Hari ini perasaan aku becampur baur. Macam2 benda yang ada dalam kepala aku skrg. AKu baru habis satu diskusion yang agak menekan perasaan. Perbincangan mengenai kerja, of course la stress boleh muncul disegenap ruang perbincangan.
Aku cuba untuk lebih cool tapi kadang2 ada juga suara tertinggi lebih dari biasa. Aku cuba pertahankan pendapat aku tapi tak semua org boleh memahami dan menerima keadaan atau sesuatu perkara. Dan kadang2 diakhir perbincangan kita akan terpaksa ikut walaupon ia agak sukar.
Payah nak describe perasaan aku skrg ni. Perbincangan tu dah buat aku hilang separuh dari mood aku hari ni. Yang ada dalam fikiran aku sekarang nak balik rumah and baking something. Cheese cake ke coklat cake ke....best jugak kan, baik buat benda yang aku suka buat daripada memaksa diri membuat sesuatu yang aku tak suka buat....yeahhhh that's good idea..tetapi......kat umah sewa aku mana ada oven...huh....
Pagi tadi masa on the way ke Ofis ada satu perbincangan yang hangat dekat HOT fm. Perbincangan mengenai "soalan apekah yang anda penat untuk menjawab". Kebetulan dalam kepala aku lately ada bersarang tentang sesuatu isu mengenai diri aku sendiri. And of course perkara tersebut berkaitan dengan soalan2 lazim a.k.a soalan yang kerap ditanya kepada aku lately. Of course lately aku banyak bertemu orang dan jugak bertemu kawan-kawan lama. Sebab apa, sebab sebulan dibulan syawal aku banyak mengunjungi open house dan menyebabkan aku banyak bertemu kawan-kawan lama dan jugak saudara mara. Dan aku banyak bertemu kawan-kawan lama dalam ruang siber (facebook le kan?). Itulah sebabnya, lately aku terpaksa berhadapan dengan soalan yang sama berulang-ulang kali.
Ada beberapa soalan yang menjadi soalan lazim mereka kepada aku dan aku rasa aku dah PENAT menghadapi soalan-soalan itu. Sometime aku rasa nak avoid diri dari berjumpa orang lain atau avoid diri dari bercakap soal-soal peribadi aku. Tapi, sudah semestinya ia bukan idea yang bernas sebab dalam dunia ini hampir mustahil kalau kita hidup tanpa perlu bercampur gaul dengan orang lain. So, adekah aku mempunyai choice lain supaya aku tak perlu berhadapan dengan soalan2 itu. Bak kata lagu siapa ntah 'walau pahit terpaksa kutelan jua' dan itulah yang harus aku hadapi. Kekadang soalan-soalan itu akan menyentap seluruh mood aku untuk bergembira diwaktu itu.
Walau macamana pon aku still appreciate dengan sifat ambil berat dengan semua orang dan cuba untuk berfikiran positif. Mereka semua ambil berat pasal aku dan aku tak perlu berasa sedih.
Meh kita jeling2 apa soalan2 lazim itu:
1. Bila nak pindah KL?
2. Kenapa tak pindah KL?
3. Tak penat ke ulang alik? (Aku lagi penat bila kena jawab soalan ni)
4. Dah berisi ke belom?
5. Tak de apa-apa lagi ke?
Dan sampai skrg aku buntu, buntu apakah jawapan yang terbaik untuk semua soalan itu.
Tapi akhirnya, aku sedar aku bernasib baik kerana aku mempunyai seorang suami yang sentiada memahami dan sentiasa memikirkan yang terbaik untuk kami. Apapun ini semua ketentuan-Nya dan pastinya ada hikmah tersembunyi....
4 comments:
zura... errr dah berisi ke lom? bila nak gi kl so that kita leh cucuk bulan? errr sabtu ni ada kat kl ke? kekekekke jgn marah!
Zura, suh le cik abang belikan oven nun
Linn....
:P :P :P
Hehhehehehe
emmm...biasa la kak zure...yat pun pernah gak ditanya soalan2 no 1 hingga no 3 tu....tapi skrg dah stop dah soalan no tu sbb dah duk kuantan....skrg pening nak jawab soalan no 4 dgn 5 tu....ditambah lak dgn perut yat yang makin membuncit sbb berat badan bertambah berlipat kali ganda...ramai org sangka yat pregnant sbb perut buncit...aggghhhh....tensin beb...
Hehehhehehhe...sabo je la Yatt
Post a Comment