Sunday, March 30, 2008

Pantai Balok...

Sepanjang jalan patah balik ke Kuantan dari Cherating tu aku ada juga singgah di hotel/resort. Kebanyaakannya takde tempat yang sesuai untuk bercamping dan kawasan pantai yang kurang cantik. Jadinya, aku terus saje singgah di Pantai Balok yang sememangnye terkenal dengan tempat untuk bercamping.

Tak dinafikan pantai Balok ni mempunyai kawasan yang luas untuk bercamping. Pantainya pun boleh tahan. Ada tempat untuk buat aktiviti pantai seperti bola tampar pantai dsb. Tempat bercamping ini jugak bersih sebab diselenggara oleh Pihak MPK dan ia dilengkapi dengan barang peralatan untuk camping macam point untuk elektrik, khemah boleh disewa, toilet, surau serta BBQ Pit dan juga tempat untuk memasak. Segala barang-barang tu boleh disewa dengan pihak MPK dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan. (Senarai barang dan harga ada dalam brochure)

Untuk makluman semua, pihak MPK jugak menyediakan asrama dalam kawasan camping bagi yang memerlukan tempat penginapan lain selain camping. Di samping itu ada satu resort kalau memerlukan tempat penginapan lebih selesa. Resot ni nama dia Fantasia Beach Resort dan terletak disebarang jalan tempat bercamping.

Tak retila nak cerita selanjutnya. Tapi takpe aku dah ambik gambar dan brochure2 yang sepatutnya, nanti nak emelkan kepada Delinn.

Sekain.....


Cherating

Memula servey tempat untuk camping tu, aku pergi ke Cherating. Tak dinafikan pantai Cherating ni memang cantik dan landai. Cumanye takde tempat yang disediakan untuk camping. Disepanjang jalan pula dipenuhi dengan resort, hotel dan jugak kedai-kedai makan serta kedai cenderamata. Tapi tak se'happening' pantai Chenang kat Langkawi. Ahakzzz..... Tengokla gambar-gambar di bawah.

Pantainye landai, tapi takde tempat untuk camping. Tengokla toilet dia, kecik dan tak terurus(seram pon ade)(Sila tgk gambar terakhir), surau pun takde. Biasanya tempat ni hanya sesuai untuk orang yang berpicnic sahaja.

Friday, March 28, 2008

Ada Misi Penting

Esok ada misi penting untuk dilaksanakan. Aku kena servey tempat untuk camping di Cherating atau pun area Balok. Delinn pun dah tanya hari tu, so aku kena bergerak pantasssss...zasss..zasss...

Alkisahnya, orang-orang atasan Kelab Reban dah bermesyuarat masa gadering kat rumah ARC/LB pada 1 Mac 2008 lepas pasal gegar ni. Katanya nak buat gegar secara bercamping pulak tahun ni. GEGAR OTAK katanya. Aku excited sangatla coz camping/gegar kali ni nak dibuat di Cherating. So, disebab aku kerja disini, makanya aku pun ditugaskan untuk servey tempat-tempat yang sesuai untuk camping. Camping nih cadangnya nak dibuat bulan JUN ni. Aku pulak langsung tak mencari lagi tempat-tempat yang dikira sesuai untuk bercamping ni. Lagi cepat lagi bagus coz bulan jun tu dah tak lama. Nanti banyak lagi kerja yang nak dibuat. Sebagai ahli kelab yang baik (borang nak masuk ahli kelab tak isi lagi ni) aku akan menyervey semua tempat yang dikira ada prospek besar untuk menjalankan aktiviti gegar ni. So, u olss tunggu je la update dariku berkaitan aktivi servey yang dijalankan esok....

Banner untuk gegar kali ni dah naik kat blog Joe, blog aku belum naik lagi. Blog u olsss bila lagi wei?????

Thursday, March 13, 2008

10 Sebab

Banyak sangat pulak rasanye kalau 10 sebab tu. Takpelah kalao tak tak cukup 10 buatla setakat termampu je lah.

10 Sebab kenapa blog ni tidak diupdate :

1. Tengah Mencari masa yang sesuai untuk menulis blog --> Alasan
2. Tengah Mencari Idea Untuk Menulis Blog--> Alasan
3. Sibuk Dengan Kerja Di Pejabat --> Alasaaannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
4. Takde Benda Menarik Berlaku --> Alasan
5. Ada benda nak tulis, tapi tatau nak tulis supaya cerita tu jadi best --> Alasan
6. Malas --> Bukan Alasan
7. Penat --> Alasan
8.
9.
10.

Nampaknya aku ada alasan yang kukuh untuk menutup blog. Huhuhu....

Monday, March 10, 2008

Sodihhhhh

Baru terbaca blog ni....sodihhhhh...sodihhhh....memula baca entry yang latest-latest je..tapi lepas tu baca pulak entry yang awal-awal...tidak lah sampai menangis beria-ria sangat tapi sempatlah jugak mata ni berair bila baca entry-entry yang dia tulis...aku cuma membayangkan kalau aku berada di tempat dia...dan kehidupan tanpa orang tersayang....huhuhuhuhuhuhu...sedihnye....