Monday, September 22, 2008

Projek Kuih Raya

Raya tahun ni memang sgt berbeza dgn tahun2 yang sudah. Bukanla sebab tahun ni aku tak balik beraya kat Kg, memang balik tapi kali ni balik dgn suami. First time beraya dengan suami....aku tak dapat nak bayangkan macam keadaan nya, suasana dan perasaan nya nanti....seronokla kot...itu aje yang aku bayangkan....mesti bayangkan yang baik-baik sahaja...barula teruja nak sambut raya...hhehehhe

Tahun ni jugak, untuk pertama kalinya aku kena fikir sendiri nak buat kuih raya ape, ye la untuk rumah sendiri kan...kalau dulu2 mak aku dah setkan nak buat kuih raya apa dan before aku balik cuti raya, mak aku dah siap-siap beli barang-barang buat kuih, aku balik just buat je...in fact, setiap tahun buat kuih raya yang sama....hahhahaha...

Memang aku dah teruja sangat nak buat kuih raya ni...semalam dah pergi beli oven dgn hubby kat Tesco...memang dah lama nak mencari tapi kali ni je baru hubby belikan, maybe sebab nak raya kot + hadiah besday aku. Aku pon malam tadi jugak menggodek pc cari resepi-resepi biskut yang berpotensi untuk dibuat tahun ni. Nasibla ade resepi-resepi tahun lepas-lepas yang aku simpan dlm pc ni. So, dengan jayanya aku dah pilih 4 resepi. Biskut tart, biskut honey conflakes, biskut choc chip dan almond london. Tak maula banyak-banyak sangat sebab aku nak buat sorang-sorang, takut tak terdaya nanti. Aku listkan sekali barang-barang untuk buat biskut ni...sebab petang ni aku dah set nak keluar untuk beli barang-barang tu...wah...semangat sungguh ni...tapi ada orang dah start buat pon kuih raya, aku je yang terhegeh-hegeh baru nak buat...tu pon weekend nanti, bukan skrg....harap-harap sempatla aku buat nanti...

Ok...aku dah teruja sangat nak buat kuih raya ni...semoga projek buat kuih raya ni berjaya....:D

1 comment:

Anonymous said...

hang pun dah terjoin angah yang sanggup cuti hari ni wat projek kuih raya dia zura? hehhehe
semoga sedap... nanti
-ojij-