Raya tahun ni tak seronok sikit sebab tak dapat pergi sembahyang raya...yang seronoknya dapat pergi umah saudara mara untuk beraya...berjumpa saudara mara and bermaaf-maafan...ramai jugak saudara mara yang balik beraya kat kampung raya kali ni...rasa macam pack je raya kali ni...setiap hari ade saje aktiviti nak dibuat, ade saje tempat/rumah saudara mara yang nak diziarah...dan ramai orang yang datang beraya kat rumah...tak sempat pun nak tengok rancangan2 best kat TV sempena raya...kalau hari raya pertama memang ramaila orang yang datang beraya kat rumah, nak-nak kalau time lepas solat raya..ye la kan, rumah sebelah masjid, so lepas je solat raya, ramai orang akan singgah kat rumah dulu before balik atau pergi berziarah saudara mara yang lain. Memang time tu sibuk sikit melayan tetamu yang datang beraya...
Tahun ni jugak tak pergi beraya rumah kawan-kawan atau tak pergi beraya dengan kengkawan...sebab ramai kengkawan yang dah kawen and ade agenda tersendiri...errmmm...so, cuma pergi beraya rumah saudara mara sahaja...ade jugak seorang dua kawan lama masa sekolah yang datang beraya kat rumah...
Sedikit gambar sepanjang minggu raya...
Belajar buat chill cheese cake the day before hari raya...(rasa dia ala-ala cheese cake kat secret receipe...hahhahhahha)



Sempat jugak hari raya kedua tu bershopping kat Rantau Panjang. Bukan shopping barang sendiri tapi shopping barang kawan2 yang kirim macam toto dan tudung. Sesak yang amat kat Rantau Panjang tu dengan orang dan jugak kenderaan. Sesak- sesak macam ni memang boleh bikin migrain aje...



Kenderaan yang entah dari mana datangnya...kebanyakkan jalan terutamanya di kawasan bandar sesak dan jam...tensen...dah la kete kita manual...lenguh segala sendi2...


Kain rentang yang sempat di'snap' sepanjang jalan....kui...kui...kui...


Gambar 2 orang adik masa tunggu sorang lagi adik yang baru balik dari KL...

Sempat pergi jemputan kenduri kawen...ramai jugak orang kawen time-time raya
ni...

Dah lama tak makan nasi kerabu...singgah makan nasi kerabu kat warung....nasi kerabu berlaukkan hati...tapi ade orang makan hati di bulan syawal ni...sabo jerla....hehhehehehhe

Wassalam
3 comments:
fuh, cayalah aktiviti ko mmg best! ... suka aku tgk all da piccas tuh ... mana gambo pakai baju raya? simpan wat gi GEGar eh???
gambo pakai baju raya mesti le kena rahsia dulu...kalau tunjuk sekarang tak berGEGAR rumah arc nanti....hehehhehhe
sedapnya nasi kerabu
Post a Comment