Hari ini dah 04/11/2011, hari jumaat. Rasanya sekarang cepat sangat masa berlalu, kadang2 tak sedar2 yang dah hari jumaat. Padahal masa hari isnin, awal minggu tu bukan main malas lagi nak pergi kerja.
Minggu ni seperti biasa, stress dengan kerja. Walaupon minggu lepas saya mengambil kesempatan untuk bercuti merehat2kan minda selama seminggu, tapi itu rupanya tidak mencukupi untuk saya mengubati diri. Wellll, takmo citer la pasal kerja dan opis kerana saya rasa takde kerja tanpa stress even kalau saya jadi surirumahtangga sepenuh masa pon mesti ada perkara yang akan membuatkan saya stress juga. Apa yang saya rasa sekarang adalah dibebani dan terbeban dan ia amat meletihkan. Sesungguhnya saya harap keadaan ini akan pulih seperti dulu, saya ingin menjadi seperti saya yang dulu.
Apepun 2 hari lagi kita akan beraya lagi. Petang ni lepas kerja, kalau larat saya nak buat beberapa biji kek, untuk rumah mak mertua sikit dan untuk adik2 yang tidak balik beraya kat kampung sikit. Kalau tak larat takde kek untuk mereka semua.
Akhir sekali, saya nak ucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment