Monday, September 03, 2007

Weekend Lepas

Weekend hari tu memang sgt meletihkan. 2 3 hari tu aku asyik berkejar ke sana ke mari je. Lain yang di plan asalnya lain pulak yang terjadi. Memang plan nak balik kampung weekend tu tapi tidak pulak plan nak sampai ke Johor. Last-last weekend aku kali ni begini jadinya Kuantan-Mersing-JB-Kelantan-Kuantan.....wakakkaka. Memang penat duduk berjauhan dengan keluarga...sometime aku rasa macam dah tak larat berulang-alik dalam jarak perjalanan yang amat panjang. Dulu, berulang-alik dgn bas, rasa bosan naik bas drive sendiri balik kampung. Skrg rasa dah malas nak drive balik kampung. Tapi nak buat macamane punca rezeki ada disini.

Hari Khamis aku drive pegi Mersing. Abang aku call mintak amik dia kat Mersing. Kuantan - Mersing perjalanannya lebih kurang 3 jam lebih. Oleh kerana aku tak pernah sampai lagi kat Mersing so aku tak berapa sure jalan ke Mersing. Apa yang aku tahu untuk ke Mersing akan melalui Pekan. Tapi akhirnya sampai jugak kat sana dan jalan ke sana tidaklah sesusah mana. Cumanya bila first time dan drive sorang-sorang pulak tu memang menyeramkan sikitlah especially jalan tepi laut before sampai ke Nenasi. Bertolak dari Kuantan lebih kurang pukul 4.15 ptg dan sampai Mersing pukul 7.30 ptg. Sesampai di sana, abang ku jemput di Pekan Mersing sebab aku tak tahu jalan ke Felda Tenggaroh tempat kakak iparku mengajar, dia guru di sekolah menengah kat Felda Tenggaroh dan tinggal kat rumah guru. Diorg ni long distance couple, abangku kerja di Kelantan and kak ipar lak mengajar di Johor. Malamnya aku melepak aje jat rumah...

Sebenarnya aku plan nak balik Kelantan hari jumaat je. Tapi tetiba aku kesian pulak dgn kakak ipar, tinggal berdua aje dgn Baqi. Dahla Baqi asyik meragam je 2 3 hari sebelum tu. So, aku dgn penuh rasa simpati bersetuju le untuk balik Kelantan hari sabtu nye. So, Jumaat tu abang dan kakak ipar bawak aku gi jalan-jalan kat JB. First time le kiranya aku sampai JB. Kebetulan hari tu cuti merdeka, jadi jalan2 kat JB amatlah lengang sekali. Jadinya, tidaklah sesak mana bandaraya JB tu. Banyak tempat yang boleh pergi termasuklah Danga Bay yang amatlah famous ittew. Nak singgah ke Angsana malas pulak so kami cuma lalu ajelah depan Angsana tuh. Sebenarnya aku cuma nak jalan2 je kat JB. Nak tengok JB tu camne le rupa bandarayanya.

Sempat berhenti tepi jalan amik gambar Singapura. Ngeh..ngeh...aku takde pasport, kalau idak leh la masuk Singapura. Amik gambar Singapura di seberang tambak johor tu. Banyak jugak kereta2 singapura yang masuk Johor time tuh. Aku cuma bayangkan tempat aku. Kat tempat aku ramai orang Siam, maklumlah sempadan siam kampung aku tuh. Dan pernah jugak aku pergi Siam walaupun tanpa pasport. Kereta-kereta siam pun ada jugak kat tempat aku. Macam tuh jugaklah kat Johor.

Sabtu nya aku bertolak balik kampung. Bertolak jam 11.15 dari Mersing dan sampai dalam 7.15pm. Abang aku yang drive sepanjang perjalanan. Memang penat yang amat. Oleh kerana aku dah sampai malam kat kampung takkan esoknya nak terus balik Kuantan. Tak berbaloi. Makanya aku telah amik keputusan untuk cuti saja hari isnin. Sebab dalam kepala aku time tu banyak perkara yang aku nak buat bila berada kat kampung especially untuk cari barang2 untuk persiapan kawen nanti. Nak tunggu aku balik kampung lagi tak tahula bilakan. So bila dah ada kat kampung tu buatla apa2 yang boleh dibuat.

Hari ahad tu sambil-sambil menghantar adik ke tuisyen pusing-pusing jugak kat kedai untuk survey apa-apa yang patut. Ermmm...keluar dengan mak. Sejak besar2 ni mak la jadi kawan teman ke sana ke mari kalau balik kampung. Maklumlah kawan-kawan semua dah ada komitmen sendiri. Bila balik kampung aku jarang keluar ke mana-mana. Entah rasa lebih selesa berada kat rumah saje. Tak banyak perkara yang boleh dibuat bila kat kampung. Rasa macam sekejap je kat kampung esoknya dah nak balik kuantan....wakakakkaka. Tidaklah banyak tempat yang sempat disinggahi hari tu coz keluar rumah pun dah pukul 3pm. Tapi sempat jugak beli barang-barang yang dikirim oleh kawan2 opis. Risau jugak membeli barang kiriman orang takut tak sama selera dan citarasa. Tapi yang penting barang2 tu semua perlu dibeli jugak.

Esoknya bertolak balik kuantan pukul 3 pm dan sampai kuantan jam 8.30 malam. Gigih sungguh. Itulah dia cerita weekend lepas.


No comments: