Wednesday, February 27, 2008

Mari Update Blog

Selesai sudah semua majlis, pergi makan angin dan kini kena balik Kuantan dan mula berkerja semula. Memang best sesekali dapat cuti lama-lama. Cuma cuti kali ni penat sikit sebab banyak travel ke sana ke mari.

Pertama sekali, saya nak mengucapkan terima kasih kepada semua kawan2 yang sudi hadir majlis perkahwinan saya hari tu. Saya tahu nak Ke kelantan tu sgt jauh, sebab tu kalau ada yang sudi datang dari jauh memang saya rasa terharu. Cuma yang boleh saya kata terima kasih banyak-banyak. Walaupon mungkin saya tak dapat nak memberi layanan yang baik, tapi saya harap semua yang datang berpuashati dengan makanan dan apa yang telah disediakan sepanjang majlis tersebut. Ada diantaranya yang terlibat dalam kesesakan lalulintas untuk ke rumah saya terutamanya di kawasan Rantau Panjang, memang begitulah keadaannya kalau masa perayaan atau cuti sekolah. Dah tak boleh buat apa dah, kawasan tu memang tumpuan ramai kalau masa2 cuti....

Ramai orang tanya, ape perasaan saya bila dah kawen. Actually saya tak tahu macamane nak menjawab soalan tu. Cuma saya gembira dan syukur. Dah lama saya impikan untuk berkahwin apatah lagi dengan org yang saya sayang. So, bila ianya menjadi kenyataan saya amat bersyukur dan happy. Saya harap perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Tapi dalam pada itu, saya masih lagi dalam keadaan tidak percaya bahawa saya sudah berkahwin. Banyak kali, saya masih lagi tersasul membuat perkara2 org bujang selalu buat soalah2 belum berkahwin, lupa yang saya perlu membuat urusan-urusan yang perlu dibuat oleh seorang yang bergelar isteri. Saya akui perkara ini mengambil masa dan saya masih dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru ini.
Aktiviti kami sepanjang cuti selain menziarahi saudara mara kedua belah pihak, kitorg pergi makan angin di Langkawi. Malas nak bercerita sangat just tunjuk gambar-gambar saje lah...Tapi perjalanannya sangatla memenatkan. Walaupon penat tapi happy.....Route perjalanan Kuala Lumpur - Perak - Alor Star - Langkawi - Kelantan - Kuantan.
Sedikit gambar yang di ambil semasa di Langkawi....

Trip Ke Hoping Island

Berhenti di Tasik Dayang Bunting

Ni fotografer saya semasa di Langkawi. Hensemkan? :D

Pemandangan di hentian kedua cable car

Boleh jalan-jalan kat sini

Station Perhentian terakhir Cable Car

Tamat....

Sunday, February 10, 2008