Sepanjang jalan patah balik ke Kuantan dari Cherating tu aku ada juga singgah di hotel/resort. Kebanyaakannya takde tempat yang sesuai untuk bercamping dan kawasan pantai yang kurang cantik. Jadinya, aku terus saje singgah di Pantai Balok yang sememangnye terkenal dengan tempat untuk bercamping.
Tak dinafikan pantai Balok ni mempunyai kawasan yang luas untuk bercamping. Pantainya pun boleh tahan. Ada tempat untuk buat aktiviti pantai seperti bola tampar pantai dsb. Tempat bercamping ini jugak bersih sebab diselenggara oleh Pihak MPK dan ia dilengkapi dengan barang peralatan untuk camping macam point untuk elektrik, khemah boleh disewa, toilet, surau serta BBQ Pit dan juga tempat untuk memasak. Segala barang-barang tu boleh disewa dengan pihak MPK dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan. (Senarai barang dan harga ada dalam brochure)
Untuk makluman semua, pihak MPK jugak menyediakan asrama dalam kawasan camping bagi yang memerlukan tempat penginapan lain selain camping. Di samping itu ada satu resort kalau memerlukan tempat penginapan lebih selesa. Resot ni nama dia Fantasia Beach Resort dan terletak disebarang jalan tempat bercamping.
Tak retila nak cerita selanjutnya. Tapi takpe aku dah ambik gambar dan brochure2 yang sepatutnya, nanti nak emelkan kepada Delinn.
Sekain.....
No comments:
Post a Comment