Jangan salah sangka dengan tajuk entry ni. Sebenarnya Setiap Jumaat adalah novel Norhayati Berahim (NB) yang aku tengah baca skrg ni. :)
Last weekend aku ternampak novel baru Norhayati Berahim kat rumah Kak Long. Apa lagi, pinjamla baca. Dah lama sebenarnya tak baca novel, and bila dah lama sgt tak baca novel terasa jugak gian nak baca. Sebenarnya, Norhayati Berahim adalah penulis novel kegemaran aku. Aku memang suka sangat dengan karya2 NB ni. Karya2 dia memang selalu tidak mengecewakan. Sentiasa menarik jalan ceritanya, dan tidak mengecewakan melabur wang dan masa membaca novel beliau.
Apa yang menarik dalam novel NB, jalan cerita yang sentiasa logik dan berpijak di dunia nyata. Yang pasti karya beliau selalu menaikkan martabat wanita, memberi motivasi kepada wanita2 yang pernah mengalami kekecewaan dalam kehidupan mahupun dalam percintaan dengan lelaki. Aku selalu jatuh cinta dengan watak heroin perempuan yang diwujudkan. Watak utama pastinya seorang wanita. Wanita yang berhati waja, berkeyakinan tinggi, yang cekal dan tabah menempuhi kepayahan dalam usaha untuk bangkit dari kekecewaan. Sometime rasa nak jadi sewaja watak yang diceritakan dalam novel tersebut. Sometime bila dalam keadaan patah semangat, aku rasa bermotivasi semula untuk bangkit bila mengenangkan betapa cekal nya seseorang wanita (dalam novel NB) yang tabah menghadapi kesukaran hidup. Hua hua hua....Dalam karya NB selalu menyelitkan banyak pengetahuan2 tentang banyak perkara, dan aku rasa dia buat banyak reseach sebelum menerbitkan sesuatu karya.
Tajuk novel ini memang sempoi....tapi aku tetap suka...:)
"Dimana Kuletakkan Jiwa Ini, Seakan Berterbangan Mencari Tempatnya..."
2 comments:
:-)
aku pon dah lama x baca novel ..
Post a Comment