Wednesday, December 05, 2007

Masalah...masalah dan masalah...

Masalah ada dimana dan akan datang pada bila-bila masa tanpa diketahui. Begitulah keadaannya pada diriku. Terkadang rasa lapang dada bila tiada masalah yang perlu difikirkan. Tapi dalam banyak keadaan ada sahaja masalah yang perlu aku hadapi. Terutama masalah ditempat kerja.

Bukan bermaksud tiada langsung masalah, cuma bezanya kecil atau besar, ringan atau berat masalah tersebut. Dalam menghadapi masalah yang paling penting adalah cara masalah ditangani. Aku selalunya mudah panik bila menghadapi masalah. Yesss....aku bukan jenis yang coolll....Kalau aku tak cuba bertenang diawalnya maknanya akan ada perkara2 tak masuk akal aku akan buat. Tapi selalunya bila menghadapi masalah aku akan diam. Diam...memberi masa untuk menemteramkan diri sendiri. Dan berfikir cara untuk hadapi keadaan tersebut.

Dulu aku banyak bergantung pada orang untuk selesaikan masalah aku. Aku tak besungguh-sungguh mencari punca msalah dan seterusnya cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut. Akhirnya, setiap kali bermasalah aku akan tanya orang tanpa cuba memberi peluang pada diri untuk menyelesaikan sendiri. Akibatnya sampai bila-bilapun aku tidak belajar daripada masalah yang aku hadapi dan kebergantungan tu menjadi tabiat aku yang tak terkawal.

Kini, aku sedar seharusnya masalah patut diselesaikan sendiri. Bertanya pendapat orang itu penting, tapi jgn keterlaluan. Apapun dugaan mendatang cuba hadapi dengan cara sendiri dan dengan lebih berani. Dengan cara begini kita akan jadi lebih yakin dan berani menempuhi dugaan mendatang.

Semoga dimasa akan datang aku jadi lebih cool dan tabah menghadapi perbagai kerenah dalam kehidupan. Aminnn....

No comments: