Biasalah aku ajak dia makan kat Phuket Delight tu. Selalu kalau makan dengan dia kami makan kat situ aje. Sesampai kat Kedai makan tu terus je aku rasa lapar. Dah le sepanjang hari tu aku cuma makan seketul roti canai dengan seketul kuih je. Patutla lapar yang amat.
Kami order udang celup tepung, tomyam ayam, kailan ikan masin, telur dadar and sambal belacan. Oleh kerana dedua tengah kebulur tak makan tengahari memang habisla semua makanan. Tapi of course le Ikin akan jadi tukang habiskan semua makanan.
'Orang jadi tong sampah ek hari ni' Dia tanya aku. Aku gelakkan aje soalan dia tu. Memang pun, dia selalu jadi majlis daerah tak bertauliah. Nak buat macamane perut aku dah takleh nak masuk makanan lagi. Terpaksala dia habiskan semua.
Tapi puashati le makan semalam, semua makanan habis. Licin pulak tu. Berbaloi membayarnye. :D
