pasti dia seorang kanak2 yang tak mudah putus asa, cuba dan terus mencuba...good girl!

Satu lagi kemajuan Sarah, dia sudah boleh pegang botol susu sendiri. Tapi selalu sangat botol susunya terjatuh...tangan dia tak kuat lagi tuh...Satu lagi aku suka tengok dia tengok tv...ecspecially kalau dia tengok cerita cartoon yang colourful...dia akan gelak ngekek-ngekek sorang-sorang, macam cartoon tu bercakap dengan dia...comel sangat....hehehehhehe

Apapun aku harap dia akan membesar sebagai anak yang sihat, dan berjasa pada semua orang disekelilingnya. Kalau kena didikannya, insyaAllah dia akan menjadi manusia yang berguna.