Salam semua,
Ketika entry ini ditulis, tinggal lagi lebih kurang 9 hari kita akan menyambut kehadiran bulan september. Bagi aku ia satu penantian yang agak lama...walaupon bagi yang lain sungguh cepat masa berlalu... :)
Iye...ia adalah satu penantian yang sungguh lama semenjak feb 2008. Dulu aku tidak pasti bila akan hadirnya saat itu, tapi kini ia sesuatu yang pasti kehadiran nya. 1 September 2010 adalah tarikh bermulanya kerjaya baru suamiku disini, dibumi kuantan yang bertuah ini....Alhamdulillah akhirnya semua nya telah menjadi pasti.
2 tahun lebih penantian ini, bagi ku berat dan lama sekali. Banyak air mata yang tumpah, dan pernah juga aku berputus asa kerana rasa tidak mampu lagi menangggung dugaan ini. Tapi aku yakin segala ketentuan itu ada sebab dan musababnya. Allah yang lebih mengetahui.
Bukan sedikit masa, tenaga dan wang ringgit yang aku keluarkan dalam usaha untuk bertukar kerja ke KL, memang hampir semua kerja yang ada dan sesuai dengan kelayakan aku mohon. Tak terkira bilangan nya dan semuanya mendukacitakan saja jawapannya....tapi disaat-saat aku hampir untuk dapat keje di salah sebuah IPTA, tetiba kami dapat berita gembira yang suamiku dapat berpindah kerja disini. Tentu ada hikmahnya jika ini perancangan Allah untuk kami.
Kini kami sedang mengira hari untuk melalui fasa baru dalam kehidupan ini. Doa kami agar hari depan kami dipermudahkan dan semoga kami dapat melaluinya dengan ketenangan dan kebahagiaan. Semoga dugaan2 lalu menjadi panduan dan tidak sekali-kali melalaikan kami dalam melalui hari2 mendatang kami sebagai sebuah keluarga yang lengkap. Semoga Allah permudahkan semuanya....amin...
Saturday, August 21, 2010
Sunday, July 18, 2010
19/07/2010
Saya agak happy untuk start minggu ni....rasa lega, happy dan semua perasaan yang baik2 sahaja. Walaupon hari ni hari isnin, tapi takde pon perasaan monday blues hari ni :)
Maybe sebab me and my hubby dah ada kata sepakat untuk balik kampung hujung minggu ni. Kalau sebelum kitorg asyik tak jumpa tarikh yang sesuwai untuk balik kampung. Asyik berubah-ubah je tarikh nye....sampai saya pon naik darah....huhuhuhuh....tapi since kami dah mencapai kata sepakat so rasa lega teramat2 la.....ye la kami dah lama tak balik kampung, last balik pon bulan Feb yang lepas, dah berapa bulan kan tak balik...memang kena balik, untuk melawat kakak ipar yang tengah sakit, dan mealwat nenek saya yg tak berapa sihat....anak sedara yang baru lahir pon saya tak pergi melawat lagi....yang penting sekali musim buah durian dah nak habis ni....kempunan karang nak makan durian yang sedap2....
Nak tunjuk sikit apa yang kami makan hujung minggu yang lepas....Hujung minggu lepas sempatbuat Tortilla With Smoked Chicken.

Friday, July 16, 2010
Berita Sedih
Dalam seminggu ni saya menerima beberapa berita baik dan ada juga berita buruk. Walaumacamanepon, untuk hari ini saya kan menceritakan berita sedih kerana hati saya tak mampu menahan kesedihan berhadapan dengan berita ini.
Jika sebelum ini, saya pernah mendengar/membaca mengenai kecuaian doktor semasa melakukan pembedahan atau merawat pesakit. Semua itu hanya berlaku ke atas orang lain, dan saya jarang mengambil port tentang berita sebegitu. Setakat mendengar atau membaca kisah sebegitu kemudian saya lupakan kisah itu, mungkin kerana saya tidak mahu memikirkan lebih dalam mengenai kisah tersebut. Mungkin juga kerana ia terjadi kepada insan lain, bukan pada ahli keluarga terdekat saya.
Tapi kali ini, kisah ini berlaku betul2 pada keluarga terdekat saya. Memang sedih kerana kami amat baik dan saya ibaratkan dia sebagai kakak saya sendiri walaupon dia hanya kak ipar saya. Kisahnya begini, dua bulan yang lalu kakak ipar saya melahirkan anak ke-2 disebuah hospital kerajaan. Dia ada masalah untuk melahirkan baby secara normal dan terpaksa dibedah. Sepanjang tempoh berpantang dia selalu sakit2 sampaikan dia hilang berat badan yang banyak sampai dia kurus sangat walaupon sebelum ini badannya agak berisi. Sepanjang berpantang dia selalu berulang alik ke hospital kerana selalu sakit2 yang tak tahu apa puncanya.
Dipendekkan cerita, rupa-rupanya semasa pembedahan melahirkan baby, Dr yang bertugas masa tu tertinggal kain dalam perut kakak ipar saya. Disebabkan oleh itu, dia terpaksa dibedah semula untuk membuang kain yang tertinggal. Semalam, pembedahan kali ke2 dibuat untuk membuang kembali kain yang tertinggal tu. Tetapi sebelum pembedahan dibuat, Dr yang bertugas masa kakak ipar saya melahirkan baby tu telah membuat pengakuan bahawa memang dia yg bertugas masa kelahiran itu dan dia mengaku dan mohon maaf atas kecuaian tersebut.
Tetapi effect nya sangat besar pada kakak ipar saya. Kain tu tertinggal lama dalam perut, hampir 2 bulan, maybe ianya melilit di bahagian usus menyebabkan usus kakak ipar saya bocor. Disebabkan kebocoran pada usus tu, usus dia terpaksa dipotong dan kini kakak ipar saya terpaksa bergantung pada tiub yang dipasang pada perut untuk membuang air besar. Dia tak boleh membuang air besar normal seperti orang biasa lagi sehingga satu tempoh yang kita tidak tahu. Memang Dr ada memaklumkan bahawa usus itu mungkin akan pulih seperti biasa, dan kakak ipar saya ada harapan untuk tidak bergantung pada tiub itu lagi bagi membuang air besar, tetapi ia mengambil masa yang lama. Mungkin setahun, 2 tahun atau bertahun2. Bila? Tiada jaminan yang pasti.
Memang menyedihkan. Tak dapat saya bayangkan, kalau saya yang berada ditempat dia. Mampukah saya menerima dugaan yang sebegitu. Semasa menulis entry ni pun, saya tak dapat nak menahan air mata dari mengalir mengenangkan dia seorang yang sangat baik. Semoga dia tabah dan kuat semangat menghadapi dugaan ini.

Sunday, July 04, 2010
Nak selalu memasak...
Aku memang seorang yang kurang pandai membuat kerja-kerja dapur. Sebelum kawen dan selepas kawen rasanye skill duduk didapur tidak banyak yang improve.
Lebih-lebih perkahwinan kami masih lagi berasaskan perkahwinan jarak jauh (PJJ) dan tinggal sendirian dirumah, jadinya banyak peluang untuk tidak memasak. Tapi sekali-sekala memang ada jugak masuk dapur dan memasak. Tapi hasil orang yang jarang masuk dapur ni memang boleh dijangka lebih-lebih lagi aku sendiri yang takde bakat terpendam dalam masak-memasak. Tapi seriously perasaan risau tu sedikit sebanyak sudah menyelubungi diri sebab memikir ketidakpandaian memasak tu. Rasa macam teruk sgt bila selalu layan suami dengan masakan kedai or pasar malam. Ada orang kata petua untuk kebahagiaan rumahtangga salah satu daripadanya adalah mengikat perut suami. Maksud aku, adalah melalui masakan dan air tangan isteri. Itu lebih baik supaya dimana2 pergipon suami asyik teringat2 masakan isteri. Ye ke tidak, mari kita cuba dan tengok hasilnya.
Sekarang ni aku memang berazam untuk selalu memasak dihari minggu. Walaupon makanan yang sangat simple sekalipun tapi yang aku kena prepare sendiri makanan tu. Aku pon dah cakap dengan hubby niat murni ni, dan siap cakap lagi dengan dia kena terima la masakan aku walau macamaneteruk sedap sekalipon rasa masakan tu. Hopefully ia akan berjaya dilaksanakan!!
Mai cuci mata dulu dgn hasil yang keluar dari dapurku...

Lebih-lebih perkahwinan kami masih lagi berasaskan perkahwinan jarak jauh (PJJ) dan tinggal sendirian dirumah, jadinya banyak peluang untuk tidak memasak. Tapi sekali-sekala memang ada jugak masuk dapur dan memasak. Tapi hasil orang yang jarang masuk dapur ni memang boleh dijangka lebih-lebih lagi aku sendiri yang takde bakat terpendam dalam masak-memasak. Tapi seriously perasaan risau tu sedikit sebanyak sudah menyelubungi diri sebab memikir ketidakpandaian memasak tu. Rasa macam teruk sgt bila selalu layan suami dengan masakan kedai or pasar malam. Ada orang kata petua untuk kebahagiaan rumahtangga salah satu daripadanya adalah mengikat perut suami. Maksud aku, adalah melalui masakan dan air tangan isteri. Itu lebih baik supaya dimana2 pergipon suami asyik teringat2 masakan isteri. Ye ke tidak, mari kita cuba dan tengok hasilnya.
Sekarang ni aku memang berazam untuk selalu memasak dihari minggu. Walaupon makanan yang sangat simple sekalipun tapi yang aku kena prepare sendiri makanan tu. Aku pon dah cakap dengan hubby niat murni ni, dan siap cakap lagi dengan dia kena terima la masakan aku walau macamane
Mai cuci mata dulu dgn hasil yang keluar dari dapurku...

Sunday, June 13, 2010
Suatu Pelarian
Esok nak ke USM, Penang untuk sukan universiti malaysia (SUKUM). Adalah peluang nak lari sekejap dari segala mak nenek stress ni.
Pada awalnya, aku bercadang takmo join SUKUM tahun ni, tapi disebabkan tergoda dgn pujuk rayu member team volleybal aku join jugak dengan hati yang berat memandangkan kat opis sedang berhadapan dengan 3 projek besar. Nasib baik semuanya macam boleh dikawal dan aku masih boleh pergi ke SUKUM tahun ni.
Harapan? aku tak menaruh apa2 harapan, boleh gituh? Aku akan main jika diberi peluang oleh coach....tak nak fikir lebih2 sebab aku sendiri pon takde motivasi dan kekuatan emosi disebabkan banyak faktor persekitaran. Huhuhuhuhuhuhuuhuuhuhuhuhuh
p/s Pelarian sementara yang tak menjanjikan apa-apa....

Tuesday, March 23, 2010
Padang, Indonesia
Sebenarnya, aku tengah kebosanan kerana perlu menyiapkan artikel untuk dimuatkan dalam website jabatan. Sungguhla bosan sebab esok due date nya, jadiknya by hook or crook memang kena siapkan by today. Sakit tayar!!
Anyway, nak sharekan gambar2 trip ke Padang Indonesia (15-19 Mac 2010) yang tak habis upload lagi dalam facebook. Kekekkekek...ada pulak masa update blog....

Basically, ini trip keluarga ke Padang, keluarga belah hubby seramai 17 orang. Kami kat sana selama 5 hari, 4 malam. Hari pertama sesampai di Minangkabau Airport kami singgah breakfast kat Rumah Makan Lamun Ombak, dan terus ke Bukit Tinggi. Stay di Nuansa Malinjau Hotel untuk malam pertama. Sepanjang perjalanan banyak pemandangan yang amat menarik. Tapi sayangnya aku cuma sempat tengok dalam mimpi je sebab tertido (ni ayat hubby, hahahhaha). Ada beberapa kedai sulaman yang sempat kami singgah. Bukit Tinggi terkenal dengan perusahaan kain sulam yang terkenal. Memang cantik2 dan mengujakan. Hotel penginapan kami bersebelahan dengan Tasik Malinjau yang sangat cantik. Hari Pertama ni kami melawat rumah minangkabau. Kat situ kami diber penerangan mengenai adat perpatih, kehidupan orang minangkabau dan mencuba pakaian pengantin minangkabau.
Hari kedua kami melawat rumah kelahiran Prof Dr Hamka. HAMKA tu stand for Haji Abdul Malik Bin Abdul Karim Bin Amrullah (kalau tak silap). Lupa nama kg dan tempat kelahiran dia. Yang pastinya kami kena melalui keluk 44 sebelum sampai ke rumahnya. Keluk(selekuh) tu lebih mencabar dari keluk nak naik ke Cameron Highland. Kami juga melawat beberapa tempat air terjun yang mana airnya berasal dari gunung. Kami juga sempat melawat perusahaan sulam Hajjah Rosma di mana Hajjah Rosma ni membuka kelas sulaman kepada penduduk sekeliling. Ada juga orang Malaysia yang datang belajar sulaman disini. Hari ke 2 dan ke 3 kami stay di Royal Denai Hotel.
Hari Ke 3, kami melawat pejabat Dato Bandar Bukit Tinggi. Kami juga melawat kilang kopi Kiniko. Terserempak dengan Dato Abu Hassan Din Al Hafiz serta rombongan yang sampai lewat sidikit dari rombongan kami kat kilang tersebut. Kami makan tengahari di Rumah Makan Pondok Flora yang letaknya ditengah2 sawah padi. Aktiviti lain adalah melawat Istano Basa Pagaruyung dan satu lagi Istana yang aku dah lupe namanya. 
Hari Ke 4, kami melawat lubang Jepang di Bukit Tinggi, dan menghabiskan sisa-sisa hari ke 4 ni dengan bershopping kat Pasar (sekali lagi lupa nama pasarnya). Tapi letaknya bersebelahan dengan Jam Gadang yang amat terkenal di Bukit Tinggi. Petangnya selepas shopping dan makan di ukit Tinggi, kami bertolak ke Padang untuk bermalam di Padang kerana flight pulang ke Malaysia ke esokkan harinya jam 8.30 pagi. Sampai sahaja di Padang kami dibawa melihat kesan-kesan gempa bumi 30 Sept 2009. Kesan gempa bumi tu masih ada lagi sampai sekarang dan banyak bangunan yang rosak dan ada yang langsung ranap akibat gempat. Kuasa Tuhan, ada bangunan yang langsung ranap, tapi bangunan sebelahnya langsung tiada kesan. Macam dipilih-pilih gituh bangunan yang terkena gempa dan menurut tourist guide kami kebanyakkan kantor pemerintah yang terkena gempa bumi adalah kantor2 yang terlibat dengan dana yang banyak misalnya jabatan sungai, jabatan pembangunan bandar dsb. Kami juga sempat melawat pantai-pantai yang banyak di daerah Padang sebelum pulang ke hotel.
Secara keseluruhannya, penduduk di sumatera barat ni majoritinya beragama islam. Ekonomi mereka banyak bergantung kepada pertanian yang sememangnya tanah di tempat mereka sgt subur kerana mempunyai 2 gunung berapi yang masih aktif. Mereka juga terlibat dengan perusahaan sulam, tenun dan kraftangan. Kebanyakkan mereka juga berniaga. Orang-orang minangkabau di Negeri Sembilan adalah berasal dari daerah sini. Kerana menurut ceritanya, orang minangkabau pada zaman dahulu amat digalakkan untuk merantau, sebab tu la ada orang minangkabau yang merantau dan menetap di N9 sampai sekarang.
p/s Huhu...susahnya nak edit kedudukan gambar2 ni....so layan je la walaupon gambar tak tersusun mengikut kronologi....
Saturday, February 20, 2010
Doa Solat Dhuha
Doa Solat Dhuha
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu adalah waktu DhuhaMu, kemegahan ini adalah kemegahanMu, keindahan ini adalah keindahanMu, kekuatan itu adalah kekuatanMu, kekuasaan itu adalah kekuasaanMu dan perlindungan itu adalah perlindunganMu.
Ya Allah, sekiranya rezeki masih di langit, turunkanlah, jika berada di perut bumi, kau keluarkanlah, jika sukar, mudahkanlah, jika masih haram, kau halalkanlah, jika jauh, kau dekatkanlah dengan berkat waktu Dhuha, kemegahan, keindahan, kekuatan, kekuasaan dan perlindungan Mu.
Limpahkan kepada kami sebagaimana yang telah kau limpahkan kepada para hambaMu yang soleh.
Amin..
p/s Terjumpa doa solat dhuha ni dari web mana tadi....tapi aku sgt suka doa ni....tapi sayangnya aku tak buat pun solat ni.

Wednesday, February 17, 2010
Ya Latif, Ya Shafie
Lately, aku selalu stress di opis, selalu cepat nak marah dan naik angin. Tak boleh salah sikit cepat je hati jadi panas. Sepatutnya, bila semakin lama kerja sepatutnya aku lebih relaks dalam menghadapi situasi2 mencabar di opis. Ye la, bila dah bertambah pengalaman, maka lebih mudah dan cekap menyelesaikan masalah di pejabat. Orang kata sebelah mata pon keje boleh selesai. Tapi mana boleh kan, sebab masalahnye berbeza2, orangnya berbeza2...
Tapi, stress tetap ada setiap masa dan dimana-mana. Malah bila hari2 menghadapi keadaan dipejabat aku jadi cepat bosan untuk berhadapan dgn masalah, pertanyaan dan situasi yang berbagai-bagai. Bebanan tugas yang semakin bertambah juga salah satu puncanya. Ada juga ketikanya, aku tertinggi suara dengan user yang menelepon bertanyakan sesuatu perkara berulang2 kali. Bila dah meninggi suara tu mulalah menyesal tak sudah. Tapi kalau tak dilepaskan apa yang terpendam, rasa tak puas. Mungkin aku dah diserang penyakit bongkak dan takbur. Udah rasa diri semakin hebat itu yang suka marah2 tak tentu hala.
Bila direnung kembali masa silam aku dapat rasakan aku dan semakin berubah. Bila dikorek2 zaman silam, aku rasa aku dah tak sama seperti dulu. Dulu aku seorang yang mudah lembut hati. Seorang yang sabar, suka mengalah daripada cari gaduh dengan orang. Tapi kenapa sekarang ni tak boleh ye. Kenapa asyik nak menang je. Aku pun dah pandai cakap word yang kasar yang dulu aku tak suka sebut. Aku ni dah lupa tuhan ke? Dah lupe nak bersyukur? Tak kesian ke kat orang lain yang terkial2 cari keje tetap walaupon dah bertahun2 grad. Apa yang ada ni, patutnya kena bersyukur dan nikmatilah dengan sebaiknya, kerana kita tak tahu apa yang akan terjadi dihari depan. Sepatutnya semakin bertambah usia semakin banyak perkara yang mematangkan fikiran, semakin aku jadi manusia yang lebih baik. Tapi lain pulak jadiknya. Hohoho...
Semoga aku menjadi manusia yang lebih baik....perlu menyayangi sesama manusia, barulah hati akan jadi tenang.
Ya Latif, Ya Shafiee....

Monday, January 04, 2010
Setiap Jumaat
Jangan salah sangka dengan tajuk entry ni. Sebenarnya Setiap Jumaat adalah novel Norhayati Berahim (NB) yang aku tengah baca skrg ni. :)
Last weekend aku ternampak novel baru Norhayati Berahim kat rumah Kak Long. Apa lagi, pinjamla baca. Dah lama sebenarnya tak baca novel, and bila dah lama sgt tak baca novel terasa jugak gian nak baca. Sebenarnya, Norhayati Berahim adalah penulis novel kegemaran aku. Aku memang suka sangat dengan karya2 NB ni. Karya2 dia memang selalu tidak mengecewakan. Sentiasa menarik jalan ceritanya, dan tidak mengecewakan melabur wang dan masa membaca novel beliau.
Apa yang menarik dalam novel NB, jalan cerita yang sentiasa logik dan berpijak di dunia nyata. Yang pasti karya beliau selalu menaikkan martabat wanita, memberi motivasi kepada wanita2 yang pernah mengalami kekecewaan dalam kehidupan mahupun dalam percintaan dengan lelaki. Aku selalu jatuh cinta dengan watak heroin perempuan yang diwujudkan. Watak utama pastinya seorang wanita. Wanita yang berhati waja, berkeyakinan tinggi, yang cekal dan tabah menempuhi kepayahan dalam usaha untuk bangkit dari kekecewaan. Sometime rasa nak jadi sewaja watak yang diceritakan dalam novel tersebut. Sometime bila dalam keadaan patah semangat, aku rasa bermotivasi semula untuk bangkit bila mengenangkan betapa cekal nya seseorang wanita (dalam novel NB) yang tabah menghadapi kesukaran hidup. Hua hua hua....Dalam karya NB selalu menyelitkan banyak pengetahuan2 tentang banyak perkara, dan aku rasa dia buat banyak reseach sebelum menerbitkan sesuatu karya.
Tajuk novel ini memang sempoi....tapi aku tetap suka...:)
"Dimana Kuletakkan Jiwa Ini, Seakan Berterbangan Mencari Tempatnya..."

Subscribe to:
Posts (Atom)