Monday, September 24, 2007
Update la ni
Puasa kali ni rasanya macam banyak berjimat cermat. Banyak memasak sendiri kat rumah walaupon tak sedap dan masak simple-simple je. Pastu kalau tak masak kitorg cuma membeli ala kadar je kat pasar ramadhan. Beli kuih muih pun tak banyak...itu pon selalu tak habis kuihnya. Next day berbuka puasa kena recycle lagi kuih yang sama. Tapi waktu berbuka aku memang wajib ada nasik dan lauk pauk. Aku tak berapa gemar nak berbuka dengan fastfood benonya sebab aku ni jenis yang lebih suka berbuka dengan nasi dengan lauk-lauk kampung...Perut melayu la katakan...hehehhe. Waktu berbuka makan kurma sebijik dan terus makan nasi. Lepas makan nasi barula makan makanan yang ringan-ringan macam kuih. Tapi air kegemaran sepanjang bulan puasa ni adalah teh panas. Hampir setiap hari mesti berbuka dengan teh. Pastu kalau rajin semayang terawikh kat rumah je, tapi dah banyak kali fonteng terawikh. Liat sungguh nak terawikh. Sahur pulak tahun ni tetap sama macam sahur tahun lepas tetap bangun untuk sahur tapi dengan segelas milo/susu dengan kismis je. Pastu semayang subuh dan sambung tidur...hehehhehhe
Baju raya belum beli lagi ni. Selalunya mak akan tempah aje kat kampung. Tapi tahun ni macam aku tak berapa nak ambik tahu sangat pasal baju raya. Cumanya aku plan nak beli je sepasang dua baju kurung yang dah siap dekat-dekat nak raya nanti. Bila entah nak keluar cari baju raya. Weekendnya asyik memerap kat rumah aje kejenya. Konon-konon nak cari kad raya jugak, tapi tak carik-carik juga lagi kad raya. Weekend ni kalau rajin keluarla denga housemate nak cari baju dan kad raya. Sempat ke lagi nak pos kad raya supaya sampai before raya ni...
Anyway, nak amik kesempatan ni nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat my fiancee. Banyak hadiah dari dia tahun ni. Hadiah yang dipos dan jugak hadiah yang diberi malam masa malam besday. Siap buat kejutan lagi, tunggu depan rumah tepat pukul 12.00 malam masa malam besday tu dengan sebijik kek dan jam. Macam-macam drama yang dia buat sepanjang minggu sebelum besday supaya kehadiran dia di hari besday tu tak dapat dibaca. Tapikan...hahahha...saya ni jenis yang tak pandai nak menunjuk perasaan ke'suprise'san dikala ittew. Saya cuma gelak je memanjang...tapi saya memang appreciate sangat...cuma tak pandai nak tunjuk...Terima kasih bebanyak...next time buat lagi...hehheheh :P
Occay, itu aje cerita update dikala ini.....daaaaaaaaa
Sunday, September 16, 2007
Tuesday, September 11, 2007
"Orang berjuang sering menangis lemah disisi Allah, tapi Allah kuatkan dia disisi manusia. Berjuanglah kerana Allah, ikhlaskan hati walau payah, kerana itulah jalan ke JANNAH..."
Sunday, September 09, 2007
Main Bowling
Semua sekali group ada 10 group(kalau tak silap). Setiap group ada 2 lelaki dan 1 pompuan. Meks dalam group A dengan Hafiz dan Helmi(pemain import). Hafiz dengan Helmi mmg amat terer main. Nampaknya meks menjadi punca kekalahan setelah dicampur jatuhan pin keseluruhan untuk group...huhhuuhuh...malulah nak cakap jatuhan pin....sikit bebeno... :P
Tak kisahla...apepun yang penting kita semua happy... Thanks kepada organizer yang best gilerr...Admie dan Kak Ina...Lenkali buat lagi ek...:D
| bowling_09 |
Tgkle gegambar yang tak seberapa ini. Sila klik pada gambar untuk tgk keseluruhan gambar-gambar lain. Thanks kepada Zahari yang sungguh gigih mengambil gambar...
Monday, September 03, 2007
Weekend Lepas
Hari Khamis aku drive pegi Mersing. Abang aku call mintak amik dia kat Mersing. Kuantan - Mersing perjalanannya lebih kurang 3 jam lebih. Oleh kerana aku tak pernah sampai lagi kat Mersing so aku tak berapa sure jalan ke Mersing. Apa yang aku tahu untuk ke Mersing akan melalui Pekan. Tapi akhirnya sampai jugak kat sana dan jalan ke sana tidaklah sesusah mana. Cumanya bila first time dan drive sorang-sorang pulak tu memang menyeramkan sikitlah especially jalan tepi laut before sampai ke Nenasi. Bertolak dari Kuantan lebih kurang pukul 4.15 ptg dan sampai Mersing pukul 7.30 ptg. Sesampai di sana, abang ku jemput di Pekan Mersing sebab aku tak tahu jalan ke Felda Tenggaroh tempat kakak iparku mengajar, dia guru di sekolah menengah kat Felda Tenggaroh dan tinggal kat rumah guru. Diorg ni long distance couple, abangku kerja di Kelantan and kak ipar lak mengajar di Johor. Malamnya aku melepak aje jat rumah...
Sebenarnya aku plan nak balik Kelantan hari jumaat je. Tapi tetiba aku kesian pulak dgn kakak ipar, tinggal berdua aje dgn Baqi. Dahla Baqi asyik meragam je 2 3 hari sebelum tu. So, aku dgn penuh rasa simpati bersetuju le untuk balik Kelantan hari sabtu nye. So, Jumaat tu abang dan kakak ipar bawak aku gi jalan-jalan kat JB. First time le kiranya aku sampai JB. Kebetulan hari tu cuti merdeka, jadi jalan2 kat JB amatlah lengang sekali. Jadinya, tidaklah sesak mana bandaraya JB tu. Banyak tempat yang boleh pergi termasuklah Danga Bay yang amatlah famous ittew. Nak singgah ke Angsana malas pulak so kami cuma lalu ajelah depan Angsana tuh. Sebenarnya aku cuma nak jalan2 je kat JB. Nak tengok JB tu camne le rupa bandarayanya.
Sempat berhenti tepi jalan amik gambar Singapura. Ngeh..ngeh...aku takde pasport, kalau idak leh la masuk Singapura. Amik gambar Singapura di seberang tambak johor tu. Banyak jugak kereta2 singapura yang masuk Johor time tuh. Aku cuma bayangkan tempat aku. Kat tempat aku ramai orang Siam, maklumlah sempadan siam kampung aku tuh. Dan pernah jugak aku pergi Siam walaupun tanpa pasport. Kereta-kereta siam pun ada jugak kat tempat aku. Macam tuh jugaklah kat Johor.
Sabtu nya aku bertolak balik kampung. Bertolak jam 11.15 dari Mersing dan sampai dalam 7.15pm. Abang aku yang drive sepanjang perjalanan. Memang penat yang amat. Oleh kerana aku dah sampai malam kat kampung takkan esoknya nak terus balik Kuantan. Tak berbaloi. Makanya aku telah amik keputusan untuk cuti saja hari isnin. Sebab dalam kepala aku time tu banyak perkara yang aku nak buat bila berada kat kampung especially untuk cari barang2 untuk persiapan kawen nanti. Nak tunggu aku balik kampung lagi tak tahula bilakan. So bila dah ada kat kampung tu buatla apa2 yang boleh dibuat.
Hari ahad tu sambil-sambil menghantar adik ke tuisyen pusing-pusing jugak kat kedai untuk survey apa-apa yang patut. Ermmm...keluar dengan mak. Sejak besar2 ni mak la jadi kawan teman ke sana ke mari kalau balik kampung. Maklumlah kawan-kawan semua dah ada komitmen sendiri. Bila balik kampung aku jarang keluar ke mana-mana. Entah rasa lebih selesa berada kat rumah saje. Tak banyak perkara yang boleh dibuat bila kat kampung. Rasa macam sekejap je kat kampung esoknya dah nak balik kuantan....wakakakkaka. Tidaklah banyak tempat yang sempat disinggahi hari tu coz keluar rumah pun dah pukul 3pm. Tapi sempat jugak beli barang-barang yang dikirim oleh kawan2 opis. Risau jugak membeli barang kiriman orang takut tak sama selera dan citarasa. Tapi yang penting barang2 tu semua perlu dibeli jugak.
Esoknya bertolak balik kuantan pukul 3 pm dan sampai kuantan jam 8.30 malam. Gigih sungguh. Itulah dia cerita weekend lepas.

