Wednesday, August 22, 2007

5Sssssssssssssss

Hari ni aku dah start kemas bilik untuk Program 5S tu. Aku ingat nak buat next week je, dorang pun akan datang check dan bagi markah on 29 ogos. Tapi pikir-pikir balik mentara tengah rajin ni baik kemas jelah. So, sepanjang pagi membawak ke tengahari aku dok kemas bilik je lah.

Benonya ni tak habis kemas lagi pun. Tapi aku dah start2 boring gituh. So, sesambil mengemas, sesambil aku surf internet, sesambil membaca blog orang dan sesambil itu jugak aku tulis entry ni. Sesambil dengar lagu2 yang baru didownload (harus achedz marah, aku menyesakkan network ni). Bagus jugakla ada program 5S ni (walaupun bilik aku takde sangat mengikut ciri2 5S nya), ada jugak la ruang untuk aku kemas bilik secara besar-besaran. Kalau tak....hehehhehe...entahlah bilanya masa yang betul2 untuk kemaskan bilik. Semua kertas2/kad2 yang dulu aku sayang nak buang sekarang ni aku buang je tanpa ragu-ragu atau was-was lagi. Kalau dulu almari kabinet tu penuh dengan barang-barang yang perlu dan tak perlu, skrang ni nampakla ade banyak ruang-ruang kosong. Kalau dulu susahnya nak mencari kertas-kertas/ dokumen yang diperlukan, tak tahu kat mana diletak. Skrg ni dah tahula kan. Malahan dokumen yang dicari satu ketika dulu dan tak jumpa-jumpa, skrg baru jumpa ...bolehhhh? Nampak sangat tak sistematik aku menyimpan benda-benda fenting tu....hissshhhhhhhhhhhh

Tengok kak sue kat bilik sebelah pon tengah semangat kemas bilik. Wahhhh...kena sambung balik mengemas ni...


No comments: