Hari ni update blog versi orang takde idea....walaupun banyak aktiviti yang berlaku tapi cam malas nak tulis kat blog...bior je la...bukan penting sangat pon....:P
Ermmm....rasa cam sekejap je baru masuk tahun 2007, tapi dah masuk bulan ogos, bulan merdeka...aku nih dok sibuk isi borang peraduan Anak Merdeka Petronas tu, tapi bila masuk tang slogan tu memang fail, bab-bab jawab soalan aku suka sangat sebab tak susah soalannya, tapi slogan tu ya ampunnnnn susahnya nak buat...balik2 ayat yang sama jugak, ayat yang tak best tu....kenapalah mesti ada slogan kan? tertekan je rasa...ekekekke...
Cerita bab bulan ogos ni, banyak date2 penting yang kena ingat rupanya...hehehhehe...hari lahir orang2 tersayang, nak renew roadtax kete sama lesen dan tak lupa hari merdeka....fuh...idokle banyak mana pon kan....semua nya date yang dekat-dekat je tuh....
Mereka yang lahir dibulan merdeka ini
1. My Sister - 01 Ogos
2. My Father - 15 Ogos
3. My Fiancee - 11 Ogos
4. My Friend - Sempoii - 06 Ogos
5. My Friend - Delinn - 11 Ogos
* ade yang tertinggal ke nih?
Anyway meh kita baca ciri-ciri orang yang lahir di bulan merdeka ni, tak pasti setakat mana tahap kebolehpercayaan kajian bulan kelahiran ni tapi layan je lahhhhhhhhhhh
OGOS
* Suka berlawak dan ceria
* Orang Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan, menulis & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan
* Gemarkan warna biru & hitam
1 comment:
I dun like blue!!!! Big NO NO!
DeLinn
ehehehehe
Post a Comment