Sunday, February 19, 2012

Frust Tertonggeng

Hari ni dapat berita yang buat aku frust tertonggeng2. Group K.I.K D'Optimis akan buat pembentangan mereka (setelah diundi) pada 08/03/2011. Adik aku pula akan melangsungkan akad nikah pada 08/03/2012 dan bersanding pada 09/03/2012. Nampaknya aku tak dapat nak sertai majlis akad nikah adik aku tu.

Kesian dia dah lama plan majlis tu alih2 aku tak dapat nak tgk dia bernikah dan tak dapat pon tolong dia untuk majlis tu. Awal2 lagi aku berdoa semoga tarikh pembentangan bukan jatuh pada 08/03/2012. Ye la kalau jatuh pad 06 atau 07 hb bolehla aku balik awal. Tapi dah takdirnya tarikh pembentangan pada 08 hb rasa macam frust tertonggeng pulak.

Sebenarnya aku bukanla ahli group yang sebenar, tapi aku terpaksa relakan diri untuk pergi bila ahli kumpulan yang sepatutnya join tak mahu pergi. Aku dah cuba pertahankan diri supaya tak perlu mengantikan staff berkenaan tapi hampa kerana aku takde alasan kukuh. Takpela...hari ni aku layan je la rasa frust ini sendiri....

1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)