Monday, December 18, 2006

CINTA

Cerita CINTA - Komen Sikit....

Kadang-kadang, orang yang kita sayanglah adalah orang yang paling susah untuk disayangi...Rubiah

Kita hidup susah sehari bersama dengan org yang kita sayang lebih baik daripada kita hidup senang lenang selama-lamanya dengan org yang kita tak sayang...Rubiah

Isteri bukan hak milik tapi anugerah....Cik Elyas

Kalau kita nakkan sesuatu mesti ada cara.....Aryana


Itu adalah kata-kata yang aku masih ingat dari filem CINTA yang sempat aku tonton hari sabtu lepas. Sebuah cerita yang ringan, menarik dan berkesan. Jika anda ingin merehatkan minda di hujung minggu dgn menonton filem yang tidak berat, amat bersesuaian menonton filem ini. Padaku, sangat berbaloi 2 jam masa yang diambil untuk menonton filem ini. Kalau cerita ini ditonton bersama yang tersayang mungkin ia akan lebih berkesan lagi....heehehhehehe

Dalam filem ini, ada babak yang kelakar dan juga babak yang sedih. Ada 2 babak yang paling menyentuh hati aku dalam cerita ini. Babak pertama masa Harris menghantar anaknya ke rumah isteri/bekas isteri Airin, sedih bila melihat anaknya menangis semasa Harris nak balik dan dia mintak supaya Harris happy. Paling aku tersentuh, masa babak Dhanny membaca surat Kakaknya, Dian di hari pengkebumian kakak nya....sangat la tersentuh dan aku tak dapat nak menahan air mata...tewas beb...huhuhuu....menangis bukan sebab lemah, tapi sebagai manusia yang ada perasaan mesti kita tersentuh dengan babak2 sedemikian. Bagi aku kasih sayang adik beradik antara Dhanny dan Dian yang paling berkesan...begitu juga kasih seorang anak terhadap ayahnya...nampaknya hubungan kasih antara saudara yang lebih menyentuh hati aku....

Tadi masa drive nak ke opis terdengar lagu ni, sedap pulak lagu nya...so sampai opis terus cari kat intenet lagu ape...

Tercipta Untukku- Ungu

Menatap indahnya senyuman diwajahmu,
membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah,
saat kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata yang tak mampu kuungkapkan kepada dirimu

Aku ingin engkau selalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah yang meyakiniku..
Kau tercipta untukku, sepanjang hidupku..

Aku ingin engkau selalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah yang meyakiniku..
Kau tercipta untukku, sepanjang hidupku..

Meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku,
ku ingin kau tahu,
ku selalu milikmu
Yang mencintaimu, sepanjang hidupku…

10 comments:

Anonymous said...

Alangz menemani ko menonton wayang ke?

tak terungkap said...

zure,
lagu tu tujukan khas utk alang kan..kan..ehehe

p/s kite dah balik sabah

Anonymous said...

Royce : tgk citer tu dgn Alangz dan Boy(kawan Alangz)

TT : dah balik Sabah? Bila balik semula ke sini? Memang confirm dah dapat transfer ke sini kan? jgn lupe update blog ek. Bersawang dah blog tu nampak gayanya....
heheheehe...jgn mare....

Anonymous said...

waaa..kan main cik zure tgok pilem CINTA...

royce..takkan zure nak tgok sensorang plak kot..

hmm.. tapi pelik sbb tgk tiket dia ada 3... hehehe.. yg lebih tu sapa punya zure?

cekedess

Fara said...

cekedess nih x baca komen zura nmpknya ...

wei aku pon sedih part surat .. and i lovvvvveee Que Haidar yg bersuara macho tu .. tak le mcm Pierre yg bersuara tak macho tapi cas macho ...

aku sedih gak part Rita Rudaini baca surat lukisan daripada x-hubby

sekian

Anonymous said...

dess: diulangi....gi nengok wayang dgn alangz and Boy(kawan Alangz)...hehehehehhe

Fara: huhuhu...sedihkan...tapi aku suka la kawan Que Haidar yang jadi penyanyi kat central market tu...kelako tapi baik hati....

Anonymous said...

yat tak tgk lagi... tapi yat dapat rasakan yang yat pun akan tewas dengan air mata kalo tgk cerita2 camni...tapi bes la akak dapat tgk dgn buah hati... hehehe

Anonymous said...

zura
itu la pasal tanya..aku tgk tiket 3 ingat si Alangz tu pasang 2 sekaligus...wakaka...bimbang ko dimadukan :-)

Anonymous said...

Yat: pegi le tengok...ajak cik abe temankan....hehehehhe...jgn mare...

Royce: dimadukan? ohhhh! tak rela u, minta jauh....kosserrrrrrr

JoeBangla said...

bagi aku, Cinta itu suatu yang mengangaukan wakakakak