Esok secara rasminya adalah hari terakhir kakak iparku mengajar di Mersing. Dia dah dapat bertukar sekolah dan mengajar kat Kelantan. Akhirnya, setelah hampir 2 tahun berkahwen, 4 tahun lebih mengajar di Mersing...dah banyak kali buat application untuk bertukar dan dah bermacam-macam pegawai yang dia jumpa untuk luluskan permohonan pertukaran dapatlah dia dengan jayanya balik mengajar di Kelantan.
Alhamdulillah...berkat kesabaran abang ku dan kakak iparku berusaha selama ini. Memang mereka melalui kehidupan yang agak sukar sebab berjauhan, abangku berkerja di Kelantan dan kakak ipar pulak mengajar di Johor. 10 jam perjalanan memang menyiksakan. Di tambah lagi dengan kehadiran anak kecil. Kini segalanya berakhir dan semoga kehidupan mereka lebih bermakna selepas ini. Lepas ni giliran aku pulak
2 comments:
Aku dapat rasa betapa happynyer kakak ipar ngan abang ko tuh .. sedangkan aku yg duduk tak berapa nak jauh (cuma 4 jam travel je) ni, and baru 2 bulan pon dah rasa terseksa, apatah lagik diorang kan ... tapi Alhamdulillah dorang dah nak duduk sekali ... TAHNIAH!!!!!!
semoga tercapai segala yg dihajati..
Post a Comment