Sunday, April 01, 2007

About Sarah


Aku memang memerlukan subject untuk update blog. Walaupun setiap hari memang ada saje perkara
yang berlaku, tapi aku seolah-olah tak pandai nak memanipulasi perkara-perkara yang berlaku
menjadi satu subject yang menarik untuk diceritakan dalam blog. Mungkin aku tidak pandai
mengarang.


Ok, kali ni aku nak bercerita pasal anak saudaraku, Sarah. Ye, Sarah satu subject untuk ditulis
dalam blog. Setiap kali balik kampung mesti ada perubahan/kemajuan terhadap proses pembesaran
Sarah. Aku gembira melihat dia membesar menjadi kanak-kanak yang sihat. Baru 3 bulan usia dia,
tapi ermmmm beratnya dah 7 kg. Kata nurse yang buat 'checking' terhadap Sarah...bayi
yang umur 6 bulan pun susah untuk mencapai berat macam dia, sihat sungguh anak buah aku ni.
Pipinya makin tembam, yang penting dia membesar menjadi kanak-kanak yang sihat dan cerdik.

Sarah baru belajar hendak merangkak. Dia dah mula belajar terbalikkan badannya dan mengangkat
punggung nya untuk bergerak(merangkak). Tapi dia selalu fail untuk keluarkan satu tangannya yang
tertindih semasa dia terbalikkan badannya. Memula dia cuba keluarkan tangannya...bila lama2
mencuba dan dia tak dapat jugak keluarkan tangannya dia akan menangis. Kami semua tidak dapat
membantu dia keluarkan tangan nya....kerana dia perlu berusaha sendiri untuk keluarkan tangan
itu. Apa yang kami boleh buat hanya terbalikkan semula badan dia menelengtang dan beri semangat
kepada dia untuk mencuba semula. Seronok tengok tapi kadang2 kesian juga tengok dia...rasa nak
je tolong dia keluarkan tangan tapi apakan daya...dia kena cuba sendiri sampai dapat. Tapi yang
pasti dia seorang kanak2 yang tak mudah putus asa, cuba dan terus mencuba...good girl!

Satu lagi kemajuan Sarah, dia sudah boleh pegang botol susu sendiri. Tapi selalu sangat botol susunya terjatuh...tangan dia tak kuat lagi tuh...Satu lagi aku suka tengok dia tengok tv...ecspecially kalau dia tengok cerita cartoon yang colourful...dia akan gelak ngekek-ngekek sorang-sorang, macam cartoon tu bercakap dengan dia...comel sangat....hehehehhehe

Apapun aku harap dia akan membesar sebagai anak yang sihat, dan berjasa pada semua orang disekelilingnya. Kalau kena didikannya, insyaAllah dia akan menjadi manusia yang berguna.

No comments: