Friday, November 30, 2007

The Way...

The way is long,
Let us go together...
The way is difficult,
Let us help each other...
The way is joyful,
Let us share it...
The way is ours alone,
Let us go in love...
The way open before us,
Let us begin...

Thursday, November 29, 2007

MC

Semalam aku MC coz cirit birit dan demam. Aku pun tak sure kenapa tetiba lak aku leh cirit birit dan nak demam. Hari ni pun aku masih rasa lemah badan dan sakit perut aku masih ada terasa sikit-sikit.

Aku heran jugak kenapa boleh jadi sakit perut dan cirit birit. Ya, memangla aku beli makanan kat pasar malam. Tapi housemate aku pon membeli makanan yang sama dari pasar malam tu. Hairan sungguh aku bila dia ok je takde langsung ciri-ciri orang sakit perut or cirit birit. Tapi lately aku ni kerap sakit dan ambil MC. Risau pulak aku. Last month aku MC coz sakit mata.

Cuma aku harap aku akan bertambah sihat hari ni. Ubat doctor yang kasi besar-besar gedabak semuanya tu akan aku makan sehingga betul-betul sihat. Hari ni tetap masuk opis sebab aku cuma dapat MC sehari je semalam. Tapi takpe sebab hari aku rasa senang sikit coz ramai staf kat sini yang takde, dorang terlibat dengan raptai untuk majlis konvokesyen. Apepun, semoga cepat sihat.....Amin....

Thursday, November 22, 2007

errmmmmmmm

Aduh petang2 jumaat macam ni memang otak aku tepu. Aduh malas yaaa amats nak buat keje benonya. Paksa-paksa diri gaklah nak buat keje ni. Buat keje2 yang tak memerlukan aku berfikir sgt nak membuatnya.

Nasib pagi tadi aku dah bertungkus lumus kat HR nak siapkan benda urgent. Idokle bertungkus lumus mana pon tapi sebab benda nya nak kena siap by today gak so aku cuba siapkan secepat yang mungkin. Alhamdulillah semuanya dah siap. Malam ni pulak nak balik kampung. Lagila keterujaan nak balik kampung mengatasi segala perasaan lain. Dengan erti kata lain tak sabar2 nak balik kampungle nih.

Dalam seseminggu ni aku stress je gayanya. Ade je benda yang tak kena dimata aku. Pastu cepat pulak nak terasa hati. Keinginan untuk makan pun boleh tahan jugak. Asyik lapar je sokmo....tapi aku cuba jugak jadi tenang dan happy2 kan diri tak berapa happy ni. Ye la, orang nak ... kena banyak2 sabar. Lepas ... lagila kena banyak2 sabarkan....? So, kenalah belajar bersabar mulai dari skrg. Tapi keadaan aku yang stress ni kira putaran normal seorang perempuan, dah habis minggu stress ni aku akan kembali seperti biasa, hopefully.....

Semalam mak aku bagitau adikku dah kena tahan ward untuk bersalin. Patutnya dia dijangka bersalin pada 27 Nov tapi terawal pulak masuk ward. Biasala, sesetengah orang tu bersalin 2 minggu awal pun ada kan. So, nampaknya bertambahlah anak buahku kepada 3 orang. Hishhhh...raya haji ni kena sediakan duit raya lebihla nih gayanya....huuhuhuhuhu...

Apepun semoga semuanya selamatlah nanti. InsyaAllah...

......


Yang berdua akan jadi bertiga...InsyaAllah.....

Sunday, November 18, 2007

Sekilas di Hari Keluarga ICT


Mak ayah yang tolong isi sekali...ekekekke

Hari sabtu lepas aku join family day ICT. Awal2 pagi lagi aku dah sampai ke Agro Resort Semuji, tempat family day tu. First time sebenarnya sampai di sini. Pepagi memang sejuk sangat kat tempat tu. Aku drive sendiri bersama Shikin dan adikku, Atiqah.

Sebenarnya aku tersilap tgk masa untuk kehadiran ke family day tu. Patutnya 9.00 pagi baru start, tapi pukul 8.00 aku dah sampai ke tempat tu. Nasib dah ramai urusetia yang sampai. So, sampai2 je terus breakfast dan tolong2 dorang susun hadiah. Pukul 10.30 pagi baru sukaneka start. Ermmm..lama jugakla melepak kat situ baru sukaneka start.
Boleh dikatakan semua acara sukaneka aku join. Aku sendiri pun tak sure kenapa aku join je semua acara, maybe aku nak betul2 enjoy family day tu. Untuk acara group main galah panjang dengan lari dalam guni. Dedua acara tu menang no 2. Not bad la kan walaupun galah panjang tu aku tak berapa pandai, so aku banyak lari atas tanah dari lari guna galah panjang tu. Lari dalam guni senang ajo hehehheh. Acara bukan group aku join lari ikat kaki, berebut kerusi dan tarik upih. Hahahahha first time main tarikh upih. Faie yang tarik aku....hehehhehe. Dapatla no 3 dari 3 pasangan. Okla tu kan...confirm dapat hadiah sebab 3 pasangan je masuk. Tapi malu jugakla kena tarik atas upih tu. Hehehheheheh....main berebut kerusi memang kelakar sangat. Dr Jasni nampak je kecik comel orangnya tapi....ganas jugak ek bila main berebut kerusi dengan dia. Siapa lagi yang menang kalau bukan Dr....hehhehehhehe

Ni acara ikat kaki, tak aci campur pompuan and lelaki, confirm semua hadiah lelaki yang dapat...huhuhuh...eh mana aku and kak sue?...terkeluar dari kamera rupanya....

Tapi dalam banyak2 yang aku suka masa family day ni ialah barbeque time. Huhuhuh...kambing barbeque dia sedap sangat...boleh dikatakan makanan yang disediakan masa barbeque tu memang sedap dan puashati...cuma nya aku tak makan banyak sangat masa tu sebab tak rasa lapar sangat. Banyak makanan yang tak sempat dirasa....yang sempat dirasa cuma kambing, ayam dan sosej je yang dimakan bersama nasi goreng....banyak makanan yang tak sempat dirasa especially ikan talapia kukus/bakar. Anyway banyak makanan yang tak habis and untuk mengelakkan pembaziran aku pun tapau jugak makanan yang lebih.

Banyak hamper yang dapat kali ni. Alhamdulillah, walaupun aku target untuk cabutan bertuah nak dapat TV, tapi dapat hamper...takpela...hamper pun hamper la....bertuah jugak tu kan. Habis cabutan bertuah terus balik sebab penat sangat, maybe cuaca panas hari tu menyebabkan aku penat sangat. Tak sempat nak masuk acara memancing. Aku pun tak pasti dorang buat tak acara memancing petang tu.

Balik rumah terus distribute hamper yang banyak2 tu kepada jiran sebelah. Kami semua tak berapa nak makan sangat jajan dan jugak biskut2 dari hamper tu. Better bagi jiran yang ada anak2 yang suka makan jajan dan biskut. Huhuhuh...
Sekian.....

Wednesday, November 14, 2007

Selamat Tinggal Mersing

Esok secara rasminya adalah hari terakhir kakak iparku mengajar di Mersing. Dia dah dapat bertukar sekolah dan mengajar kat Kelantan. Akhirnya, setelah hampir 2 tahun berkahwen, 4 tahun lebih mengajar di Mersing...dah banyak kali buat application untuk bertukar dan dah bermacam-macam pegawai yang dia jumpa untuk luluskan permohonan pertukaran dapatlah dia dengan jayanya balik mengajar di Kelantan.
Alhamdulillah...berkat kesabaran abang ku dan kakak iparku berusaha selama ini. Memang mereka melalui kehidupan yang agak sukar sebab berjauhan, abangku berkerja di Kelantan dan kakak ipar pulak mengajar di Johor. 10 jam perjalanan memang menyiksakan. Di tambah lagi dengan kehadiran anak kecil. Kini segalanya berakhir dan semoga kehidupan mereka lebih bermakna selepas ini. Lepas ni giliran aku pulak

Thursday, November 08, 2007

Cuti semalam

Semalam cuti deepavali...seronok cuti tapi rasa tak puasle rase cuti semalam, dan hari berat amatle diri ku nak datang opis....

Actually tak banyak aktiviti semalam. Paginya pergi opis siapkan kerja sikit. Dalam pukul 12.00 tghari balik rumah. Oleh kerana petang ada jemputan open house makanya aku tak masak atau beli apa2 makanan. So lepas zohor, aku pergi open house rumah Zaida kat Taman Indera Sempurna. Semalam masa perjalanan ke rumah Zaida entah macamane aku terleka sikit sampai kan aku terlepas U turn ke simpang untuk Masuk Pekan. Masa aku dah tersedar yang aku macam dah terlepas simpang aku masih lagi masih lagi berlagak seolah2 aku belum belum terlepas simpang tu. Alih2 aku U turn kat depan Gaint. Haaaa amik ko punya la jauh aku buat U turn. Dah 3 tahun keje kat sini pun masih lagi tak arif dgn jalan2 kat Kuantan ni. Sign board ada pun bukannya nak tengok. Nampak sangat tahap kepekaan aku sangat kurang. Itula keadaan yang biasa terjadi kalau drive sorang2.....

Anyway sampai jugak aku ke rumah Zaida. Ermmm ramai org kat rumah dia masa aku sampai. Ada yang aku kenal dan ramai jugak yang tidak dikenali. Masa mula-mula sampai rasa segan jugak sebab datang sorang-sorang. Bila dah jumpa orang-orang yang dikenali aku dah tak rasa segan lagi. Zaida kenalkan aku dgn parents dia, rupenya parents dia org kampung aku. Apa lagi kami spekingla kat situ, borak-borak sambil makan...hehhehe...anyway mekasih kepada Zaida atas jemputan...

Balik dari rumah Zaida terus ke Kuantan. Konon-konon nak tgk wayang cerita 1957:Hati Malaya. Tapi hancur hatiku bila tgk masa show iaitu 11.40pm je. Haiyooohhh....mana la nak tgk midnight punya show. So, balik rumah ajela kaedahnya. Sampai-sampai rumah terus tertidur sampai ke petang....

Wednesday, November 07, 2007

Wachaaaaa

Semalam dapat satu surat pos ekspress yang dialamatkan ke opisku....

OOOO Kad SIM Celcom rupanya...hehehehhe....
See ada note pulak yang ditampal pada kad SIM tu...Menghubungkan anda dengan orang tersayang katanya...siap ada ahaks pulak tu....

Cadangnya lepas ni nak pakai no celcom je la sebagai no utama, sekarang guna no DIGI lagi coz banyak surat menyurat masih lagi guna no fon tu. Nak pakai 2 no fon aku cuma ada satu telefon aje....so, kena beli fon barula nampaknya...Terima Kasih kepada yang memberi :-)

Sunday, November 04, 2007

Cantiknya

Suka sangat tgk gambar2 cupcakes ni http://www.lynnhassan.com/main.php

Semangat Baru

Masuk kerja hari ni rasa bersemangat untuk bekerja. Macam-macam benda yang terfikir dalam kepala. Harap semangat ini akan berterusan hingga....? Ermmmm....rasanya ada orang yang meransang semangatku ini :P Benda-benda yang merunsingkan kepala jugak dapat dihindarkan....

Caiyok...caiyok...Ape-apepun mulakan dengan Bismillah....