Thursday, November 22, 2007

errmmmmmmm

Aduh petang2 jumaat macam ni memang otak aku tepu. Aduh malas yaaa amats nak buat keje benonya. Paksa-paksa diri gaklah nak buat keje ni. Buat keje2 yang tak memerlukan aku berfikir sgt nak membuatnya.

Nasib pagi tadi aku dah bertungkus lumus kat HR nak siapkan benda urgent. Idokle bertungkus lumus mana pon tapi sebab benda nya nak kena siap by today gak so aku cuba siapkan secepat yang mungkin. Alhamdulillah semuanya dah siap. Malam ni pulak nak balik kampung. Lagila keterujaan nak balik kampung mengatasi segala perasaan lain. Dengan erti kata lain tak sabar2 nak balik kampungle nih.

Dalam seseminggu ni aku stress je gayanya. Ade je benda yang tak kena dimata aku. Pastu cepat pulak nak terasa hati. Keinginan untuk makan pun boleh tahan jugak. Asyik lapar je sokmo....tapi aku cuba jugak jadi tenang dan happy2 kan diri tak berapa happy ni. Ye la, orang nak ... kena banyak2 sabar. Lepas ... lagila kena banyak2 sabarkan....? So, kenalah belajar bersabar mulai dari skrg. Tapi keadaan aku yang stress ni kira putaran normal seorang perempuan, dah habis minggu stress ni aku akan kembali seperti biasa, hopefully.....

Semalam mak aku bagitau adikku dah kena tahan ward untuk bersalin. Patutnya dia dijangka bersalin pada 27 Nov tapi terawal pulak masuk ward. Biasala, sesetengah orang tu bersalin 2 minggu awal pun ada kan. So, nampaknya bertambahlah anak buahku kepada 3 orang. Hishhhh...raya haji ni kena sediakan duit raya lebihla nih gayanya....huuhuhuhuhu...

Apepun semoga semuanya selamatlah nanti. InsyaAllah...

No comments: