Thursday, September 25, 2008

Aku Kena Tag?

Dah lama aku tak kena tag. Kali kena tag dari Nini.


Person who been tagged only need to copy the image below and post it in your blog. Then continue this tag to the minimum of 5 muslim bloggers that you know. Don't forget to leave a comment in their blog and write down your blog address after the blog address of the person who tagged you.


Got the tag from:antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com, juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney sofiaroxy, Zhoewynz.blogspot.com, UmmiRosma, Munirah Abd, theorangelily.blogspot.com, lilred799.blogspot.com, thecuppycakeyumyum.blogspot.com, shikinsaiful.blogspot.com, azmiworld.blogspot.comombaktakjahat.blogspot.com,zliah.blogspot.com,alia-cikedil.blogspot.com,airyahoney.blogspot.com, annhani.blogspot.com, cerita-nini.blogspot.com, wfazura@blogspot.com

Komen aku :
Mekasih Nini.....Raya2 sempat ko menge'tag' orang ye....hehehhehe

Tapi aku tatau nak hantar tag ni ke sapa lagi?....Kalau ade sesapa nak kena tag sila angkat tangan....

Monday, September 22, 2008

Projek Kuih Raya

Raya tahun ni memang sgt berbeza dgn tahun2 yang sudah. Bukanla sebab tahun ni aku tak balik beraya kat Kg, memang balik tapi kali ni balik dgn suami. First time beraya dengan suami....aku tak dapat nak bayangkan macam keadaan nya, suasana dan perasaan nya nanti....seronokla kot...itu aje yang aku bayangkan....mesti bayangkan yang baik-baik sahaja...barula teruja nak sambut raya...hhehehhe

Tahun ni jugak, untuk pertama kalinya aku kena fikir sendiri nak buat kuih raya ape, ye la untuk rumah sendiri kan...kalau dulu2 mak aku dah setkan nak buat kuih raya apa dan before aku balik cuti raya, mak aku dah siap-siap beli barang-barang buat kuih, aku balik just buat je...in fact, setiap tahun buat kuih raya yang sama....hahhahaha...

Memang aku dah teruja sangat nak buat kuih raya ni...semalam dah pergi beli oven dgn hubby kat Tesco...memang dah lama nak mencari tapi kali ni je baru hubby belikan, maybe sebab nak raya kot + hadiah besday aku. Aku pon malam tadi jugak menggodek pc cari resepi-resepi biskut yang berpotensi untuk dibuat tahun ni. Nasibla ade resepi-resepi tahun lepas-lepas yang aku simpan dlm pc ni. So, dengan jayanya aku dah pilih 4 resepi. Biskut tart, biskut honey conflakes, biskut choc chip dan almond london. Tak maula banyak-banyak sangat sebab aku nak buat sorang-sorang, takut tak terdaya nanti. Aku listkan sekali barang-barang untuk buat biskut ni...sebab petang ni aku dah set nak keluar untuk beli barang-barang tu...wah...semangat sungguh ni...tapi ada orang dah start buat pon kuih raya, aku je yang terhegeh-hegeh baru nak buat...tu pon weekend nanti, bukan skrg....harap-harap sempatla aku buat nanti...

Ok...aku dah teruja sangat nak buat kuih raya ni...semoga projek buat kuih raya ni berjaya....:D

Monday, September 15, 2008

16 September Yang Dinanti

Mungkin bagi sesetangah orang tarikh 16 september 2008 adalah tarikh keramat yang dinanti-nanti, tapi bagi aku setiap tahun tarikh tersebut memang sentiasa dinantikan. Kenapa? kerana pada tarikh tersebut lah aku mula menjenguk dunia 28 tahun yang lalu. 16 September adalah hari tua aku.

Alhamdulillah, tahun ni tarikh itu datang lagi. Dah makin tua aku rupanya dan untuk pertama kalinya, aku bergelar isteri...hehehehe...aku pon masih lagi konfius dgn status aku ni....kadang-kadang rasa macam tak kawen lagi...hehehhe. Ye la maybe faktor duduk berjauhan dengan hubby menyebabkan kadang-kadang aku rasa macam aku tak kawen lagi...

Anyway, sempena birthday aku pada tahun ni...aku nak wish diri sendirik dengan ucapan-ucapan berikut :

1. Selamat menyambut hari lahir.
2. Semoga dimakbulkan doa-doa yang sentiasa dititipkan kepada Yang Maha Esa.
3. Semoga panjang umur dan murah rezeki.
4. Semoga menjadi insan yang lebih baik dan bertakwa.
5. Semoga dipermudahkan perjalanan kehidupanku, hubby dan keluarga kami...

Aminnnnnnnnnnnn

Sunday, September 14, 2008

Pindah Rumah

Weekend kali ini memang sungguh memenatkan. Walaupon penat tapi puas hati. Aku dan hubby telah mengambil keputusan untuk pindah rumah dari rumah lama di Seri Kembangan ke Bandar Mahkota Cheras.

Rancangan untuk pindah rumah dah lama dibuat, cuma kali ni nasib kami baik, bertemu dengan rumah yang sesuai untuk disewa. Rumah teres 2 tingkat, dengan sewa RM 450. Murahkan....rumah pon besar, memang sungguh berbaloi. 4 bilik dgn 3 bilik air. Master badroom pon besar amat, boleh main kejar-kejar lagi kat dalam bilik tu. Hehehehe.....Kawasan sekitar pon ok, dan boleh dikatakan senyap, takde bunyi bising kenderaan dan sebagainya, cuma sekali sekala tu dgr la jugak suara anjing menyalak. Kat situ adalah jugak sekor dua anjing belaan jiran tetangga.

Sehingga ke hari ni rumah baru tu belum habis dikemas lagi. Nasib baik ada Shah tolong kami berdua untuk kemas rumah bermula dari hari jumaat lagi hinggala ke hari ahad. Hubby pulak dah seminggu packing barang2 dari rumah lama untuk diangkut pada hari sabtu nye ke rumah sewa baru kami.

Dari pagi jumaat lagi hubby, yang bercuti hari tu dan Shah pergi membersihkan rumah tersebut. Basuh dan samak sekali. Aku pulak petang jumaat baru sampai dari kuantan, so malam tu baru pergi tolong hubby basuh cermin dan tingkat rumah.

Hari sabtunya pulak, pagi-pagi lagi pergi sambung packing barang dirumah lama. Tengaharinya, kami keluar sekejap ke MINES untuk cari langsir. Beli langsir yang dah siap je senang, lagi pon dekat-dekat nak raya ni memang susah nak cari tailor untuk jahirkan langsir. pukul 2.30pm lori datang untuk angkut barang2 tu. Hambik ko, rumah tingkat 5 jenuh jugak naik turun tangga angkut barang2. Kesian pulak aku tgk pekerja-pekerja Indon tu. Tapi dorang tu happy je buat keje. Lebih kurang pukul 5.30pm barulah semua barang2 siap diangkut ke rumah sewa baru. Malam tu bermulalah projek mengemas rumah tu....dan membawak la sampai ke hari ahad. Tu pon sehinggala ke petang ahadnya, rumah tu belum betul2 habis kemas....tingkat atas boleh dikatakan sudah habis dikemas, cuma tinggal tingkat bawah banyak lagi barang2 yang belum di 'unwrap'kan dan masih lagi berada dalam kotak2 atau plastik. Memang sungguh memenatkan...huhuhuhu

Sepanjang weekend tu berbuka rumah MIL je, sib baik MIL sporting siap bekalkan makanan utk bersahur lagi...hehehe...nasibla kan, berpindah rumah di bulan ramadhan ni, memang betul-betul menguji kesabaran.