Sunday, October 28, 2007

Berakhir sudah training....

Gambar ni Kak sue amik masa makan kat food court kat KLCC

Akhirnya jumaat lepas berakhirla training yg lama dirancang tu. Ermmm...basically banyakla benda baru yang dipelajari. Instructor nye memang sangatla knowledgable dan sangat mesra alam. Mrs Hui hui namanya. Tempat training pun sangat selesa, nun ditingkat 28 Menara Citibank.

Di KLCC

Ermmm...memangla sepanjang seminggu training rasa bosan sangat. Duduk kat tengah2 KL tu entah kenapa aku rasa bosan. Mungkin sebab aku ni bukan kaki jalan dan tak gunakan masa yang ada untuk meronda satu KL. Habis training kami semua akan balik ke hotel. Before pukul 10mlm aku dah lena diulit intan. So boringggggggggkan........Maybe jugak tak talian internet kat tempat training tu. Hahahhaha...kalau ada mesti aku tak belajar sangat nanti. Dapat balik opis dan mengadap internet baru aku rasa lega sikit. Nak ke CC kat area ampang park tu 10 minit - RM5 dia charge (salah sendiri kos tak query kenapa dia charge mahal sangat). Ampun aku tak pergi lagi kedai tu....ermmm apepun KL memang tinggi kos sara hidupnya. Tapi syukur gak ade free breakfast kat hotel and kat tempat training ada disediakan makanan.

Apepun training tu sangat bagus. Tapi ada certain2 part yang aku tak berapa faham sebab tak pernah berhadapan dengan benda2 tu di alam pekerjaan aku. Yang aku sentiasa jumpa setiap hari masa aku berhadapan dengan kerja ku boleh la difahami.

Masuk opis hari ni aku rasa blur je. Maklumlah masuk2 je terus ada jamuan hari raya peringkat Universiti dengan meeting. Banyak pulak tu kerja-kerja yang aku tertangguh. Harap aku ada kekuatan untuk menghadapi semuanya. huhuhuhu

No comments: