Wednesday, October 03, 2007

Pengajaran

Sepanjang 27 tahun hidup di dunia ni, banyak perkara yang aku belajar. Mungkin ini hanya sebahagian :

1. Bersikap terbuka - Kadang-kadang kalau kita terlalu banyak berfikir, banyak perkara yang kita terlepas. Sebab banyak perkara negetif yang akan sentiasa menghantui pemikiran kita menyebabkan kita sentiasa berprasangka terhadap sesuatu. Kalau kita bersikap terbuka kita akan sentiasa berfikir perkara-perkara yang positif dan sikap prasangka pun boleh dikurang dan juga mengurangkan sikap pandang rendah terhadap orang lain. Pemikiran sempit hanya membuatkan hati kita tidak tenang. Aku sebenarnya belajar sifat ini dari Alangz.

2. Apa pun dugaan, mesti ditempuhi - Aku relate kan perkara ni dengan benda-benda yang kita tempuhi setiap hari terutama sekali bila ianya melibatkan urusan perkerjaan kita. Kita tak mungkin menghadapi perkara yang sama setiap hari. Kadang perkara-perkara yang tidak terjangka akan berlaku dan kita harus menghadapi walau apa cara sekali pun. Jadi jgn takut untuk mengambil tindakan.

3. Simpan rahsia sendiri - Jangan terlalu mudah untuk berkata-kata. Kadang-kadang banyak kata-kata kita sendiri yang memakan diri dikemudian hari.

4. What goes around, comes around - Aku memang sangat percaya perkara ni. Kita akan mendapat balasan setimpal dengan apa yang kita lakukan samada ianya baik atau buruk.

5. Bila ada masalah, bercakap dgn orang yang sepatutnya - Kadang-kadang bila tersilap memilih kawan untuk meluahkan, akibatnya..........bertambah-tambah pulak masalah yang datang.

6. Percaya pada diri dan apa yang kita mahu - Kalau itu yang kita mahu, teruskan. Sebab tiada siapa yang tahu kehendak kita, hanya diri sendiri yang menentukan. Kadang-kadang kita dah dapat sign/warn tentang sesuatu tapi kita tidak ambil kisah dengan instict kita sehingga bila ianya berlalu barulah kita menyesal.

7. Bantu diri sendiri - Jangan terlalu mengharap, memang ramai orang yang ambil berat terhadap diri kita tapi kadang-kadang kita lupa untuk berusaha melalui cara kita sendiri. Penting juga untuk bertanyakan pendapat orang tapi jangan keterlaluan. Menunggu hanya menyebabkan kita mensia-sia kan masa yang ada.

Sekian, terima kasih.



No comments: