Sunday, November 23, 2008

Aktiviti Di hari Minggu

Hari Sabtu

Minggu ni my dear hubby datang sini. Bus hubby bertolak dari Kajang pukul 9am. Aku estimate dalam pukul 1 - 2 pm sampai la kat Kuantan. Tapi hampeh bus tu sungguhla terkedek-kedek, jam 2.30pm baru sampai terminal.

Sebelah pagi sementara menunggu hubby sampai aku tadak apa nak buat kat rumah. Jadinya, sambil menanti masa berjalan memangla bosan. Jadiknya, aku buatla kuih Pau yang aku dah ambil resepinya dari Internet. Resepinya seperti di bawah :

Sumber : Rinnchan
PAU KUKUS TRADISIONAL
Bahan-bahan: 1 kg tepung gandum
11gm yis mauripan (=I packet)
200gm gula (=1 cwn)
100gm minyak jagung atau minyak masak (=1/2 cwn)
460gm air (=2 1/2 cwn air, boleh tambah jika perlu)

Cara-cara:
1. Gaul tepung dengan yis.
2. Larutkan gula dalam air.
3. Tuangkan larutan gula sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul perlahan-lahan dengan hujung jari.
4. Halfway thru campurkan minyak dan teruskan menguli dgn menghabiskan lebihan air hingga menjadi doh yang kenyal.
5. Rehatkan adunan 10min - 15min.
6. Bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki dan rehatkan lagi 10min. Sementara itu panaskan kukusan.
7. Leperkan doh bulat di atas tapak tangan dan masukkan inti kesukaan dan tutup rapat2 dgn menarik bhg yg dirapatkan itu ke arah bawah dan dapatkan permukaan atas yg licin dan bulat.
8. Lapik dengan daun pisang atau plastik yg telah digunting mengikut saiz pau.
9. Biarkan pau naik selama 30min dan kukus selama 10min. Jangan lebih lama dari itu.
* Pau yg telah sejuk boleh dihangatkan semula menggunakan kukusan.

Rupanya membuat kuih pau ni tidakla sesusah mana, yang paling penting kena ada sedikit kerajinan dan jugak bakat. Aku memang suka buat kuih2 macam ni tapi tidak berbakat sangat. Hehehehhe....anyway jadi jugakla kuihnya, cuma bentuk nye taklah cantik. Benda yang paling sukar dalam membuat kuih pau ni adalah step yang ke 7. Masa nak masukkan inti dan membentukkan bulat pau tu. Sungguhla tangan ini tidak berseni, so pau yang dibuat pon bentuk nya tak cantik dan gebu seperti yang Rinnchan buat tu. Terkedek-kedek aku membentukkan pau tu, memang kena banyak praktis kalau nak mahir....

Satu lagi, ni adalah first time aku membuat doh. Jadiknya banyak tips atau rahsia-rahsia membuat doh yang gebu aku tatau. Aku just ikut satu persatu step membuat doh dalam resepi Rinnchan ni. Masa menguli tu aku dapat rasa yang doh tu tidak berapa 'menjadik' tapi aku takdak sape nak refer. So, aku just ikut flow dalam resepi tu. Tetapi selepas merehatkan doh tu beberapa ketika, dohnya naikla jugak sebab kita dah masukkan yis. Cuma nye tak kenyal dan gebu sangat. Frust je rasa....
Belah paginya pergi cari daun pisang kat pasar pagi Jaya Gading. Punyala banyak daun pisang yag dijual dgn harga RM1 satu lipatan yang banyak seperti di atas. Aku guna dalam 20% dari keseluruhan daun pisang yang dibeli. Last-last lebihan daun pisang kasi sama jiran, sebab dah tatau nak buat apa lagi dgn daun pisang tu.
Aku gunakan inti kentang + ayam untuk kuih pau ni. Pandai pulak kali ni aku buat estimate inti yang perlu digunakan. Aku cuma guna 3 biji kentang untuk buat kuih pau ni. So, ngam-ngam untuk kuih pau yang aku buat ni, tak terlebih atau terkurang pun intinya.
Ni kuih pau yang belum di kukus. Aku susun rapat2 dalam steamer ni untuk ambil gambar je. Kemudian kena susun jauh-jauh sebab pau ni akan mengembang bila dikukus.
Ni la rupa pau yang telah masak. Janganla tengok rupa nya sebab memang tak cantik bentuknya tapi yang penting rasa dia. Hehehehehe. Aku cuma buat separuh dari resepi asal di atas. So, hasilnya 12 biji pau dapat dibuat. Sebiji aku makan sebagai breakfast pagi tu. 5 Biji kasi jiran dan selebihnya bawak ke Kemaman, rumah Kawan Hubby. Malam tu kami tumpang tidur kat rumah Poji, kawan hubby yang tinggal kat Kemaman.

Sesampai Hubby kat Terminal Makmur, kami terus pergi makan kat KFC kat shopping complex East Cost Mall kemudian terus ke Kemaman.
Hari Ahad

Hari ahadnya, pergi kenduri housemate kat Temerloh. Kami sampai kat rumah pengantin dalam pukul 3.10pm. Terkejar-kejar kami mencari rumah pengantin, sampai rumah pengantin tak sempat nak duduk lama sebab bus hubby balik ke KL dari Temerloh tu jam 4pm. Sesampai di rumah pengantin, sembang-sembang kejap, ambil gambar dan terus ke Bandar Temerloh untuk cari stesen bus.
Nasibla hubby ni memang cekap dalam mengingat jalan dan juga skill driving. Jalan nak masuk ke kampung pengantin agak kecil dan banyak selekoh, jarak dari kampung ke bandar Temerloh dalam 40minit. Tapi kami manage untuk sampai ke bandar Temerloh sebelum pukul 4pm. Cayalah hubby!
Kenapa senyuman hubby lagi kembang dari pengantin lelaki. Pengantin penat agaknya tu. Hehehhehehe....

Tuesday, November 04, 2008

Makan Angin

Aku sungguhla jeles dengan delinn and Yam gi makan angin kat Langkawi...best sangatkan, dah lama tak jalan-jalan makan angin.

Tengok gambar-gambar kat blog delinn yang memang sungguh pantas update blog pasal aktiviti kat Langkawi tu, membuat kan aku teruja sgt nak pergi somewhere untuk berehat2 sambil tenangkan fikiran dan untuk lari sekejap dari rutin yang dilalui setiap hari. Last sekali dapat pergi bercuti-cuti Malaysia masa lepas kawen hari tu la kan...pergi honeymoon kat Langkawi dgn hubby. Lain-lainnya kalau tak balik KL mesti balik kampung, kalau dua-duanya tak melepak je la kat Kuantan.

So, aku pon dengan pantasnya YM hubby bagitau niat murni aku tu....nak tau ape dia jawab...

azura: abang nanti kita g la makan angin eh
azura: lama dah tak jalan, makan angin
azura: last sekali g langkawi hari tu la
Hubby: *jap...
Hubby: *sambil menganga kan mulut..
Hubby: masuk lah angin.. masuk lah angin..
Hubby: [sign orang tengah gelak besar]
azura: [sign orang tengah menangis] tolong...tolong
azura: makcik tertekan
Hubby: ahakz

Geram sungguh aku rasa grrrrrrrrrrmmmmmmmm.....itula jawab dia...huh