Sebelum Cahaya - Letto
Ku teringat, hati,
Yang bertabur, mimpi,
Kemana kau pergi, cinta
Perjalanan sunyi,
Yang kau tempuh sendiri,
Kuatkanlah hati, cinta
[Chorus:]
Ingatkah engkau kepada,
Embun pagi bersahaja,
Yang menemani mu,
Sebelum cahaya
Ingatkah engkau kepada,
Angin yang berhembus mesra,
Yang 'kan membelai mu, cinta
Kekuatan, hati,
Yang berpegang, janji,
Genggamlah tangan ku, cinta
Ku tak akan pergi,
Meninggalkan mu sendiri,
Temani hati mu cinta
Malam ni tetiba teringat balik lagu ini. Lagu ini adalah lagu yang hubby tujukan kepada aku selepas sahaja kami sah menjadi suami isteri dulu. Mengenangkan kami yg terpaksa hidup berjauhan selepas perkahwinan maka di kasinya lagu ni. Sebenarnya dia minta aku untuk memahami lagu ni. Tapi sampai skrg aku tak memberi maksud senikata lagu kepada hubby seperti yang dimintanya. Sebenarnya susah untuk aku memberi maksud lagu ini sepenuhnya lebih2 lagi aku bukan pandai untuk menceritakan apa yang dirasa kepada orang lain. Harap-harap suatu hari nanti aku boleh memberi maksud lagu ini (dalam persepsi aku sendiri) dengan jayanya kepada suami. :)
Tapi bagiku lagu ini sungguh indah senikatanya. Mengenangkan senikatanya memberi aku suatu perasaan yang indah. Ia lebih indah lagi bila dihadiahkan oleh seseorang yang amat disayangi. Aku amat menghargainya kerana sekurang2nya ia menjadi azimat dikala berjauhan. Semoga dimasa akan datang kehidupan ini akan lebih baik buat kami.
Bila terpaksa tinggal sendirian dirumah setiap kali suami pulang ke KL, itu satu perkara yang payah juga untuk dilalui. Aku cuba untuk menjadi kuat kerana aku tahu dalam kehidupan ini kita sentiasa akan diuji dan Tuhan menguji kita dengan sesuatu yang kita mampu lalui. Pasti ada hikmah disebaliknya. Itu yang selalu aku tanamkan dalam diri. Dan aku sentiasa berdoa semoga aku sentiasa tabah dan redha dengan kehidupan yang dilalui. Aku bersyukur aku masih ada suami yang sentiasa mengasihi, keluarga dan kawan2 yang sentiasa ambil berat, dan aku bersyukur sengan semua nikmat yang masih dikurnia-Nya kepada ku. Kepada kawan2 yang ada peluang hidup bersama dengan suami, bersyukurlah.
Aku baru tengok satu rencana mengenai 'tsunami' yang melanda pada 24 Dec 2004. Takut dan sedih bercampur baur. Ia membuatkan aku terfikir malang itu ada dimana2, sejauh mana kita ingin menjauhi malang itu tapi kita tak mampu kalau itu yang telah ditentukan. Dalam sekelip mata kita boleh kehilangan insan2 tersayang. Semoga Allah melindungi orang-orang yang aku sayangi dan limpahi hidup mereka dengan hati yang lapang. Aku berdoa semoga terus diberi peluang untuk menikmati kehidupan ini bersama-sama dengan mereka. Mungkin ia tidaklah sesempurna mana tapi itu sudah cukup bagi diriku.
p/s Teringin sekali nak ucapkan terima kasih pada seorang kawan yang selalu ambil berat dan bagi kata-kata semangat untukku. Terima Kasih Kawan tapi saya tak mampu membalasnya.

No comments:
Post a Comment