Tuesday, January 23, 2007

Hari ni aku pergi training volleyball dengan jayanya. Bila dah start main kat padang tu susah pulak nak berenti main. Sampai ke maghrib pun kalau boleh nak terus main lagi. Tapi sebelum nak ke padang tu, nak memujuk diri ke padang tu satu masalah besar bagi diri aku. Tak tahu la liat sangat rasanya nak melangkah ke padang.

Aku benonya kekadang tu rasa nak tarik diri je. Kalau boleh biarlah orang2 yang betul komited dengan pasukan je join the club. Bukan yang macam aku ni kejap muncul kat padang kejap langsung tak nampak batang hidung. Tapikan aku kesian kat pasukan, sebab pasukan ni sebenonya tak cukup orang. Ramai orang yang tak nak main, kalau aku tak join pasukan maybe akan kekurangan pemain. Macam tahun lepas ramai gak senior2 yang pandai main volleyball ni, tapi ramai yang dah tarik diri...ade yang gi sambung belajar, ada yang dah kawen....tinggal lah orang lama beberapa orang dan juga beberapa orang baru. Atau mungkin jugak ada lagi bakat-bakat baru dari kalangan staf-staf baru yang tidak dijemput untuk menyertai pasukan...Mesti dorang lagi komited dari aku...Huhuhuhuhuhu...

Dua minggu lagi akan ada perlawanan volleyball interdepartment kat tempat kerja aku. Department aku macam tahun lepas jugak akan bergabung dengan jabatan Finance. Hanya aku dan Faie sahaja akan join perlawanan ini, dan 4 orang lagi dari Finance. Jabatan aku memang tak ramai perempuan jadi terpaksa bergabung dengan jabatan lain. Aku harap lepas ni semangat aku untuk join pasukan akan bertambah la kan. Aku tak mahu turun main dalam keadaan terpaksa...dalam keadaan memaksa diri. Biarlah aku enjoy bermain. Aku ingat lagi betapa happy nye aku masa aku join sukan intervarsiti tahun lepas kat UPM. Walaupun penat, walaupun sunburn dan gelap, walaupun pasukan kalah tapi aku gembira...gembira sebab aku jumpa ramai kawan baru, paling best masa hari perasmian, ada perarakan pasukan...aku rasa bangga sangat wakili pasukan masa tu....satu pengalaman baru bagi aku sendiri...Maybe tahun ni ade benda lain yang lebih mengujakan aku...itu yang aku rasa semangat aku hilang. Semangat lain pulak yang datang.

Tiba-tiba teringat pulak aku kat entry terbaru nini.....mudah sentap katanya...tapikan aku rasa aku pun begitu jugak...mudah sangat aku kecik hati semenjak 2 menjak ni...pantang orang salah cakap...pantang orang tak nak dengar cakap aku mulalah aku nak terasa hati...cuma aku cuba berlagak cool walaupun dalam hati aku tuhan aje yang tahu...Itu yang aku rasa tak happy je beberapa hari ni... Maybe betul kata Nini, ni salah satu sindrom orang yang semakin lanjut usianya....hehehehehehe....aku harap sehari dua ni semuanya akan kembali ok sebab benda-benda macam ni tak baik untuk diri sendiri dan kesihatan diri.

5 comments:

Anonymous said...

PMS agaknya ko nih

Anonymous said...

Royce....wakakkakaka...cepat tul bagi komen....baru je hapdet ni....hahhahahha

Mama Akif said...

ayooo..ko pun mudah sentap ek skrg....ko sentap ngan sape tuh??????(bnyk tanda soal aku ni...wakaka)

S. M. Saufi said...

ko mesti tiap2 tahun gi sukan staf..bestlah tu...tua2 nanti dah payah dah...hehehe..go UMP go...

Anonymous said...

nini: kakkakakkaka...pesal banyak beno tanda soal ko tuh...

Syed: Baru tahun lepas first time pegi...masa muda ni aje nak join...ekekekeekekek...