Hari sabtu lepas adalah hari makan-makan sedunia untuk aku dan hubby. Sampai 6 open house kami pergi dan ada jugak yang tak dapat nak pergi. Aku rasa naik la jugak badan ni sekilo dua disebabkan makan tanpa berhenti. Tapi yang penting setiap rumah yang kami singgah, kami tak makan banyak sangat maklum tangki kitorg tidak lah sebesar mana. Lagipon tak elok berlebihan sangat dalam aktiviti makan-makan ni. Sebab banyak punca penyakit datang dari perut. Lagipon memikirkan banyak rumah harus disinggah, kami amik keputusan untuk tidak makan banyak sangat disetiap open house.
Kami mula keluar rumah untuk ke open house pada jam 11.30pg. Rumah pertama yang dikunjungi adalah rumah Acap, kawan baik hubby kat Kota Warisan. Ni rumah orang bujang dan makanan pon banyak yang dimasak sendiri oleh Acap dan kawan-kawannye. Baguskan...dahla umah sendiri, buat umah terbuka pastu masak pulak sendiri, sedap pulak tu. Aku cuma makan mee rebus, hubby lak makan spagetti. Hehehhehe...lega jugak tak perlu nak asapkan dapur sendiri kat rumah.
Seterusnya, kitorg ke rumah abang Che Det, kawan satu tempat kerja dgn hubby kat Maybank. Bukan staff maybank tapi staff Etiqa (anak syarikat Maybank). Hubby agak baik dgn family Che det jadinya memang mesra sungguh layanan dorang kat kami. Abang Che Det ni buat makan-makan sempena masuk rumah baru kat situ. Oleh kerana nasi menjadi menu utama, kami amik nasi sejemput je takut nanti penuh sgt pulak perut.
Our next destination, umah geng Reban Ayam, Mrs Nini kat Nilai 3. Kami makan kuih je. Dah pesan dgn Nini tak payah masak sebab kami kebetulan dah ada kat situ so, mau singgahler rumah dia. Patutnya Open house rumah Nini on Sunday yang mana aku tak boleh nak hadir sebab mau berkejara dengan bus yang akan membawa ku pulang ke Kuantan.
Last persinggahan kami pada waktu siang tu adalah umah geng Reban Ayam juga, iaitu Cik Yam. Kat sini memang meriah sangat makanan dan jemputan2nya. Siap ada aiskrim lagi. Oleh kerana perut memang sedia penuh, kami makan lomang, rendang, roti jala dan aiskrim sahaja. Kitorg datang awal dalam pukul 4pm. Geng2 reban yang lain katanya 430pm baru sampai. Tapi 430 pm tu belum nampak batang hidung depa. So, dlm 445pm kami balik ke rumah dan tak dapatla nak jumpa geng-geng reban yang havoc tu.
Malam tu, singgah umah jiran yang dah 2, 3 bulan pindah kat depan umah kami en Rahman dan isteri. Baru ni nak berkenalan dan singgah umah dia. Makan lagi mee kari. Isteri en Rahman ni orang Sarawak, pulak baru balik dari Sarawak. Banyak jugak kuih muih Sarawak yang disediakan.
Penutup acara open house malam tu, kami pergi ke majlis open house Kawan hubby lagi, Boy. Ini acara open house paling grand untuk tahun ni. Dahla buat tepi kolam (kelassss), siap ada tema pakaian (baju melayu dan kebaya), deco tempat acara open house pon canti, ada karaoke dan last sekali siap ada hadiah untuk pasangan paling sporting(kalau tak silap). Kreatif betul budak-budak zaman sekarang ek. Takpela yang penting ikhlas nak jamu kawan-kawan. kawan-kawan jugak yang untung sebab dapat makan free...hehhehehe. Kitorg cuma makan sate, laksa dan kuih raya.
Itula cerita open house kami untuk hari tu. Aku sebenarnya memang teruja sangat nak berkunjung2an ni sebab tahun ni macam tak berapa puas beraya sebab kena masuk keje awal. Hari rabu minggu raya tu dah kena masuk keje, tu yang teruja sangat nak ke open house. So, oleh kerana banyak open house yang kami pergi termasuk hari ahadnya tu, terubatlah jugak ketidakpuasan beraya aku tu.
Kepada kawan-kawan yang bermurah hati membuat open house, terima kasih banyak-banyak sebab sudi menjemput kami. Next raya buatlah lagi open house ye.
No comments:
Post a Comment