Sunday, October 19, 2008
Jemputan
Salam Semua,
Semua yang membaca,
Disini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menjemput anda semua ke majlis hari raya dan juga Gathering Raya Reban Ayam 2008 bertempat di kediaman kami (Alangz & Zure) seperti di bawah:
Tarikh : 26 Oktober 2008 (Ahad)
Masa : 2pm - malam
Tema : Portluck
Pakaian : Baju Raya
Menu Utama Kami : Mee Bandung Ala-ala mee bandung Muar
Jemputan ini tidak hanya terbuka kepada ahli reban, ahli bukan reban juga amat dialu-alukan untuk hadir memeriahkan lagi majlis ini. Sila lah datang ye....
Entry yang berkaitan boleh baca Alangz, Yam dan Joe.
Sekian, Terima Kasih.
Thursday, October 16, 2008
Sepi
Friday, October 10, 2008
Jintan Hitam
Aku baru google resepi untuk buat masak lodeh atau lontong, sebab aku plan untuk buat masak lodeh untuk jamuan hari raya kat opis. Tapi masalah sekali bila dalam resepi tu ada masukkan sekali jintan. Aku memang tak berapa tahu hal-hal berkaitan jintan-jintan ni. Memang tak berapa kenal dan tak mengambil tahu. So, googlekan juga anak beranak jintan ni. Ada 3 jenis jintan yang aku jumpa semasa meng'google'kan jintan-jintan ni. Jintan manis, jintan putih dan jintan hitam. Hari ni kita belajar mengenai jintan hitam dulu....yezzzerrrr

Nama Tempatan: jintan hitam
Nama Saintifik: Nigella Sativa
Nama Lain: Black cumin,Kalonji, habbatus sauda, black seed, love in the mist, fitches,black caraway, black onion seed,charnushka
Famili: Ranunculaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan rempah
Asal:
keterangan:
Jintan hitam telah digunakan sejak dahulu kala , asalnya ia digunakan oleh orang-orang parsi dan shonaiz dalam masakan dan perubatan mereka.Ia berasal dari kawasan medditeranean, namun kini ia juga ditanam di Afrika utara dan sesetengah bahagian asia seperti india.Pokok jintan hitam mempunyai daun yang halus dibahagian bawah manakala bahagian yang hampir dengan bunga dan pucuknya mempunyai daun yang agak besar (5 -10 cm panjangnya) dan menyerupai pokok fenel. Jintan hitam dihasilkan dari bijinya.Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih.Tumbuhan semusim ini mencecah antara 12 hingga 18 inci ketika matang(ketika bijinya dituai).Buahnya pula berbentuk kapsul yang mengandungi banyak biji-biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal.setelah matang kapsulnya terbuka dan biji-biji ini akan bertukar menjadi hitam selepas terdedah pada udara.Minyak dari jintan hitam ini dijumpai dalam kubur Firaun yang terkenal, Tuthankamen. Ia juga digunakan oleh cleopatra untuk kesihatan dan kecantikannya.
kegunaan:
Ia digunakan dengan banyaknya dalam garam masala.Hipoccrates menggunakan jintan hitam sebagai penawar untuk masalah hati dan penghadaman.Ia juga digunakan oleh ahli perubatan greek lain untuk mengubat sakit gigi,sakit kepala, hidung tersumbat dan masalah parasit usus seperti cacing.Ahli perubatan islam yang terkenal Ibnu Sina didalam bukunya , mencadangkan jintan hitam digunakan untk meningkatkan metabolisme dan menaikkan semangat.Jintan hitam juga di kenali sebagai BRM(biological response modifier) kerana satu kajian di barat menunjukkan ekstrak dari bijinya adalah toksid kepada sel kanser (kajian dijalankan dimakmal terhadapat tikus. Ia juga dapat menghalang darah dari menjadi toksid yang disebabkan oleh ubat anti kanser cisplatin.Kajian makmal juga menunjukkan sel kanser yang disimpan dalam inkubator bersama ekstrak jintan hitam tidak dapat menghasilkan faktor untuk pertumbuhan (fibroblast growth factor) dan protein berkalogen yang diperlukan untuk perlukan untuk pertumbuhan tumor.Selain itu ia juga dapat meningkatkan sistem pertahanan badan yang berkait dengan sel darah putih.Bagaimanapun, penemuan ini masih diperingkat kajian lagi.Pautan jintan hitam:
1. http://www.shamanshop.net/store/proddetail.cfm/ItemID/16303.0/CategoryID/15500.0/SubCatID/3735.0/file.htm
2. http://www.shamanshop.net/store/proddetail.cfm/ItemID/16303.0/CategoryID/15500.0/SubCatID/3735.0/file.htm
3. http://www.planetherbs.com/articles/nigella.html

Monday, October 06, 2008
Puisi Tun 2000
Dan di belakang mereka tidak melihat
bayang-bayang belenggu halimunan
yang lebih ganas daripada segala yang ganas
kita pun akan kehilangan harga dan erti diri
mengapa diundang mereka
dan mereka tiba-tiba berada di depan pintu rumah kita?
Kita telah bangun dengan segala kepayahan
membuka belantara dan mempertahankan warisan
kita tafsir merdeka mengikut acuan sendiri
merdeka kita dengan fikiran
dan kita pertahankannya dengan fikiran
dunia sudah melihat kita
dunia sudah menghormati kita
Timur dan Selatan mengharapkan kita
mereka datang berbondong-bondong mencari bumi ini
perlindungan dan erti hidup
mengapa kita sendiri masih belum mahu melihat
dengan tangan masih terbelenggu ke belakang
dan hanya sesekali menjulangnya
mengikut rentak genderang dunia matahari terbenam?
Bijak pandai pernah berpesan
‘mereka yang tidak belajar dari sejarah mereka didera
dengan mengulangi kesalahan-kesalahan mereka berkali-kali’
sejarah mengajar kita betapa kukuh sesuatu bangsa
akan tetap kecundang bila ditikam dari belakang
mengapa kita mula halalkan sejarah hitam berulang?
Nasib kita genggam
dengan tangan sendiri dan segala kudrat kurniaan
kita jalin kekuatan sulaman kasih bangsa
kita didihkan dia dengan tradisi semangat juang
maruah bangsa kita julang ke mercu alam
kita bangunkan suatu tamadun cinta damai
di sini kita ajar anak-anak kita erti sayang
di sini kita tawarkan dunia menaja kemanusiaan
dan bukan alat peperangan
dunia belajar erti merdeka sejati
mempelajari dan menerima segala perbezaan
merdeka menafsir hidup tanpa paksaan kuasa
Di sini kita yakin segalanya boleh
Di sini kita yakin segalanya boleh
Itulah erti kemerdekaan
Puisi oleh: Tun Dr. Mahathir Mohamad, 2000
Subscribe to:
Posts (Atom)